Masih malam di kota Mekah.. Ustaz Mahfuz berpesan... malam ini kita tak buat umrah.. balik hotel, tidur awal. Kita buat qiammulail depan kaabah.. pukul 3.30 pagi semua jemaah dikehendaki tunggu depan pancur emas kaabah..
Pukul 3.30 pagi, aku bertugas mengejutkan jemaah wanita yang lain. Sampai di depan kaabah, rupanya ramai orang Arab dan jemaah yang lain .. ada yang sedang beribadat.. ada yang sedang bersyair.. Sedih.. walau tak faham, meleleh air mata kami yang mendengarnya. Ada juga pekerja-pekerja yang sedang menggulung karpet dan mengemop lantai.. besarnya pahala yang Allah kurniakan kepada mereka... membersih baitullah..
Ustaz memberi arahan supaya kami membuat solat sunat tahajjud sendirian. Kemudian ustaz mengetuai solat sunat taubat, solat sunat hajat dan akhir sekali solat sunat Tasbih... depan baitullah..
Aku menjadi terlalu emosi.. aku menangis tersedu-sedu.. air mata ku mengalir laju... aku tak ingat dah apa yang aku fikir kan saat itu.. sampaikan kakak di sebelahku, terpaksa peluk aku, untuk tenangkan aku... tetapi bukan aku seorang... mungkin juga kerana kesyahduan bacaan Al Quran yang ustaz lagukan, dan doa yang ustaz panjatkan dalam bahasa melayu, membuatkan hati kami benar-benar tersentuh..
Hingga hari ini, aku masih ternampak-nampak lagi kesyahduan di dinihari di depan kaabah...Masih terngiang-ngiang lagi syair yang dilagukan oleh pak Arab... Ya Allah, izinkanlah diri ku ini untuk beribadah depan baitullah sekali lagi... Insya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan