Jumaat, 6 Mei 2011

Bergeraklah! - Minggu Saham Amanah Malaysia 2011

Sebahagian baucer-baucer membeli-belah yang aku terima sepanjang MSAM 2011
Agen-agen memeriahkan pejabat untuk melengkapkan borang-borang cadangan
Pejabat Takaful Ikhlas Di Pusat Persiaran Greentown 9, Ipoh


Selesai sudah kami bertugas setiap hari, tibalah pula masa untuk kami melengkapkan borang-borang yang telah ditandatangani dan juga 'follow up' pelanggan yang masih belum membuat bayaran pertama.  Satu suasana yang jarang sangat di pejabat cawangan Ipoh apabila ruangan khas untuk agen-agen penuh dengan agen-agen yang datang untuk melengkapkan borang penyertaan. Satu kepuasan dalam diri setiap agen kerana penat lelah kami berbaloi dan kejayaan Minggu Saham Amanah Malaysia 2011 memberi impak yang cukup baik kepada agen-agen Takaful Ikhlas.

Baru aku sedar rupanya banyak juga baucer-baucer membeli-belah  RM10 di Parkson  yang aku terima sepanjang program ini. Agak malang juga kerana pada hari terakhir baucer telah kehabisan dan aku kerugian untuk mengumpul baucer pada hari terakhir.

Letih juga untuk melengkapkan borang tetapi apabila mengenangkan imbuhan yang kami perolehi terasa hilang segala penat lelah kami. Aku bersyukur kerana ke semua agen-agen aku iaitu Kak Muz, Wati dan Fauzan berjaya membawa 'sales' dan ke semua agen dari Hi Touch Services berjaya.  Kami hanya perlu bergerak meneruskan semangat perjuangan dan jangan sesekali mengeluh dan leka dengan apa yang telah kami nikmati sekarang ini.

Kepada semua agen-agen Wilayah Utara, TAHNIAH!.. Sesungguhnya anda semua adalah mujahid dalam menyebarkan muamalat Islam.

Jangan berpuashati dengan apa yang ada, BERGERAKLAH!... ramai yang menanti anda diluar sana.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan