Menerima Surat Pengesahan Kenaikan Pangkat Dari En Amir
Surat Rasmi
Muznah
Fauzan
Wati
Kerjaya aku bermula di Takaful IKHLAS pada 15/08/2007 sebaik saja aku meletak jawatan di Takaful Malaysia dengan notis 3 bulan. Sesungguhnya aku sendiri tidak pernah menjangkakan yang aku akan meninggalkan syarikat yang aku sayangi, melaluinya rezeki aku melimpah ruah, sempat membuat pinjaman kereta, rumah dan juga mengerjakan umrah.
Ketika itu aku menghadapi tekanan hidup yang sungguh dashyat atas masalah-masalah yang bukan berpunca dari aku tetapi terpaksa aku hadapi jua, menerima sumpah seranah pelanggan, kerja-kerja yang tertunggak dan macam-macam lagi. Pernah berlaku sedang aku sarapan pagi, berderet-deret pelanggan minta untuk bertemu dengan aku untuk selesaikan masalah mereka. Malangnya masalah mereka memang tidak dapat diselesaikan atas beberapa sebab ketika itu, dan aku pernah dimaki hamun oleh pelanggan menyatakan aku makan harta anak yatim. Banyak lagi sebab kenapa aku melepaskan jawatan dan faktor rumahtangga juga adalah salah satu sebabnya.
Aku melepaskan jawatan dengan izin suami, setelah pinjaman rumah aku diluluskan. Aku beruntung kerana rumah yang aku beli baru berusia 5 tahun dan tidak perlu untuk diubahsuai. Duit pengeluaran dari Akaun 2, KWSP dapat aku gunakan sejimat mungkin sementara aku stabil dengan kerjaya baru aku. Ialah aku berhenti kerja tanpa pampasan, dan memulakan kerjaya baru dengan tiada gaji asas . RM 0. Pada ketika itu pula aku menanggung bebanan hutang-hutang bank.
Bermulalah era aku sebagai agen Takaful Ikhlas, bergerak seorang mencari pelanggan dan pada masa itu Pejabat Cawangan Ipoh masih belum beroperasi lagi. Setiap minggu En Amir akan turun ke Ipoh untuk berjumpa dengan agen-agen beliau di kedai-kedai mamak dan adakalanya di pejabat agensi Hj Othman di Bercham.
Aku bermula dari bawah iaitu sebagai seorang agen biasa. Cukuplah pada aku selesa dengan pendapatan yang aku terima dan aku tidak berminat dengan tawaran kenaikan pangkat. Sebenarnya aku sudah tidak mahu terlibat lagi dengan sebarang komitment melatih agen dan juga menjadi ketua. Biarlah aku menjadi agen 'cabuk' saja.
Selepas tahun kedua , Kak Muznah mengikut aku dan secara langsungnya beliau menjadi agen aku. Dan bila sudah ada agen dibawah aku, peningkatan dalam kerjaya perlu dilakukan dan aku mula mencabar diri. Dan pada ketika aku berjaya memperolehi Ar Rashidun dan apabila pihak pengurusan mengeluarkan tawaran kenaikan pangkat kepada agen-agen, aku memohon untuk kenaikan pangkat kepada Penolong Pengurus Unit dan aku terlalu berharap. Agak malangnya, permohonan aku gagal atas faktor ' kadar persistency' kurang dari 80% dan juga ' contribution of production' tidak cukup RM 60,000 untuk tempoh 18 bulan. Aku kecewa dan membuat rayuan kedua tetapi rayuan aku gagal kerana syarat masih gagal aku penuhi.
Kak Muznah pula membawa Fauzan masuk dan secara langsungnya Fauzan berada dalam kumpulan aku, Seterusnya pula Wati menunjukkan minat untuk menjadi agen. Aku telah ada 3 orang agen di bawah aku.
Pada Mac 2011, apabila saja tawaran kenaikan pangkat kepada agen-agen dikeluarkan, aku buat endah tak endah saja. Aku merasakan masih tidak layak memandangkan prestasi pada tahun kewangan yang lepas tidak memberangsangkan seperti 2 tahun sebelumnya. Inilah gunanya ketua, apabila En Amir berjumpa dengan aku dan hanya minta aku tandatangan saja surat kenaikan pangkat. Dan itu yang aku lakukan, aku tandatangan saja dan aku sendiri memberitahu En Amir, aku tak layak kerana 'production' aku menurun.
Aku terkejut apabila mendapat berita rupanya 'contribution of production' untuk 18 bulan melebihi RM 60,000 manakala 'kadar persistency' aku adalah 87%. Tetapi agak malang permohonan aku ditolak atas alasan aku tidak hadir kursus wajib CIP. Mengamuk En Amir ketika itu kerana telah banyak kali aku maklumkan kepada Unit Latihan yang aku telah hadir kursus tersebut. Pengurus Cawangan Ipoh, En Zainal menghubungi aku dan meminta aku memaklumkan kepada Unit Latihan tarikh kursus dan seterusnya membuat rayuan.
Aku masih gembira atas kejayaan sepanjang Minggu Saham Amanah Malaysia dan kegembiraan aku bertambah lagi apabila En Amir sendiri menyerahkan surat kejayaan aku untuk jawatan Penolong Pengurus Unit. Dan aku meletakkan sasaran aku selama setahun untuk aku ke jawatan seterusnya iaitu Pengurus Unit iaitu satu jawatan yang memang diidamkan oleh semua agen. Dan sekiranya aku berjaya, Insya Allah, aku dalam keadaan 'zon selesa'. Seperti biasa, aku mencabar diri aku.
Aku mengerti mengapa En Amir melantik aku sebagai agen biasa dan teori beliau berkesan. Sekarang aku telah ada 3 orang agen aktif dan 'production' mereka akan diambil kira untuk ke jawatan seterusnya. Cuma aku belum layak untuk menikmati 'overriding'. Aku juga adalah agen beliau yang pertama berjaya untuk ke jawatan ini. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kejayaan ini adalah hasil komitment terhadap ibadah pekerjaan ini.
Sesungguhnya aku sedang melalui satu fasa baru dalam kerjaya aku dan PENINGKATAN KERJAYA ini menambahkan semangat aku untuk terus maju ke depan dan bercita-cita pula untuk membuka agensi sendiri . INSYA ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan