Isnin, 31 Januari 2011

Apalah Nasib Aku Hari Ini..

Hari  ini 31hb Januari 2011... Minggu ini kebanyakkan sekolah bercuti selama seminggu sempena dengan Tahun Baru Cina pada hari Khamis dan Jumaat ini..  Ada juga beberapa sekolah yang hanya ambil 2 hari bercuti iaitu bersamaan dengan Cuti  Umum saja.

Apalah halnya hari ini di Ipoh.. Hampir setengah jam aku berpusing, berulang alik ke kawasan yang sama semata-mata untuk mencari 'parking'... Hari ini hari yang paling banyak kereta (orang) berurusan di kawasan Greentown Bussiness Centre, Ipoh.. Sakit kaki aku menekan 'klac'...  Kesudahannya, aku 'parking' saja di bahu jalan... MBI nak saman, saman lah...

Susahnya untuk dapat 'parking' di kawasan ini, sudah biasa pada kami yang pejabatnya dalam kawasan ini. Tetapi selalu aku amalkan surah ' Alam Nashrah laka Sadrah... "... pusing-pusing paling lama pun kali ke 4,  dapatlah  aku 'parking'.. selalunya berkat ayat ini, apabila aku lalu, kereta akan keluar.. Jadi, amalkanlah ayat ini sampai habis semasa mencari parking... pahala pun dapat...

Tak tahulah hari ini berapa banyak saman 'parking' dikeluarkan oleh MBI.. Nasib baik aku tak kena.. kalau tidak RM40...  Selalu juga kami rungutkan... ruangan 'parking' terlalu sedikit, salah 'parking', RM40 sekali saman... Tak gores tiket parking, atau waktu telah tamat, kena saman RM20... tapi macam biasa lah.. kami yang dah lali dengan suasana ini.. kami tak bayar pun..

Tunggulah... kot tukar kerajaan lagi sekali... untung nasib, saman 'parking' dilupuskan..Dah pernah merasa dulu selepas pilihanraya ... Masih juga bernasib baik, saman 'parking' ini, tidak mengganggu untuk pembaharuan cukai jalan..

Pukul 3.30 petang aku pun  beredar dari pejabat.. Apalah malangnya aku hari ini.. jalan 'jem' pula... sakitnya hati...  nak kata jalan ada tutup tak ada pula... mungkin ramai sahabat kita yang berbangsa Cina sibuk membeli-belah...

Dari pagi, aku singgah ke bank.. Silap aku juga.. aku secara tak sengaja telah keluarkan kesemua duit aku.. Terlupa pula, hari ini sepatutnya pinjaman kereta aku akan dipotong melalui akaun Mayban. Dari pagi lagi aku singgah ke mesin deposit... penuh orang beratur. tengah hari aku singggah lagi... macam tu juga... petang sampai sahaja  di Batu Gajah, aku singgah sekali lagi.. masih ramai orang... pelik.. apa hal semua orang sebok nak masukkan duit..

 Lepas sahaja aku habis di 'gym'... dah nak Maghrib. Aku kena juga depositkan duit.... kalau tak kena denda RM2... lagi sakit hati aku.. Ya Allah... panjangnya barisan.. Ada 2 mesin deposit, satu saja yang 'sihat'... satu lagi dah 'sakit'... mungkin tak sempat bernafas...

Tunggu juga lah... yang peliknya mesin ATM untuk keluar duit tak pula sesibuk mesin deposit... Mana pergi pun, itulah senario di bank hari ini..

Esok, lusa... aku dapat jangkakan bagaimana keadaannya di Ipoh..

Apalah pula nasib aku esok ya...

Inilah kehidupan...

Ahad, 30 Januari 2011

Menyambung Pelajaranku Ke Peringkat Ijazah.











Semasa aku melanjutkan pelajaran ku ke peringkat Ijazah, aku menyewa di Seksyen 16 selama satu semester. Serumah dengan Kak Noraini, iaitu kawan baik kakak aku Cikno. Dari rumah sewa, aku menaiki bas, dan turun di Hotel ITM, seterusnya berjalan kakilah aku menuju ke Fakulti Perniagaan.

Semasa aku berada di semester 2, aku berpindah pula ke Seksyen 2.. Memang banyak rumah 'fully furnish' untuk disewakan kepada pelajar ITM. Semasa ini aku telah mendapat pinjaman MARA sebanyak RM 7,000 untuk 4 semester. Cikno pula menyara hidup aku dengan membayar sewa bulanan rumah sebanyak RM150.. Tidaklah pula aku bekerja sambil belajar, kerana simpanan aku semasa  bekerja masih ada, pinjaman MARA lagi & juga ada bantuan dari Cikno.

Duduk menyewa seramai 10 orang. Meriah. Masih tidak aku lupa gelagat kecoh kami. Aku terlalu berani. Terlalulah banyaknya tikus di rumah sewa. Aku letak gam tikus atas plastik beras, taburkan roti, ikan masin.. Subuh esoknya penuh plastik beras itu dengan anak-anak tikus..Kasihan tikus-tikus itu.

Kawan baik aku pada masa itu adalah Rohaiza (Ja), Kak Lubna & Kak Maizatul Akma. Kami selalu berempat. Yang lain-lainnya adalah adik-adik junior aku semasa zaman diploma yang kini menjadi rakan sekelas aku..

Aku agak cermerlang berbanding semasa membuat diploma. Mungkin faktor pengalaman pernah bekerja dan pemahamam Bahasa Inggeris lebih baik dari sebelumnya. 2 kali aku mendapat 'Dean's List'. Sesuatu yang aku sendiri tidak menjangkakan.

Aku telah membuat latikan praktikal di MCIS, Petaling Jaya selama 4 bulan. Semasa aku menyewa di Seksyen 2, telah menjadi tabiat aku untuk berjogging di Taman Tasik Shah Alam pada setiap minggu. Selepas subuh, aku pun berjogginglah.. Kadang-kadang berteman, selalu juga keseorangan..

Rumah sewa kami riuh rendah. Ya lah.. 10 orang.. makan ramai-ramai, menghadap TV... bergurau senda..macam-macam perangai..

Aku dengan Rohaiza selalu menghabiskan masa belajar kami di perpustaakan. Kerap juga kami mengadakan 'discussion'.

Alhamdulillah, setiap kali habis semester, aku memperolehi keputusan yang membanggakan. Berkesudahan dengan CGPA 3.44.. 'Second Class Upper".

Semasa konvokesyen, aku hanya membawa ibuku sahaja menemani aku. Menitis airmata aku mengenangkan susah payahku untuk menyempurnakan cita-cita ayahku.

Dan aku masih tidak melupakan hari konvokesyenku yang aku kira adalah konvokesyen aku yang terakhir...

Mula Bekerja

Selepas saja aku menamatkan pelajaranku dan mendapat Diploma, aku telah bekerja dengan dengan Great Eastern Life Assurance, di Jalan Ampang. Ada ler juga dalam 6 bulan aku bersama Great Eastern sebagai Kerani Gred 1. Selepas itu aku mendapat pekerjaan sebagai Pegawai di TALASCO Insurance di Kg Bharu.

Ada saja tak kena dihati aku, aku berhenti kerja dengan TALASCO selepas sebulan bekerja. Rezeki ku agak murah, aku mendapat kerja pula dengan Mayban, di Menara Mayban.. Ketika itu aku hanya sebagai kerani.. Tujuan aku bekerja hanyalah untuk aku mengumpul duit supaya aku dapat melanjutkan pelajaranku ke peringkat Ijazah.

Aku menyewa bersama kakak aku Cikno dan kawan-kawan beliau iaitu Kak Aisyah, Kak Kiah, Kak Syikin & Kak Yuhana... Rumah sewa kami berada di Tingkat 16 , iaitu tingkat paling atas. Sebuah flat lama, Lif rosak sudah menjadi kebiasaan. Bayangkanlah, kami kena naik tangga hingga ke Tingkat 16...  Masa turun pulak, berpusing-pusing kepala kami... pening lalat...

Seronok juga berada dalam alam pekerjaan.. Aku juga telah menjadi seorang yang berani di KL.. Balik kerja malam, tiada masalah pada aku. Tapi pada masa itu lah...

Duduk serumah dengan kakak... Biasalah.. Adik beradik.. mana ngam.. Pernah aku dan Kak Kiah mengenakan Cikno semasa harijadinya... Kami menempah Kek Blueberry seberat 2 kilo, dengan harga RM80... dengan sate... tapi yang kena bayar Cikno... Nakalnya aku..

Banyak kain baju aku yang hilang.. Bila sidai diampaian, angin kuat, kain jatuh, tak jumpa dah..

Aku memohon untuk sambung belajar di UiTM Shah Alam, dan akhir nya pada tahun 1998, aku telah berhenti kerja dan menjadi pelajar semula...