Selasa, 3 Mei 2011

'Aura' Seorang Ketua - Minggu Saham Amanah Malaysia 2011





Hari ke 5 iaitu pada hari Ahad adalah hari yang paling ramai pengunjung singgah ke 'booth' Takaful Ikhlas. Dari pagi sampai ke malam tiada sekali pun kawasan 'booth' lengang. Pengunjung datang memang untuk menyertai Takaful Ikhlas untuk produk Takaful Pendidikan Anak dan juga Ikhlas Savings Takaful. Ada yang sanggup berdiri sambil mendukung anak, ada yang datang terus minta borang, ada yang datang membawa tunai yang kita sendiri tidak menjangkakan.

Dan sinilah 'aura' En Amir terserlah di mana beliau telah berjaya 'closed' dengan sumbangan yang besar-besar. Siapa saja yang pelanggan yang berurusan dengan beliau berkesudahan dengan tandatangan borang dan juga membuat caruman pertama samada sebulan atau setahun.

Kami mendapat semangat ketua sehingga habis program ini. Sekiranya ketua tiada, kami sedikit terleka. Ialah badan sudah terasa penat. Pada hari terakhir ramai agen-agen sudah hilang suara.

Aku sendiri tidak menjangkakan rezkiku pada hari terakhir dipermudahkan dan aku sangat bersyukur. Allah SWT telah berjanji sekiranya hambanya berusaha, berdoa dan bertawakkal ganjaran di dunia dan akhirat sebagai balasan.

Alhamdulillah, segala penat lelahku berbaloi. Masa selama 12 jam aku bertugas selama seminggu, setiap harinya aku berdiri di antara 6 ke 8 jam untuk menarik pelanggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan