Khamis, 5 Mei 2011

Kejayaan Datang Bukan Mudah - Minggu Saham Amanah Malaysia 2011

Dato' CEO Melambung Kertas Kuiz Untuk Mencari  Seorang Pemenang Menunaikan Haji
Pemenang Kuiz Menunaikan Haji Dihubungi Sendiri Oleh Dato' CEO
Siaran langsung untuk Berita Jam 1 TV1
Siaran Langsung Untuk Berita Jam 5 TV1
Siaran Langsung Al Kulliyah TV3 - Ibu Duit
'Bezza' - Model terbaru dari PERODUA
'Bezza' - Dari Pandangan Sisi
'Bezza' - Dari Pandangan Belakang
Saf dirapatkan sambil berdoa memohon pertolongan dari ALLAH SWT

Doa dibacakan oleh Sayuti
Amin...
Pertandingan Mewarna Di 'Booth' Takaful Ikhlas
'Champs' - menjadi tumpuan kanak-kanak
'Chewies'
'Fish'
Suasana yang sesak
Suasana dari laluan utama ke 'booth' Takaful Ikhlas

Berakhir sudah Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 (MSAM) di Ipoh, meninggalkan kenangan yang cukup manis kepada agen-agen dari Wilayah Utara. Selama 7 hari, kami mengabdikan diri  di 'booth' dari jam 10.00 pagi - sehingga 10.00 malam, anggaran masa berdiri dalam 6 sehingga 8 jam sehari selama 7 hari. Masa selebihnya duduk membuat 'closing', solat dan makan. Agen-agen yang bukan dari Ipoh menyewa di 'homestay' selama 7 hari. Inilah komitmen yang dapat kami berikan kepada syarikat yang menyediakan ruang untuk kami berjihad dan berdakwah dan sebagai ganjarannya kami mendapat imbuhan di dunia dan di akhirat.

Kebajikan agen-agen juga dijaga dimana kami menerima 2 kupon untuk makan tengah hari dan juga malam (subsidi) di Restoran Sabar Menanti dan juga sekiranya kami berjaya 'closing' kami layak pula menerima baucer membeli belah berjumlah RM 10 untuk setiap kes. Banyak juga aku dapat baucer membeli belah dan sudah semestinya aku akan membeli sesuatu yang akan menjadi kenanganku.

Aku pun hairan bagaimana kami boleh bertahan dengan suasana yang sesak, berdiri di sepanjang kiri dan kanan laluan 'booth' Takaful Ikhlas. Dapat duduk bukannya lama kerana apabila selesai melayan pelanggan kami dikehendaki bangun dengan segera memberi peluang kepada pelanggan yang lain pula. Kami beratur panjang pada hari pertama untuk menyambut Perdana Menteri yang singgah sewaktu persamian dan yang kelakarnya barisan panjang kiri kanan ini penuh setiap hari oleh agen-agen yang bertugas. Itu saja cara kami menarik pelanggan untuk mengisi borang kuiz-kuiz dan seterusnya bercerita tentang produk-produk Takaful Ikhlas. Macam-macam reaksi pelanggan, ada yang melayan karenah kami, ada yang menolak dan ada juga yang takut dengan kami. Dan aku agak beruntung kerana pelanggan yang aku tarik kebanyakkan memang sedang mencari produk Takaful Ikhlas dan datang untuk menyertainya. Kerja aku jadi mudah.

Terlalu ramai pengunjung yang datang dan anggaran pengunjung melebihi 150,000 aku rasa ada benarnya. Mereka terdiri rombongan dari sekolah, rombongan dari kampung-kampung dan juga dari jabatan kerajaan, penduduk setempat dan ada yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melabur. Bas-bas percuma disediakan dan liputan secara meluas dalam suratkhabar dan juga Radio Perak setiap hari menarik perhatian orang tempatan untuk hadir memeriahkan program ini.

Rancangan siaran langsung Forum Perdana TV1, Al Kuliyyah TV3 dan juga Bicara Muamalat di Radio Perak memberi momentum yang cukup baik kepada produk-produk Takaful Ikhlas dan ramai yang datang menyertai tanpa banyak alasan. Kebetulan pula ada hadiah untuk pelanggan yang membuat bayaran pada sepanjang program ini dan beberapa cabutan bertuah yang menarik disediakan.

Pada hari terakhir, Dato CEO dengan rendah dirinya mengaminkan doa yang di baca oleh Sayuti pada pagi hari, bersalaman dengan agen sambil memeluk mesra dan sebelum majlis ditutup Dato' CEO mencabut kertas-kertas kuiz dan seorang pemenang utama menunaikan haji telah dihubungi oleh beliau sendiri. Pemenang tersebut adalah seorang surirumah berusia 64 tahun dan berasal dari Pasir Putih, Perak. Bertuahnya beliau. Selain itu, 2 orang pemenang untuk menunaikan Umrah juga diumumkan dan macam-macam lagi.

Selepas saja lawatan penutup oleh Timbalan Perdana Menteri, dengan rasminya berakhirlah tugas kami disini. Kami diberi khabar gembira yang mana bilangan kes dan 'new business'  di Ipoh telah mencapai 'tagan' dan ianya adalah satu kejayaan yang memberangsangkan dan lebih baik dari tempat-tempat sebelum ini.

Pada hari terakhir aku mendapat 7 orang pelanggan dan inilah  rezeki atas kesabaran aku. Selesai saja bersalaman dengan agen-agen yang lain, aku pulang ke rumah dan malamnya aku tidur lena, letih yang teramat sangat aku rasakan. 'Tumpo' kata orang Perak. Esok harinya pula seperti yang aku jangkakan, aku telah hilang suara.

Semangat yang aku perolehi sepanjang Minggu Saham Amanah Malaysia yang telah berlalu ini memberi kekuatan dan keyakinan diri untuk aku meneruskan karier ini. Sesungguhnya KEJAYAAN DATANG BUKAN MUDAH dan hanya orang yang berusaha, yakin, redha dan tawakkal dengan ALLAH SWT saja yang  dapat merasai kemanisannya..

1 ulasan:

  1. Lucky Club Live Casino UK Live Casino Review
    Lucky Club's Live Casino luckyclub Review The UK-facing site, founded by former boss Denise Coates, was launched in 2004. Lucky Club is one of the most popular

    BalasPadam