Gaji asas bulanan sebanyak RM300... Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Perniagaan (Insurans) dan telah berjaya mendapat Kelas Kedua Tertinggi. Diantara rakan sekelas aku menduduki nombor 4 dan berbaris dibelakang Kak Lubna Asiah, Mohamad dan Norhazila yang mendapat Kelas Pertama semasa majlis penganugerahan Konvokesyen UiTM 1999. Bayangkan perasaan keluarga itu apabila aku memilih pekerjaan ini sedangkan pada ketika itu aku telah mendapat tawaran pekerjaan yang lebih baik.
Siapa sangka dari RM300, menjadi RM 500 bertambah kepada RM 800 dan bertambah lagi dan lagi...dan lagi.... Aku adalah dalam kumpulan 'pioneer' semasa jawatan Pegawai Pemasaran Takaful Keluarga (Khas) diwujudkan. Pihak pengurusan juga telah memperkenalkan sistem 'point' dikenali sebagai program BKT dimana setiap 'business' yang kami bawa diberi 'points' dan dikumpulkan dan 'points' ini boleh ditukar kepada barang-barang yang ditawarkan. Memang menarik. Sekiranya masalah penghantaran menjadi isu, kami boleh membuat sebutharga dikedai barang yang kami kehendaki...dan cek akan dihantar kepada tauke kedai untuk ditukar ganti dengan barang. Masa inilah kami memainkan peranan menukar 'points' kepada RM dengan syarat kami mesti ambil juga barang dan baki dari cek tersebut akan dibayar tunai kepada kami oleh tauke kedai.
Aku memang bertuah. Semasa itu ada Produk Skim Takaful Anuiti dimana peserta hanya memindahkan duit dari KWSP (Akaun 1) ke Takaful. Semasa ia dilancarkan, aku bersama En Hamran ligat juga mempromosikan produk ini walaupun pada ketika itu terlalu banyak isu diutarakan. Seingat akulah 'business' yang aku dan En Hamran hasilkan pada ketika itu melebihi RM1,000,000.00 dan dari jumlah ini telah ditukar kepada 'points' yang aku sendiri tidak ingat berapa nilainya.
Dari program BKT ini, aku telah memiliki 2 buah peti ais, yang mana satu darinya aku telah hadiahkan kembali kepada Meja Takaful Tapah dan satunya lagi masih ada sehingga kini dengan aku. Aku juga memiliki 2 periuk nasi elektrik yang besar dan sederhana, cerek elektrik, pengisar serba guna dan selebihya aku menukarnya dengan wang ringgit. Kalau tidak silap aku, En Hamran pula telah menghadiahkan Azlan sebuah mesin basuh sempena perkahwinan beliau dan selebihnya menukarkan 'points' kepada RM.
Pada ketika itu, memang ada ura-ura mengatakan Skim Anuiti ini akan diberhentikan. Itulah sebabnya aku bermalam di pejabat kerana aku takut tidak sempat untuk membuat penghantaran. Dokumentasinya agak renyah kerana ia melibatkan cop jari yang mungkin akan di 'reject' oleh KWSP dan borang mestilah dilengkapkan tanpa kesilapan.
Aku sebenarnya risau sekiraya aku tidak sempat untuk mendapat hasil dari penat lelah aku bersama En Hamran. Aku telah ke ibu pejabat dengan menaiki bas semata-mata untuk membuat penghantaran dan memastikan pihak terbabit menerimanya dengan menandatangani akuan penerimaan depan mata aku. Aku menghantar sendiri ke semua dokumen sebanyak 30 cadangan kepada Pengurus Takaful Keluarga ketika itu En Mohd Nasir Mahidi.
Memang telah tertulis, ada rezeki aku...kesemua cadangan telah diproses tanpa ditolak oleh KWSP. Ramai kawan-kawan aku yang bernasib malang kerana melengah-lengahkan penghantaran dan berkesudahan dengan tidak diproses apabila produk Skim Anuiti ini diberhentikan.
Oh ya... lupa pula aku. Dari Tapah ke Ibu Pejabat dan Tapah ke Shah Alam dekat saja bagi aku. Aku selalu berulang dan membuat pemasaran di sana. Semasa di ibupejabat aku telah melayan seorang Pengurus Besar Bank Islam dikaunter ibu pejabat dan beliau telah membuat caruman sebanyak RM 1,000 sebulan. Sesuatu yang aku tidak jangkakan ketika itu. Aku juga telah mendapat slot taklimat di UiTM dan berjaya membuka kaunter promosi di lobi Bangunan Menara dan aku mendapat bantuan dari Pegawai di Shah Alam. Banyak lagi prestasi gemilang aku terutamanya sewaktu program-program buka kaunter.
Alhamdulillah... siapa menyangka , siapa menduga.. Telah tertulis inilah rezeki aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan