Sabtu, 8 Januari 2011

Kalau Dapat Ku Undur Masa..

'Cute'... berhenti seketika melemparkan senyuman ..
Dalam perjalanan ke Fakulti Perniagaan..

'My Classmate'... sebahagiannya..

Sewaktu menghadiri kelas malam

Bersuka ria...

Pensyarah tak datang lagi...

Di Gunung Raya, Pulau Langkawi

Ahli PKPIM

Di Jeti Kuah

Di tepi pantai yang indah 
Di Bukit Cerakah (PKPIM)


Depan 'Chalet', Bukit Cerakah

Dalam Feri

Dalam dewan kursus... di Gunung Raya

Laluan menuju ke Kolej Kenanga 4...

Pada semester 2, aku telah keluar dari KESATRIA dan memilih ADASI sebagai kursus kokorikulum wajib aku. Mungkin kerana jiwa aku yang lebih ke arah bidang keagamaan dan kerohanian, jadi aku telah membuat pilihan untuk keluar dari KESATRIA. Tak ingat pula aku ADASI dalam penuhnya, tetapi disinilah aku telah mula menghafal ayat-ayat lazim, memperbetulkan tajwid bacaan Al Quran, menambahkan ilmu dan amal yang senipis kulit bawang.

Aku juga mula mengaktifkan diri aku dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dimana banyak program yang dianjurkan memberi peluang kepada aku untuk menambah pengalaman hidup. Program keluar bermalam dalam hutan dan iktikaf dalam masjid adalah satu program yang kerap aku sertai. Masih teringat lagi betapa syahdunya kami membuat Qiammulail dalam hutan di Bukit Cerakah, dalam suasana yanng cukup hening dan gelap gelita hanya berbumbungkan langit, bercahayakan bintang-bintang... Alunan bacaan Ustaz jemputan dan doa yang dibacakan dalam Bahasa Melayu meruntun-runtun hati aku yang lembut ini. Aku terlalu beremosi apabila melakukan solat Sunat Tasbih..

Dalam semester 2 juga aku telah menambah kursus pilihan yang bukan wajib iaitu Kelas Bahasa Jepun. Sekadar menambah ilmu di dada dan juga sekiranya keputusan peperiksaan cemerlang, ianya membantu menaikkan CGPA aku.. Bolehlah aku bercakap Jepun tetapi pada masa itu sajalah.. Menulis dalam tulisan Jepun pun pandai. Kelas aku malangnya dibuat pada malam hari kerana bergabung dengan pelajar luar kampus.. Tetapi tak apalah.. bersemangat aku..

'Arigato gozaimas.....moshi-moshi... watashiwa namaewa Salamiah san..' yang lain aku sudah lupa.. tetapi aku masih boleh menulis nama aku dalam tulisan Jepun.. Semasa peperiksaan, aku perlu menghadapi kelas 'oral', kelas lakunan dan juga peperiksaan biasa. Aku lulus dengan cemerlang dengan mendapat  'A' dan ianya memberi kesan kepada keputusan peperiksaan aku.

Dari semester 1 sehinggalah semester 3, kami belum lagi mendalami dalam pengkhususan Insuran. Hanya subjek yang berasaskan Calculus, Economic, Marketing, Accounting, Pengajian Islam, Law Of Business & Law Of Insurance. Aku cukup tidak suka dengan kelas Law of Bussiness dan juga Law Of Insurance. Satu matapelajaran yang membosankan, membaca, menghafal Akta, undang-undang, dan 'presentation case'.. Aku cukup hairan bagaimana pelajar 'Law' belajar..  Tak jemukah mereka, sekurangnya pelajar 'bussiness' ada juga subject pengiraan iaitu melalui Calculus & Accounting.

Semasa dalam kelas Pengajian Islam, aku mula mengenali konsep Insurans dalam Islam, ketika itu hanya ada Takaful Malaysia. Hati aku telah diketuk oleh Ustaz Ghaforullahuddin semasa beliau mengajar. Dan kesan dari kelas inilah, aku mula mencarum dengan Takaful Malaysia sewaktu aku balik bercuti kerana pejabatnya ada di Tapah..

Bermula semester 4 hingga semester 6, barulah  pembelajaran kami dikhususkan dalam subjek Insurance.  Terlalu banyak 'assignment', kerja berkumpulan dan 'presentation'... 'date line...' masih aku ingat lagi bagaimana kumpulan kami gigih menyiapkan tugasan semalaman. Kes kerja 'last minute'. Pada hari esoknya apabila kami di dalam kelas,  tersengguk-sengguklah kami menahan mengantuk.. Mana-mana pelajar yang berani pula, mereka membuat pilihan untuk ponteng kelas dan tidur di asrama..

Sudah menjadi kebiasaan, sekiranya ada 'dateline assigment' dan juga ada 'ujian', kelas akan menjadi kurang kerana ramai pelajar ponteng kelas untuk belajar 'last minute'..

Aku ada cara aku tersendiri untuk memahami pelajaran. Ya lah, aku bukan pandai Bahasa Inggeris, jadi kenalah lebih sikit berusaha. Dalam waktu aku bekerja, aku cuba mengatur masa aku untuk mengulangkaji pelajaran.. Dan aku selalu berada di Tingkat 3 di Perpustakaan 2 (PTAR 2) dan belajar bersendirian. Aku membuat semua soalan-soalan peperiksaan setiap semester dan aku dapati ada soalan yang sama berulang-ulangkali. Dan sekiranya aku tidak faham, aku mengolahkan jawapan aku dan aku akan membuat temujanji dengan pensyarah sewaktu 'consultation hours'.. Alhamdullilah, berkat ilmu yang diajar, diiringi pula doa dari ibuku, aku memperolehi CGPA melebihi '3 pointer' ke atas pada setiap semester kecuali pada semester 1 aku hanya memperolehi 2.96... Ya lah...Terkejut...  budak kampung masuk 'U'..

Kolej Cempaka/Kenanga adalah kolej yang tertua di ITM, didiami oleh pelajar perempuan. Di belakang kolej kami pula ada Kolej Perindu, yang didiami oleh pelajar lelaki. Kolej Delima dan Kolej Anggerik, senirekanya agak moden berbanding dengan kolej lama. Kolej Seroja pula didiami oleh pelajar perempuan. Ada kemudahan bas ITM disediakan, tetapi kebanyakan pelajar lebih suka memilih untuk berjalan kaki ke Fakulti masing-masing.

ITM terletaknya di atas Bukit Ilmu, iaitu di Seksyen 1, Shah Alam.. Dah namanya bukit Ilmu... susahlah nak jumpa tempat yang rata. Di bawah ITM, adalah Seksyen 2, iaitu tempat di mana tertumpunya pelajar ITM membeli keperluan  seharian dan juga makanan. 5 km ke hadapannya pula adalah Taman Tasik Shah Alam dan juga Kompleks PKNS...

Seronok apabila Ramadhan tiba. Meriahnya Pusat Islam (Masjid ITM) dengan pelajar-pelajar ITM berpusu-pusu mendaki bukit untuk menunaikan solat Tarawih. Aku masih tidak boleh melupakan Saudara Saleh, seorang pelajar dari Sabah yang selalu beriktikaf dalam Pusat Islam melaungkan azan... Syahdunya.. menitik air mata.. dan sekiranya beliau megimamkan solat Fardhu... bacaannya  menusuk ke kalbu. Berbuka Puasa di kolej adalah satu pengalaman yang indah. Kami akan mengambil makanan di dewan Makan, dan beramai-ramailah kami 'berkenduri' di bilik kawan-kawan..  Untuk sahurnya pula, kami dikehendaki turun ke Dewan Makan sebelum pukul 2.. Jadi aku mengambil pilihan mudah.. untuk bersahur dengan 'mee maggi + air milo dan juga biskut kering'..  

Makanan yang disediakan di Dewan Makan pada aku sedap jugalah.. Lauk ayamnya selang sehari dan pada hari Jumaat kami dijamu dengan Nasi Ayam atau Nasi Tomato.. Kalaulah jadual menunya adalah ayam, alamatnya panjanglah barisan pelajar mengambil makanan.. Dan popularnya di ITM ialah menu ikan 'jaket' iaitu ikan cencaru.. Tapi aku sedar, aku ni susah.. aku balun aje lah walau pun mana-mana kawan aku yang agak berwang hanya turun makan sekiranya menu tersebut adalah ayam..

Kenangan Inn (KI).. adakah lagi ?.. Masih terasa sedapnya Nasi Goreng Ayam Pak Mat dan juga koko cincau. Rezki Pak Mat dengan pelajar-pelajar ITM.. Ada 3 atau 4 gerai di Kenanga Inn tetapi gerai Pak Mat adalah gerai yang cukup popular. Sedapnya koko cincau yang aku rasakan tiada di tempat lain...

Aku suka menjahit. Dan selalunya selepas cuti semester aku mempunyai banyak baju baru.. Sampai ada kawan aku yang cemburu..Sebelum cuti semester, aku 'shopping' dahulu di Masjid India untuk membeli kain ela yang pada aku murah jugalah harganya. Di rumah, aku melepaskan geram menjahit. Kalau musim kebaya panjang, berkebaya panjang lah aku.. Tetapi....sekarang aku sendiri tidak tahu, bolehkah lagi aku memotong kain. Aku sudah lupa 'skill' membuat dasar baju. Setelah bekerja, aku hanya mengupah tukang jahit untuk menjahit baju aku.

Adakala aku termenung sendiri, mengenang kenangan semasa belajar yang tak semua orang melaluinya. Inilah pengalaman yang  tidak mungkin aku dapat lalui  semula.. dan  tidak  juga dapat dibeli dengan wang ringgit..

Rindunya aku... kalaulah dapat ku undur masa, aku memilih untuk melalui sekali lagi zaman belajarku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan