Selasa, 3 Mei 2011

Rentak Tari Menari-nari Tidak Berhenti - Minggu Saham Amanah Malaysia 2011


Hari ke 3 (Jumaat) dan hari ke 4 (Sabtu) Minggu Saham Amanah Malaysia 2011. Seperti biasa agen-agen berkumpul pada pagi hari merapatkan saf berdoa memohon keberkatan dalam mencari rezki dan juga berdakwah menyebarkan muamalat Islam.

Agen-agen dibawah Hi Touch Services telah mula mendapat rentak dan serasi dengan suasana yang bersesak-sesak ini. En Amir sebagai ketua dengan ikhlas hatinya membantu agen-agen beliau terutamanya agen-agen baru yang tiada keyakinan diri dalam proses 'closing'. Alhamdullillah, ke semua agen-agen aku berjaya  mendapat pelanggan. Tugas mereka hanya menarik pelanggan dan En Amir membantu memberi penerangan dan seterusnya 'closed'. Kerjasama antara kami membuatkan hubungan kami menjadi rapat.

Hari ini juga Sayuti berjaya 'closed' 2 kes yang besar dengan caruman melebihi RM 2,000 dan seterusnya pelanggan layak untuk cabutan bertuah hadiah-hadiah utama. Dan seterusnya pengumuman demi pengumumam memaklumkan pelangga layak untuk cabutan bertuah. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya untuk memujuk pelanggan membayar caruman setahun sekali.

Pada petang Jumaat juga sekali lagi pengumuman dilaungkan, dimana seorang agen dari Cawangan Sungai Petani telah berjaya 'closed' produk Investmen Link sebanyak RM 30,000.00.. Pelanggan tersebut berasal dari Ipoh. Alhamdulillah, bangga aku, ada orang Melayu yang kaya di Ipoh ini.

Pada petang Jumaat tepat jam  5.00 petang, rancangan Al Kulliyah secara langsung dari Stadium Indera Mulia. 3 orang agen telah dipilih oleh Pengurus Ipoh untuk menjadi wakil bertanyakan soalan-soalan kepada penceramah. Mereka adalah En Ramli Puteh, Puan Noraliah dan juga Sayuti. Glamour mereka dan juga mudah popular kerana wajah mereka difokuskan sebesarnya semasa soal jawab tersebut.

Pada waktu yang sama juga bersiaran secara langsung terus menerus dari 'booth' Takaful Ikhlas untuk Berita Jam 5, TV 1. Barulah aku mengerti bagaimana persiapan dilakukan 30 minit awal sementara menunggu slot terus menerus dari 'booth' Takaful Ikhlas.

Ramai agen-agen memberitahu yang keluarga mereka memaklumkan bahawa mereka telah masuk TV. Memang ya, terlalu banyak kamera difokus kepada agen-agen dan seolah-seolah 'booth' Takaful Ikhlas menjadi sasaran utama media. Aku juga dimaklumkan yang kelibat aku sedang 'closing' pelanggan ada dalam rancangan berita TV 1. 

Pada hari Sabtu adalah hari yang bersesak-sesak kerana ada pertandingan mewarna untuk anak-anak Tadika Kemas. 'Parking' kenderaan menjadi masalah utama hari ini kerana selain dari pengunjung, hari ini juga ada Pasar Tani di Stadium.

Letih.. Tidak kami rasai. Bayangkan aku bertugas dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam, berhenti hanya untuk solat dan juga makan. Dan seperti biasanya pada malam hari kami berkumpul merapatkan saf, mendengar pengumuman kejayaan-kejayaan kami dan program diakhiri dengan doa penutup memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Setelah kami serasi dengan suasana di sini, tidaklah pula kami berhenti MENERUSKAN RENTAK MENARI-NARI TIDAK BERHENTI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan