Makam Rasulullah |
Taman Raudhah |
Sejumlah ulama meyakini Raudhah adalah sebenarnya Taman Syurga di dunia, Ketika hari kiamat nanti, Taman Raudhah ini akan dipindahkan oleh Allah ke syurga. Dan tidak hairanlah, Taman Raudhah ini menjadi rebutan manusia dari seluruh dunia untuk berdoa dan menjadi sebahagian dari Taman Syurga.
Untungnya jemaah lelaki kerana mereka mempunyai jadual waktu yang panjang untuk berdoa dan bersolat dalam Taman Raudhah manakala masa untuk jemaah perempuan terlalu terhad.
Aku dapat masuk ke Taman Raudhah setelah penat berebut dengan jemaah lain. Taksubnya jemaah dari negara lain...mereka menangis, merayu, merintih dan tidak mahu berganjak dan ini menyebabkan peluang jemaah lain untuk masuk ke dalam menjadi sukar. Aku dapat masuk ke Taman Raudhah setelah kepalaku di siku dan aku ditolak.. Aku hanya berdiri dan berdoa dengan khusyuk kerana Taman Raudhah adalah salah satu tempat mustajab doa..
Keluar dari Taman Raudhah, aku merasa sedikit menyesal... kenapa aku tidak bersolat tadi... sekurang-kurangnya aku solat berdiri????
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam