Ahad, 7 November 2010

Di Kota Madinah

Pasar Kurma
Masjid Nabawi
Bukit Uhud
Perkuburan Baqi
Perkuburan Ma'la tempat di mana Makam Saiditina Khadijah dikebumikan
Rombongan kami sampai di kota Madinah pada lewat petang. Kami menuju ke hotel penginapan dan menuju ke bilik masing-masing..  Agak tergesa-gesa juga kerana sudah menghampiri Maghrib. Kami berbuka di Masjid Nabi, dan seterusnya solat Maghrib, balik semula ke hotel untuk berbuka puasa. Keadaan yang kelam-kabut sedikit menyebabkan kami agak lewat untuk solat Isyak.


Ya Allah.. Cantiknya Masjid Nabi..dari bilik hotel kami, jelas kelihatan betapa indahnya Masjid Nabawi.. di dalamya ada makam Rasulullullah SAW..


Cuaca di Madinah, agak sejuk seperti di Cameron Highland... Oleh kerana kami lambat, kami hanya dapat solat di luar masjid sahaja untuk malam yang pertama.. Malam itu, aku tidur lena sangat sebab terlalu penat dan juga aku dapat rasa badan ada tanda-tanda akan demam.


Esok paginya kami di bawa berziarah ke tempat-tempat bersejarah. Tempat pertama yang kami lawati adalah makam isteri-isteri Rasullulah dan para sahabat iaitu di Perkuburan Baqi, bersebelahan dengan Masjid Nabi. Kami mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Mahfuz. Kami juga ke Perkuburan Ma'la di mana isteri kesayangan Rasulullah iaitu Saiditina Khadijah telah dimakamkan.


Kami juga ke Bukit Uhud dimana seramai 70 orang muslim telah terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Rasulullah memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.


Di kaki Bukit Uhud inilah, kami beramai-ramai mengaminkan doa kepada para syuhada.


Seterusnya kami di bawa ke Pasar Kurma.. Inilah masanya untuk aku  membeli-belah.. Disebabkan aku sudah mula demam, aku hanya membeli 10 kg iaitu campuran kurma dan kekacang lain kerana aku tidak mampu nak bawa lebih dari 10 kg kerana badan aku sudah letih.


Malamnya kami bertarawih di dalam Masjid Nabawi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan