Sabtu, 6 November 2010

Aku Tetamu Allah..





9 tahun yang lalu , November 2001, iaitu pada penghujung Syaaban, Allah telah menjemput aku ke Baitullah.. Inilah doa yang aku panjatkan semenjak aku belajar. Menjadi tetamu Allah.. Keinginan untuk ke Mekah datang semasa aku belajar lagi. Aku suka belajar tengah malam hingga dinihari. Pada setiap malam bulan ramadan, TV1 menyiarkan siaran langsung Solat Tarawih dari Mekah.. dan selalunya aku terpaku di depan televisyen manakala bacaan syahdu Imam di Mekah sebagai peneman aku belajar...


Terima kasih Ya Allah. Berkat rezeki ku Ya Allah. Tak sampai 2 tahun kerja, aku telah berjaya mengumpul duit untuk menjadi tetamu Allah. Aku terlalu berhajat untuk berpuasa di tempat suci Mu ..,


Ya Allah.. Mudahnya pemergianku. Permohonan ku untuk mengikuti rombongan Tn Hj Mahfuz adalah pada saat-saat akhir. Tiada perancangan. Panggilan kaabah terlalu kuat, dan permergianku menjadi mudah.


Berniat Miqat dalam kapal terbang, dan pilot memberi arahan supaya kami berniat ihram. Kami sampai di Jeddah, dan wakil rombongan sudah menanti. Bas yang kami naiki terus menuju ke Tanah Haram. Kami dalam keadaan berihram, perlu menjaga pantang larang supaya tidak perlu bayar dam...


Subhanallah.. Ya Allah.. Aku tak percaya .. Cantiknya kaabah... betulkah aku telah sampai menjadi tetamuMu... Ya Allah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan