Khamis, 12 Mei 2011

Hanya Satu Persinggahan



Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya

Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara


Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela

Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna


Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan

Aku tidak menjanjikan

Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa

Janganlah engkau harap
Ku menghambakan diri
 
Nanti kau tahu ertinya SEPI
Bagaikan pisau menghiris hati
Nanti kau tahu ertinya RINDU

Bagai tertusuk duri sembilu

Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan