Taif : Di sinilah Rasulullah SAW dilontar dengan batu dan berdarah dahi baginda sewaktu menyebarkan dakwah |
Kaki Bukit Gua Thur : Tempat dimana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar a.s bersembunyi dari dikejar kaum Quraisy Mekah |
Gua Hira : Tempat Wahyu Pertama Diturunkan Di Kilang Kiswah |
Antara tempat yang telah dijadualkan untuk kami dalam program Ziarah di Mekah seperti di kaki bukit Gua Hira, iaitu di Jabal Nur. Ustaz Mahfuz ada menceritakan pengalaman memanjat Gua Hira dan bersolat di dalam gua.
Gua Hira' adalah tempat dimana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama dari Jibrail a.s... Nabi yang dalam ketakutan berlari pulang menemui Saiditina Siti Khadijah dan minta diselimutkan..
Seterusnya kami ke Gua Thur tetapi hanya berada di kaki bukit saja. Di sinilah tempat di mana Rasullulah SAW dan Saidina Abu Bakar a.s bersembunyi dari dikejar kaum kafir Quraisy. Dengan mukjizat Allah SWT, pintu gua ditutupi dengan sarang labah-labah dan sarang burung merpati yang sedang bertelur.
Kami juga dibawa ke kilang kelambu kaabah atau kiswah. Penerangan asal usul kilang kelambu disampaikan oleh mutawif, Tn Hj Khairi.
Kiswah ditenun daripada 670 kilogram sutera putih asli dan dicelup dengan warna hitam. Luas keseluruhannya adalah 2,650 meter persegi. Mengandungi 47 kepingan empat segi bujur berukuran 14 meter kali 95 sentimeter. Sulamannya pula menggunakan 120 kilogram benang perak bersadur. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi.
Aku mengambil peluang mencatat namaku dalam buku pelawat yang disediakan. Sebagai tanda kenangan aku mengambil sedikit perca kain dan benang emas kiswah. Malangnya aku sendiri sudah kehilangan cenderahati ini.
Kami juga ke Taif.. agak jauh perjalanan dan memenatkan kerana kami sedang berpuasa.. Tapi para sahabat berperang di pulang puasa... lemahnya kita...
Cuaca di Taif agak dingin seperti di Cameron Highland.. banyak buah-buahan segar di sini.. kami di bawa menziarahi tempat di mana Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwah dan baginda telah dilontar dengan batu... hingga berdarah.. Masih ada lagi tinggalan sejarah tempat Nabi SAW bersandar melepaskan lelah dan bersolat...
Di sini kami di jamu dengan ayam golek, nasi beriani dan makanan di hidang dalam talam.. tak habis aku memakannya.. Di sini juga peniaganya tidak berapa pandai berbahasa Melayu.. We have to speak English to communicate...
Ustaz juga membawa kami ke kedai-kedai sepanjang kota Mekah... kebanyakan peniaga fasih bahasa melayu.. dan sekiranya mereka tahu kita dari Malaysia, layanan dia cukup bagus... mungkin sebab ada rezki mereka, bila melayan orang Malaysia.
Apabila azan berkumandang, semua peniaga meninggalkan kedai begitu saja... kalau lah di Malaysia... habis dah barang di ambil orang... Mungkin kerana undang-undang Hudud.. mencuri, ada saksi... hukumnya potong tangan.. Jadi pencuri berfikir banyak kali untuk mencuri
Bercerita pasal hukuman hudud, Tn Haji Khairi menceritakan, hukuman dijalankan selepas solat Jumaat. Sekiranya di sepanjang kota Mekah kita lihat pengemis, kudung tangannya... Mereka adalah orang yang pernah menerima hukuman..
Selepas solat, terutamanya selepas solat subuh, terlalu ramai peniaga di kaki lima... sebelum aku berangkat ke Mekah, memang aku telah berniat untuk tidak terlalu ghairah membeli belah... Ya... memang betul... aku hanya membeli cenderahati yang murah saja... Kawan-kawan lain aku lihat beria-ria membeli-belah.. Yang paling popular adalah jubah dan tudung, walau pun ' made in China... '. aku cuma menggeleng kepala saja... aku bawa seribu riyal.. tetapi aku tidak membeli belah.
Kedekutkah aku????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan