Sabtu, 6 November 2010

Mungkin Ini Permulaannya....

Aku adalah seorang yang suka berkarya.. tetapi malangnya karyaku tidak pernah kuluahkan .. terlalu banyak pengalaman hidup yang kadang kala ada baiknya aku terjemahkan dalam bentuk luahan hati dan penceritaan. Hari ini, setelah beberapa kali aku mengkaji blog kawan-kawan, minat untuk berkarya datang dengan tiba-tiba. Panggilan mesra aku di kampung dan rakan-rakan semasa di sekolah, adalah Ala. Tetapi setelah aku berhijrah menyambungkan pelajaran, tak ingat pula aku siapa yang memulakan panggilan manjaku sebagai Sal.


Terlalu banyak pengalaman suka duka yang aku harungi sebagai anak yatim. Kehilangan ayah yang paling aku sayang, pada usia aku 16 tahun, menjadikan aku seorang yang berdikari dalam usaha untuk mencapai cita-cita aku. Aku lalui zaman kesusahan semasa belajar, dimana untuk tidak membebankan ibu tersayang, aku bekerja sambil belajar..


Tak tahu di mana aku hendak memulakan.. tapi mungkinkah kegagalan dalam rumahtanggaku sebagai permulaannya.. ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan