Tugu yang dibina untuk memperingati pertemuan Nabi Adam as dan Hawa |
Jamrah Aqabah |
Mendaki Jabal Rahmah |
Jamrah |
Padang Arafah |
Perjalanan kami seterusnya menuju ke Padang Arafah iaitu tempat dimana umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu dari rukun haji. Padang Arafah merupakan daerah terbuka yang luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Mekah.
Berada di Arafah dalam suasana panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua manusia dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Kami seterusnya mendaki Jabal Rahmah yang terletak dalam kawasan padang Arafah. Di puncak bukit inilah Rasulullah SAW pernah menyampaikan khutbah, dan di sini juga dipertemukan Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah beratus tahun lamanya.
Aku tidak melepaskan peluang berdoa kerana Jabal Rahmah adalah salah satu tempat mustajab doa. Aku juga tidak melepaskan peluang bergambar di atas bukit ini di belakang tugu putih yang dibina sempena memperingati pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Kami juga di bawa melawat ke tempat dimana jemaah haji melontar Jamrah. Pada 10 Zulhijjah, jemaah haji hanya perlu melontar di Jamrah Al Aqabah sahaja tetapi pada hari-hari tasyrik seterusnya mesti melontar di ketiga-tiga jamrah bermula dengan Jamrah Al Ula, yang kecil diikuti Jamrah Al Wusta yang bersaiz sedang dan yang terakhir sekali Jamrah Al Aqabah.
Mutawif yang mengiringi kami menceritakan kekuasaan Allah dimana walaupun berjuta-juta batu dilontar ke jamrah, tetapi kolah jamrah tidak pernah penuh.
Lalat juga tidak kelihatan walaupun beratus-beratus penyembelihan unta dilakukan di Padang Arafah.
Subhanallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan