Pasar Kurma Masjid Nabawi |
Bukit Uhud |
Perkuburan Baqi Perkuburan Ma'la tempat di mana Makam Saiditina Khadijah dikebumikan |
Ya Allah.. Cantiknya Masjid Nabi..dari bilik hotel kami, jelas kelihatan betapa indahnya Masjid Nabawi.. di dalamya ada makam Rasulullullah SAW..
Cuaca di Madinah, agak sejuk seperti di Cameron Highland... Oleh kerana kami lambat, kami hanya dapat solat di luar masjid sahaja untuk malam yang pertama.. Malam itu, aku tidur lena sangat sebab terlalu penat dan juga aku dapat rasa badan ada tanda-tanda akan demam.
Esok paginya kami di bawa berziarah ke tempat-tempat bersejarah. Tempat pertama yang kami lawati adalah makam isteri-isteri Rasullulah dan para sahabat iaitu di Perkuburan Baqi, bersebelahan dengan Masjid Nabi. Kami mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mahfuz. Kami juga ke Perkuburan Ma'la di mana isteri kesayangan Rasulullah iaitu Saiditina Khadijah telah dimakamkan.
Kami juga ke Bukit Uhud dimana seramai 70 orang muslim telah terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Rasulullah memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Di kaki Bukit Uhud inilah, kami beramai-ramai mengaminkan doa kepada para syuhada.
Seterusnya kami di bawa ke Pasar Kurma.. Inilah masanya untuk aku membeli-belah.. Disebabkan aku sudah mula demam, aku hanya membeli 10 kg iaitu campuran kurma dan kekacang lain kerana aku tidak mampu nak bawa lebih dari 10 kg kerana badan aku sudah letih.
Malamnya kami bertarawih di dalam Masjid Nabawi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan