Sebahagian baucer-baucer membeli-belah yang aku terima sepanjang MSAM 2011
Agen-agen memeriahkan pejabat untuk melengkapkan borang-borang cadangan
Pejabat Takaful Ikhlas Di Pusat Persiaran Greentown 9, Ipoh
Baru aku sedar rupanya banyak juga baucer-baucer membeli-belah RM10 di Parkson yang aku terima sepanjang program ini. Agak malang juga kerana pada hari terakhir baucer telah kehabisan dan aku kerugian untuk mengumpul baucer pada hari terakhir.
Letih juga untuk melengkapkan borang tetapi apabila mengenangkan imbuhan yang kami perolehi terasa hilang segala penat lelah kami. Aku bersyukur kerana ke semua agen-agen aku iaitu Kak Muz, Wati dan Fauzan berjaya membawa 'sales' dan ke semua agen dari Hi Touch Services berjaya. Kami hanya perlu bergerak meneruskan semangat perjuangan dan jangan sesekali mengeluh dan leka dengan apa yang telah kami nikmati sekarang ini.
Kepada semua agen-agen Wilayah Utara, TAHNIAH!.. Sesungguhnya anda semua adalah mujahid dalam menyebarkan muamalat Islam.
Jangan berpuashati dengan apa yang ada, BERGERAKLAH!... ramai yang menanti anda diluar sana.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan