Sabtu, 6 November 2010

Ramadhan di Mekah

Setelah 3 hari dapat makan  tengah hari.. Hari ke empatnya puasa yang pertama di Mekah. Malam pertama ramadhan, malam pertama kami bertarawih. Ustaz Mahfuz telah  berpesan awal-awal supaya tunaikan solat terawih sebanyak  8  rakaat saja.. Lepas itu kita menunaikan umrah.


Aku bermimpi ke Ya Allah. Pasti ibu ku di Malaysia pada saat ini terpaku di TV1. Syahdunya Imam Sudais melagukan Al Baqarah. Pertama kalinya bertarawih, terasa penat juga. Untuk menghabiskan satu  rakaat mengambil masa dalam 20 minit. Berhenti rehat hanya selepas rakaat ke sepuluh.


Selesai rakaat ke 8, pertama kalinya kami melakukan umrah di waktu malam. Cantiknya kota Mekah.. kami bermiqat di Masjid Tan'im dan seterusnya melakukan tawaf, saie dan tahlul. Ustaz Mahfuz sebagai mutawif  yang mengetuai kami, selalu mengingatkan kami supaya sentiasa dalam jemaah yang terdiri seramai 22 orang.. Jangan berpecah.. terutama , aku dan beberapa orang mak cik yang menumpang muhrimnya.


Selesai umrah kami.... selesai lah juga solat tarawih 20 rakaat. Dan baru lah aku faham...sebelum ini dalam TV, aku lihat, ada yang sedang solat, ada yang sedang tawaf, ada yang sedang saie... .Malam ini, akulah orang yang berada dalam TV itu.... menitik air mata aku.. aku masih tak percaya...


Selesai umrah, kami balik ke hotel, dan ustaz mengingatkan kami untuk bersahur pagi esoknya..


Alhamdullilah, tiada kesusahan dalam aku menjalani ibadah puasa  di Tanah Mekah. Sedapnya masih terasa kurma sebagai juadah berbuka puasa. Sedapnya , air zam zam.. Ya  Allah, murahnya rezeki aku di Mekah.. Ada saja yang menghulurkan makanan. Berhenti melepaskan lelah depan kaabah, ada saja yang menghulurkan kurma, buah zaitun, roti dan juga kekacang ..


Ramainya umat manusia di Mekah pada bulan ramadhan, sama ramainya semasa musim haji.. Tiada kouta. Aku mengakuinya .. tetapi dengan izin Allah.. Aku tiada masalah melakukan tawaf.  Aku dapat bersolat depan Multazam, Aku dapat masuk Hijir Ismail... Cuma aku tidak dapat mengucup Hajarul Aswad, kerana terlalu ramai manusia mengellilingi batu syurga ini...


Hajarul Aswad.. asal mu, batu putih yang suci.. tapi akibat dosa-dosa umat nabi yang mengucupmu, batu putih telah menjadi hitam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan