Hari ini 31hb Januari 2011... Minggu ini kebanyakkan sekolah bercuti selama seminggu sempena dengan Tahun Baru Cina pada hari Khamis dan Jumaat ini.. Ada juga beberapa sekolah yang hanya ambil 2 hari bercuti iaitu bersamaan dengan Cuti Umum saja.
Apalah halnya hari ini di Ipoh.. Hampir setengah jam aku berpusing, berulang alik ke kawasan yang sama semata-mata untuk mencari 'parking'... Hari ini hari yang paling banyak kereta (orang) berurusan di kawasan Greentown Bussiness Centre, Ipoh.. Sakit kaki aku menekan 'klac'... Kesudahannya, aku 'parking' saja di bahu jalan... MBI nak saman, saman lah...
Susahnya untuk dapat 'parking' di kawasan ini, sudah biasa pada kami yang pejabatnya dalam kawasan ini. Tetapi selalu aku amalkan surah ' Alam Nashrah laka Sadrah... "... pusing-pusing paling lama pun kali ke 4, dapatlah aku 'parking'.. selalunya berkat ayat ini, apabila aku lalu, kereta akan keluar.. Jadi, amalkanlah ayat ini sampai habis semasa mencari parking... pahala pun dapat...
Tak tahulah hari ini berapa banyak saman 'parking' dikeluarkan oleh MBI.. Nasib baik aku tak kena.. kalau tidak RM40... Selalu juga kami rungutkan... ruangan 'parking' terlalu sedikit, salah 'parking', RM40 sekali saman... Tak gores tiket parking, atau waktu telah tamat, kena saman RM20... tapi macam biasa lah.. kami yang dah lali dengan suasana ini.. kami tak bayar pun..
Tunggulah... kot tukar kerajaan lagi sekali... untung nasib, saman 'parking' dilupuskan..Dah pernah merasa dulu selepas pilihanraya ... Masih juga bernasib baik, saman 'parking' ini, tidak mengganggu untuk pembaharuan cukai jalan..
Pukul 3.30 petang aku pun beredar dari pejabat.. Apalah malangnya aku hari ini.. jalan 'jem' pula... sakitnya hati... nak kata jalan ada tutup tak ada pula... mungkin ramai sahabat kita yang berbangsa Cina sibuk membeli-belah...
Dari pagi, aku singgah ke bank.. Silap aku juga.. aku secara tak sengaja telah keluarkan kesemua duit aku.. Terlupa pula, hari ini sepatutnya pinjaman kereta aku akan dipotong melalui akaun Mayban. Dari pagi lagi aku singgah ke mesin deposit... penuh orang beratur. tengah hari aku singggah lagi... macam tu juga... petang sampai sahaja di Batu Gajah, aku singgah sekali lagi.. masih ramai orang... pelik.. apa hal semua orang sebok nak masukkan duit..
Lepas sahaja aku habis di 'gym'... dah nak Maghrib. Aku kena juga depositkan duit.... kalau tak kena denda RM2... lagi sakit hati aku.. Ya Allah... panjangnya barisan.. Ada 2 mesin deposit, satu saja yang 'sihat'... satu lagi dah 'sakit'... mungkin tak sempat bernafas...
Tunggu juga lah... yang peliknya mesin ATM untuk keluar duit tak pula sesibuk mesin deposit... Mana pergi pun, itulah senario di bank hari ini..
Esok, lusa... aku dapat jangkakan bagaimana keadaannya di Ipoh..
Apalah pula nasib aku esok ya...
Inilah kehidupan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan