Semasa aku melanjutkan pelajaran ku ke peringkat Ijazah, aku menyewa di Seksyen 16 selama satu semester. Serumah dengan Kak Noraini, iaitu kawan baik kakak aku Cikno. Dari rumah sewa, aku menaiki bas, dan turun di Hotel ITM, seterusnya berjalan kakilah aku menuju ke Fakulti Perniagaan.
Semasa aku berada di semester 2, aku berpindah pula ke Seksyen 2.. Memang banyak rumah 'fully furnish' untuk disewakan kepada pelajar ITM. Semasa ini aku telah mendapat pinjaman MARA sebanyak RM 7,000 untuk 4 semester. Cikno pula menyara hidup aku dengan membayar sewa bulanan rumah sebanyak RM150.. Tidaklah pula aku bekerja sambil belajar, kerana simpanan aku semasa bekerja masih ada, pinjaman MARA lagi & juga ada bantuan dari Cikno.
Duduk menyewa seramai 10 orang. Meriah. Masih tidak aku lupa gelagat kecoh kami. Aku terlalu berani. Terlalulah banyaknya tikus di rumah sewa. Aku letak gam tikus atas plastik beras, taburkan roti, ikan masin.. Subuh esoknya penuh plastik beras itu dengan anak-anak tikus..Kasihan tikus-tikus itu.
Kawan baik aku pada masa itu adalah Rohaiza (Ja), Kak Lubna & Kak Maizatul Akma. Kami selalu berempat. Yang lain-lainnya adalah adik-adik junior aku semasa zaman diploma yang kini menjadi rakan sekelas aku..
Aku agak cermerlang berbanding semasa membuat diploma. Mungkin faktor pengalaman pernah bekerja dan pemahamam Bahasa Inggeris lebih baik dari sebelumnya. 2 kali aku mendapat 'Dean's List'. Sesuatu yang aku sendiri tidak menjangkakan.
Aku telah membuat latikan praktikal di MCIS, Petaling Jaya selama 4 bulan. Semasa aku menyewa di Seksyen 2, telah menjadi tabiat aku untuk berjogging di Taman Tasik Shah Alam pada setiap minggu. Selepas subuh, aku pun berjogginglah.. Kadang-kadang berteman, selalu juga keseorangan..
Rumah sewa kami riuh rendah. Ya lah.. 10 orang.. makan ramai-ramai, menghadap TV... bergurau senda..macam-macam perangai..
Aku dengan Rohaiza selalu menghabiskan masa belajar kami di perpustaakan. Kerap juga kami mengadakan 'discussion'.
Alhamdulillah, setiap kali habis semester, aku memperolehi keputusan yang membanggakan. Berkesudahan dengan CGPA 3.44.. 'Second Class Upper".
Semasa konvokesyen, aku hanya membawa ibuku sahaja menemani aku. Menitis airmata aku mengenangkan susah payahku untuk menyempurnakan cita-cita ayahku.
Dan aku masih tidak melupakan hari konvokesyenku yang aku kira adalah konvokesyen aku yang terakhir...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan