Masjid Qiblatain dimana Rasulullah SAW mendapat wahyu dari Allah untuk menukar arah Kibalt dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram sewaktu beliau hendak bersolat |
Masjid Jumaat iaitu masjid dimana solat Jumaat kali pertama dilakukan setelah hijrah |
Masjid Quba iaitu masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah |
Rombongan kami telah dibawa ke Masjid Quba', iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW. Kami telah dipesan supaya berwudhu di hotel kerana Rasullullah pernah bersabda barangsiapa yang berwudhu dari rumah dan kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk solat, pahalanya sama seperti mengerjakan satu umrah..
Nasibku agak malang. Wudhu yang aku simpan sepanjang perjalanan telah terbatal semasa aku menghulurkan kamera kepada seorang jemaah lelaki yang sukarela menjadi cameraman kami.. Kesalan yang amat sangat kerana aku telah terlepas peluang yang cukup berharga ini. Terpaksalah aku mengambil wudhu sekali lagi dan melakukan solat sunat dalam Masjid Quba. Di kaki lima masjid, aku membeli sehelai tudung sebagai tanda kenangan aku pernah sampai di masjid ini.
Di sepanjang perjalanan, kami hanya singgah sekejap sahaja di tempat bersejarah, dan sekiranya tiada keperluan untuk solat sunnat, kami hanya berkumpul setempat dan mutawif yang mengiringi akan menceritakan sejarah tempat-tempat tersebut. Selalunya kami akan bergambar beramai-ramai.
Masjid Khandak atau pun lebih dikenali dengan nama Masjid 7 adalah terdiri dari Masjid Ali, Masjid Abu Bakar, Masjid Al Farisi dan Masjid Al Fath... Masjid ini dibina semasa Perang Khandak dimana dalam Perang Khandak ini tentera Islam telah menggali parit untuk menghalang gabungan tentera musyrikin, yang terdiri dari musyrikin Mekah dan beberapa suku kaum Yahudi iaitu Bani Nadhir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa. Oleh kerana tentera musyrikin bergabung maka perang ini juga dinamakan Perang Ahzab.
Asalnya masjid ini ada 7, tetapi yang digunakan hanya 4 sahaja pada waktu itu. Kami hanya melihat dari jauh kesan-kesan tinggalan Masjid 7 ini.
Kami juga singgah sebentar di Masjid Qiblatain dan juga Masjid Jumaat. Di Masjid Qiblatain inilah Rasullulah yang sedang bersolat menerima wahyu supaya mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Maka itu, masjid ini juga dikenali dengan masjid 2 kiblat.
Asal nama Masjid Jumaat pula ialah kerana di masjid inilah solat Jumaat kali pertama sesudah hijrah dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan