Hari terakhir di kota Mekah, kami melakukan Tawaf Wida' yang diketuai oleh Ustaz Mahfuz.. Terasa sedih yang amat sangat untuk mengucapkan selamat tinggal Baitullah... Hanya dengan memandang kaabah, Allah kurniakan 20 pahala kebajikan.. Dapatkah lagi aku memandang kaabah selepas ini.. Ya Allah.. Tak berkelip mata aku memandang kaabah buat kali terakhir... tak puas-puas rasanya.
Kaabah... aku akan rindu bau wangian mu.. bau syurga...
Semasa hendak keluar dari Masjidil Haram, aku telah kehilangan beg kasut aku... tapi aku meredhakannya, dan tidak marah-marah kerana aku hanya berstokin pulang ke hotel...Kasut aku tidak mahu balik ke Malaysia , tetapi ingin berbakti kepada orang lain...
Tiada kesusahan dan perkara pelik yang berlaku kepadaku semasa di Mekah... Kak Ina, jemaah wanita yang bersama kami, ada menceritakan, pada satu malam aku solat di saf depan.. Kak Ina pula selang 2 saf dibelakang. Dia agak lewat sedikit, tetapi mendapat pesanan supaya berkumpul di satu tempat selepas solat tarawih pada rakaat ke 8. Tetapi aku tidak mendapat pesanan itu.. Kak Ina nampak aku berada di hadapan, dan setelah selesai rakaat ke 8, beliau berdoa... 'Ya Allah, bantulah aku supaya Sal toleh ke belakang..' .. Memang ya, aku toleh belakang, dan dengan senyum simpulnya Kak Ina menggamit aku... Subhanallah..
Doa yang aku panjatkan, ku ulang-ulang... iaitu moga Allah mudahkan urusan jodohku.. dan lamaran yang pertama aku terima pada hari ke enam aku di kota Mekah, dari Tn Hj Ismail untuk anak saudaranya... masih terngiang-ngiang lagi di telinga aku... 'Salamiah, Haji berkenan sangat nak buat Salamiah, menantu Haji.. Lepas raya, Haji balik Malaysia, kita bincang ya...'
Selesai semua chek-out hotel, kami di hadiahkan sebekas 1 gelen air zam-zam setiap seorang.. Aku pun melaksanakan tugas sukarelaku, menulis nama-nama jemaah pada bekas air zam-zam..
Bas untuk ke Madinah, telah lama menanti kami... Perjalanan selama 6 jam pada aku amat memenatkan dan disepanjang perjalanan aku tertidur.. Aku dapat rasakan, aku akan demam...
Kota Madinah... sambutlah kedatangan kami ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan