Makam Hawa |
Masjid Terapung Di Tengah Laut Merah |
Di Jeddah kami telah di bawa ke makam Hawa iaitu makam isteri Nabi Adam a.s.. Malangnya kami hanya dapat melihat dari luar kawasan saja kerana pelawat tidak dibenarkan masuk dalam kawasan makam Hawa.
Kami juga dibawa membeli belah dan juga melawat kebun kurma. Barulah aku tahu bagaimana rupa pokok kurma. Seakan-akan pokok kelapa sawit yang berada di Malaysia.
Kami bergerak pulang ke Madinah dan berhenti untuk solat Isyak di Masjid Ar Rahmah atau juga dikenali Masjid Terapung. Di sepanjang perjalanan kami melalui Laut Merah, tetapi di sebabkan waktu malam kami tidak dapat menikmati keindahan Laut Merah.
Berakhirlah perjalanan ziarah kami di Madinah dan Jeddah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan