Ahad, 7 November 2010

Tuan Haji Ismail

Tuan Haji Ismail, seorang mutawif yang menguruskan keperluan kami di kota Mekah dan Madinah.  Aku tak sangka pula selama ini aku menjadi perhatian dia.. Aku dalam rombongan Ustaz Mahfuz, aku datang dalam kumpulannya secara tiba-tiba. Aku tidak berteman.. Bila di Mekah aku menyesuaikan diri aku dengan semua jemaah wanita.. aku suka menolong makcik-makcik yang memerlukan pertolongan aku. .Berbeza dengan mereka yang berteman... Itulah kawan mereka.. tak nak bergaul sangat dengan jemaah yang lain ....


Sedang aku berbuka puasa di hotel, tiba-tiba Tuan Hj Ismail datang... dia bertanya... ' anak tinggal dengan siapa..'  terkejut  aku... tak faham pun ya...  'oh anak... saya belum kahwin Tn Haji..'  Nama siapa... aku jawab lah... Salamiah... dia pun berkata, 'Haji dok perhati Salamiah dari mula sampai lagi... Haji memang agak Salamiah belum kahwin... tak pa na... nanti kita sembang... perabih makan.. nak isyak dah ni..'


Suspen juga aku.. nak jadi cerita, dalam perjalanan aku ke masjid untuk solat Isyak, Haji ada di lobi hotel.. kami pun bersaing... macam-macam aku ditemuduga ... kerja di mana.. rupanya dia duduk Parit Buntar.. katanya beliau selalu berurusan di pejabat Takaful  Parit Buntar untuk insurans kereta beliau.


Esoknya, selepas aku solat, aku keluar dari Masjidil Haram, aku terserempak lagi dengan Haji Ismail.. Mungkin dia sengaja tunggu aku ..


'......ni Haji nak habak mai... Haji berkenan sangat dengan Salamiah ni... Hari mula sampai lagi Haji tengok Salamiah... Salamiah ni budak baik... Haji perhati, Salamiah suka tolong orang... '  terkedu aku... Ya Allah mustajabnya doa kat Mekah..


Tapi... aku suspen juga.. Takkan orang tua ni nakkan aku..


'Haji ada anak buah.. maknya adik Haji... depa ni kecil lagi ayahnya dah meninggal dunia.. Haji lah yang tolong besarkan depa... anak buah ni sampai la ni tak kahwin... umur pun baya-baya Salamiah... Nanti kita kira na.. bertuah Salamiah... doa kat Mekah, mustajab..'


Aku yang mendengarnya... menggigil.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan