Sabtu, 8 Januari 2011

Aku Kak PM

Kumpulan UKHUWWAH , antara kumpulan yang tersesat di Bukit Cerakah

Sebelum 'ragging' adik-adik junior... kami bersuka ria dahulu..



Di tangga Stadium ITM



Adik-adik junior... tak ingat 'batch' bila.. masa ni adik-adik ni, dengar kata semuanya


Kehidupan aku sebagai seorang siswi ITM tidaklah semudah orang lain.. Teringat aku.. semasa itu aku mendapat pinjaman dari Yayasan Perak.. tak banyak mana pun cuma RM 5,000 untuk 3 tahun... memang aku layak dengan pinjaman ini tetapi ianya memerlukan aku untuk mendapatkan 2 orang penjamin... Berdualah aku dengan Adi pergi ke Rumah Guru Felda Sg Klah, berjumpa dengan seorang guru lama, yang juga ada kena mengena dengan arwah ayahku.. Tak nak cikgu itu tandatangan surat penjamin... Sedih aku... sampaikan aku merajuk, dan mengabaikan tawaran tersebut...

Aku memang tidak mahu menyusahkan mak.. Untuk meminta-minta pada abang... lagilah aku tidak pandai... Dah itu sifat aku.. Mujur ketika itu ada tawaran pekerjaaan untuk pelajar di bawah Skim Khidmat Pelajar dengan bayaran RM3.00 sejam.. Bila aku tiada kelas, maka ke perpustakaanlah aku untuk bekerja... Tidaklah susah mana pun kerja aku... Menjilid majalah dan buku dan juga memasukkan data. Dapatlah aku duit poket dalam RM 200-RM250 sebulan...

Aku juga adalah seorang Kak PM (Peer Mentor)...Timbulnya minat aku untuk berbakti sebagai kak PM ialah semasa aku sedang melalui Minggu Silaturrahim.. Baiknya kakak-kakak ini... Sehinggalah selesai minggu silaturrahim, sekiranya aku berselisih dengan Kak PM, kami akan memberi salam..' Assalamu alaikum kak PM... '  Kiranya kakak-kakak PM ini glamour dengan adik-adik junior..

Aku mula berbakti sebagai kak PM bermula dari semester 2 sehinggalah semester 6..  Kakak dan Abang PM akan pulang  2 minggu awal untuk berkursus selama seminggu dan juga menghadapi Minggu Silaturrahim ( MSR ) selama seminggu.. Pengorbanan... Bukanlah wang yang menjadi taruhan.. Aku ingat lagi pada semester kedua, kami Kak PM dan Abang PM hanya dibayar RM 30 saja, tetapi bermula semester ke 3, bayaran telah dinaikkan kepada RM100 seorang... Dan khidmat kami ini diambil kira dalam penyertaan aktiviti kolej...

Teringat aku , di antara 5 kursus yang kami hadiri untuk menyambut adik-adik junior, salah satu dari kursus ini telah dibuat diluar kolej, iaitu di Bukit Cerakah.. Kami bermalam di hutan, kami diuji mental dan fizikal.. dan malangnya beberapa kumpulan telah tersesat di Bukit Cerakah termasuk kumpulan kami iaitu..Kumpulan Ukhuwwah.. Semasa itu pelakon Nor Nashriq Dadameah (Bob iaitu pelakon dari drama bersiri Opah) adalah juga seorang abang PM ..

Lama juga kami tersesat dalam hutan sehinggalah datang bantuan ..Sepatutnya, apabila kita tersesat, kita  berpatah balik, atau berkumpul setempat.. Tetapi kami yang tersesat ini, terus berjalan-berjalan mencari 'check point' dan berkesudahan dengan hilang punca.... Mengamuk sakan YDP Pelajar masa itu iaitu Saudara Rosli pada kami... Selepas dari peristiwa itu, aktiviti kursus hanya dibuat dalam kawasan kolej sahaja..

Seronok aku melayan karenah adik-adik.. Naif.. macam aku dulu.. Aku pun tak tahu mengapa aku selalu diberi tanggukawab sebagai Kak PM di bawah Biro Disiplin.. Aku tak garang... Dan rupanya kerana biro inilah aku dikenali oleh adik-adik junior.. Biro Disiplin.. berat tugas kami... Pukul 4.30 pagi kami bertiga akan pergi ke setiap bangunan kolej mengejutkan pelajar-pelajar.. Kami memeriksa asrama.. memeriksa barisan... kami 'lead' perjalanan ke tempat yang diaturkan..

Terhibur hati aku.. Sentiasa menerima salam dari adik-adik junior.. kami dihormati... Bukan saja semasa MSR malahan selepas MSR... Masih ada adik-adik junior yang bila berjumpa dengan kami, memberi salam...

Jumlah pelajar baru untuk setiap semester adalah antara 700 orang ke 1,000 orang.. Lelaki dan perempuan.. Kemasukan untuk  bulan Julai lebih ramai dari kemasukan bulan Januari.. Pelajar baru akan dikumpulkan di kolej Seroja ( perempuan) dan juga kolej Perindu, untuk lelaki... mungkin... aku pun sudah lupa.. Sekiranya program diadakan dalam Dewan Sri Budiman, mereka akan memakai baju batik... Satu pemandangan yang cantik, apabila adik-adik ini berjalan dalam kumpulan dari kolej ke Dewan Sri Budiman... Kami akan bawa mereka naik turun tangga, naik turun bukit... kasihan mereka kepenatan..  Pitam semasa berbaris.. sudah biasa pada kami dan ada anggota dari PBSM yang berkhidmat membantu mereka yang kurang upaya ini...

Banyak jugalah kenangan semasa aku menjadi Kak PM... semasa itu antara artis yang mengikuti MSR di Shah Alam seperti Azian Mazwan Safwan.. Tak ada pula artis glamour lain.  Kami layan beliau macam adik-adik junior yang lain...

Di akhir MSR, adik-adik junior akan bermalam di Pusat Islam untuk program Qiammulail.. Sudah pastinya apabila solat Tasbih, selepas saja sujud, ramailah adik-adik ini tak bangun-bangun .. terus tertidur.. Ye lah.. mereka letih, dan mungkin juga pertama kali melakukan solat Tasbih... Kasihan mereka.. Banyak juga aktiviti rohaniah untuk adik-adik junior..

Di antara adik-adik junior ini ada di antara mereka yang menjadi rakan kolej dan juga 'junior' kursus.. Seperti Suri Izuati (Wawa), Noris, Hazil dan ramailah lagi..

Masih terngiang-ngiang lagi ditelinga aku huluran salam adik-adik junior...
 'assalamu alaikum.. Kak PM..'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan