Tiket yang dipakai di pergelangan tangan
Kolam air panas yang menjadi tumpuan orang awam
Kolam Air Panas Suhu di antara 30 C - 40 C
Kolam merebus telur - suhu diantara 90 C sehingga 100 C
Kolam rendaman kaki - agak panas di sini dan berpeluh-peluh sebagai tindak balas
Kafetaria
Laluan pejalan kaki untuk refleksologi yang agak panas
Kemudahan surau
Kemudahan villa
2 tempayan air bersih disediakan untuk membilas diri
Bersama bonda, adik beradik dan anak buah
Merebus 30 biji telur
Tu dia- sessi mengupas telur dan makan telur
Telur 3 suku masak
Enak dimakan panas-panas
Papan tanda ke kolam air gunung
Kolam Air Gunung (sejuk)
Kolam Air Panas
Orang tua berhajat berendam - tunaikanlah.. habis hati
Merendam kaki di kawasan suhu antara 42 C sehingga 50 C - panas
Kolam yang agak panas
Permintaan ditunaikan- dapat makan telur panas-panas
Berkumpul sebuah keluarga besar disini
Sebagai anak tempatan yang dilahirkan di Felda Sg Klah, Sungkai sudah semestilah ada rasa bangga dihati apabila tempat ini yang dahulunya tiada apa tetapi kini telah dikenali seantero dunia. Dahulunya kolam air panas ini dikelilingi dengan semak samun, terbiar dan masih aku ingat semasa zaman nakal kanak-kanakku dahulu, kami berjalan kaki saja utuk merebus kerang dan telur di sini. Yang aku perasan ketika itu ianya adalah sebatang sungai yang berasap-asap dan tujuan utama penduduk tempatan datang ke sini hanyalah untuk merebus telur dan kerang saja. Selepas itu kami menuju ke Lata Bongsu pula untuk berkelah.
Pada Disember 2003, dengan rasminya Taman Reakrasi Air Panas (TRAP) Felda Sg Klah dengan dibuka kepada orang awam walau ketika itu masih banyak tempat belum sempurna siapnya. Dikenali juga dengan Hot Springs Felda Sg Klah. Sekiranya anda dari Lebuhraya Utara Selatan, anda hendaklah keluar melalui tol Sungkai dan mengambil laluan kiri atau mengikuti saja papan tanda menuju ke Hot Springs anggaran perjalanan 10 km untuk sampai di sini. Anda akan melalui Sekolah Agama Rakyat, Masjid, Pejabat, Dewan Orang Ramai , Dataran Homestay yang mana rumah kelahiranku dibelakang Dewan Orang Ramai saja, dan seterusnya ikut saja arah papan tanda dan anda akan selamat sampai, Insya allah.
Bayaran tiket untuk orang dewasa adalah RM 8 manakala kanak-kanak RM6. Untungnya juga kami anak-anak tempatan kerana mendapat diskaun untuk masuk ke dalam sekiranya kad pengenalan kami masih kekal alamat di Felda Sg Klah dan diskaun ini juga layak untuk 5 ahli yang lain. Terdapat 200 punca air panas di sini dan berkhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit kulit dan juga penyahtoksin dalam badan.
Ada 2 kolam utama yang menjadi tumpuan iaitu kolam air gunung yang sejuk dan juga kolam air panas yang agak suam dan sesuai untuk mandi manda. Ada ruang khas untuk kanak-kanak tetapi pemantauan dari orang dewasa diperlukan kerana sekiranya kanak-kanak melepasi had kedalaman kolam, ianya memungkinkan risiko anak-anak lemas.
Di sepanjang kawasan pula terdapat beberapa buah kolam yang mempunyai suhu yang berbeza-beza. Sekiranya hendak berendam di kawasan yang agak panas kolam suhu di antara 30 C sehingga 40 C adalah sesuai dan anda akan rasa lega didalamnya. Ibarat kita mandi menggunakan 'water heater'.
Sekiranya anda hendak merawat penyakit, rendaman kaki di kawasan kolam bersuhu antara 42 C - 52 C adalah tempat yang menjadi tumpuan. Kawasan yang agak panas tetapi tidaklah sampai melecur kulit kita. Apabila kaki direndamkan , terasa perit panas tetapi ianya cuma seketika. Cubalah anda bertahan sehingga anda berpeluh-peluh, ibarat proses sauna di jam-jam yang terakhir. Toksin dalam badan akan keluar dan badan menjadi ringan.
Bersebelahan kawasan inilah terdapat sebuah kolam khas untuk merebus telur. Suhu di antara 90 C sehingga 100 C. Jangan sesekali anda mencuba merendam kaki di sni kerana sudah pastinya kaki anda akan melecur dan masak. Kawasan ini agak berasap-asap dan menjadi tumpuan orang ramai. Telur disediakan bersama kicap dan proses merebus 7 minit untuk telur masak sepenuhnya manakala 4 minit untuk telur 3 suku masak. Di akui orang ramai beza rasanya telur rebus di sini berbanding biasa .
Kawasan 'private' juga ada disediakan dan hendaklah ditempah dahulu dan anda boleh menggunakannya mengikut masa yang ditetapkan. Kemudahan awam seperti surau, kafetaria dan bilik mandi dan tandas awam disediakan. Kemudahan untuk program Hari Keluarga dan 'jungle tracking' juga tidak pernah sunyi setiap minggu.
Sekiranya anda adalah penggemar terapi refleksologi, terdapat laluan pejalan kaki yang luas dan panjang dan juga panas disediakan di sini. BIasanya kita berjalan di atas batu-batu tanpa air tetapi disini batu-batu rekflesologi ini terendam dalam air panas. Tindak balas segera dapat anda rasai di sini. Begitu juga dengan 'jakuzi dan spa' ada disediakan tetapi hendaklah ditempah terlebih dahulu.
Kewujudan kolam air panas yang diterokai oleh Trolak Country Resort ini membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan orang-orang di sekitarnya termasuk perkhidmatan homestay kerana villa dan resort yang disediakan sentiasa 'fully booked'. Begitu juga dengan kedai-kedai runcit dan kedai makan menjadi tumpuan para pengunjung. Dahulunya kedai Dmart sunyi sahaja tetapi kini berderet-deret pelanggan berbaris untuk membuat bayaran.
Sudah banyak kali jugalah aku ke sini dan adalah rugi sekiranya datang hanya untuk melawat saja tanpa berendam. Bersama ibu dan keluarga kami berkelah beramai-ramai di sini, mengikut kehendak dan hajat orang tua yang teringin menikmati suasana berendam dalam kolam dan makan telur rebus panas-panas.
Kepada mereka yang belum sampai lagi, JOM kita ke sini... tidaklah anda rugi kerana kolam Air Panas Felda Sg Klah adalah di antara kolam air panas terbaik di dunia.
Sekian... Laporan dari anak tempatan..
macam best jerh...14.3.2012 kami pun nk kesini...tuk family day..teruja sangattttt....
BalasPadammacam best jerh...14.3.2012 kami pun nk kesini...tuk family day..teruja sangattttt....
BalasPadammemang best... tapi sudah mahal skrg ini.. RM 12 satu kepala..
BalasPadamtu la kan..makin naik harga pulak
BalasPadamsini ada resort?
BalasPadamresort dan homestay selesa dengan tawaran harga yg murah
BalasPadamterbaik!!!
BalasPadamhttp://rehanswardrobe.blogspot.com/2014/07/home-deko-ruang-tamu-ruang-makan-rumah.html
G penah g beverapa kali tempat ni..mmg best sebab ada dua mata air; satu panas dan satu air gunung yg sejuk. Fasiliti dia pun mmg terbaik. Lagi satu tempat hot spring yg baik adalah di Baling yg beroperasi 24 jam
BalasPadamLawati lah http://jomronda-mozag02.blogspot.my untuk melihat tempat2 menarik!
G penah g beverapa kali tempat ni..mmg best sebab ada dua mata air; satu panas dan satu air gunung yg sejuk. Fasiliti dia pun mmg terbaik. Lagi satu tempat hot spring yg baik adalah di Baling yg beroperasi 24 jam
BalasPadamLawati lah http://jomronda-mozag02.blogspot.my untuk melihat tempat2 menarik!