Sabtu, 1 Januari 2011

Segulung Diploma

Di Mana Kalian?
Anggun

Selalu dalam satu kumpulan.. Mana Kak Ros?


Di Rumah Sewa kakak di Flat PKNS, Kg Kerinchi


Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) dengan CGPA 3.14..

Setelah aku melalui kepayahan dan  kegembiraan selama 3 tahun bergelar mahasiswi ITM, akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajianku dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans) dengan CGPA 3.14.. Alhamdulillah.

Semasa akhir semester 6, rakan-rakan sekelas sibuk mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Sebaliknya aku mengambil keputusan untuk bekerja mencari pengalaman dan seterusnya menyambung pelajaran. Selepas aku mendapat pengalaman kerja dan juga  setelah aku mempunyai cukup wang, barulah aku melanjutkan pelajaran ku ke peringkat Ijazah.

Sedih juga aku rasakan.. Semasa konvokesyen untuk penganugerahan Diploma, aku telah bekerja dengan Takaful Malaysia di Tapah sebagai Pegawai Pemasaran. Bertemulah aku semula dengan rakan-rakan sekelas.

Terharu aku.. semasa kami berbaris masuk ke dalam dewan diiringi Salawat Nabi.. Melagukan lagu 'ITM Dihatiku'. Menitik air mata aku mengenangkan ayah yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak-anaknya.

Ayah, sebagai anak yang memahami hati ayah, kuhadiahkan Diplomaku melalui wakilmu, iaitu Ibuku. Tetapi ini bukanlah perhentianku yang terakhir, tetapi ianya adalah permulaan untuk kejayaan aku..












2 ulasan:

  1. Mana akak ye... Akak dgn abg puad le masa tu.. Kalau dak , nak menyempit dah...

    BalasPadam
  2. Saya masuk DBS Insurance intake Jan 1996 kat Shah Alam.

    BalasPadam