18hb September 1999.. Inilah tarikhnya aku mula melapurkan diri sebagai Pegawai Pemasaran Takaful Keluarga di Meja Takaful Tapah. Aku telah mengikuti latihan selama seminggu di Takaful Malaysia di ibu pejabat. Semasa latihan diadakan, kami dikehendaki membuat pemasaran kepada Pengurus Besar dan Pengurus di ibu pejabat. Kalau ada rezeki, kami dapat 'bussiness' pada hari tersebut. Aku telah mencabut undi.. dan aku dikehendaki membuat pemasaran kepada Pengurus Pemasaran Bahagaian Sumber Manusia, iaitu Encik Ishak bin Tamyes.. orang yang mencabar aku semasa aku ditemuduga. Dekat sejam jugalah aku membuat pemasaran kepadanya.. Bertalu-talu soalan ditanya kepada aku. Memang tiada rezeki aku tetapi yang aku perolehi pada hari tersebut ialah 'KEYAKINAN ' diri. Aku juga dimaklumkan ada di antara rakan-rakan kami yang mendapat 'sale' pada hari tersebut.
Berkobarnya semangat aku semasa melaporkan diri. Bertemu dengan Pegawai Meja , En Hamran bin Abdullah dan juga Saudara Azlan. Selain mereka berdua, aku dimaklumkan bahawa terdapat seorang lagi Pegawai Pemasaran Takaful Keluarga iaitu Tn Hj Ariffin. Beliau adalah seorang pesara tentera.
Aku berulang alik datang kerja hanya dengan menaiki bas saja. Setiap hari aku akan menapak di pekan Tapah untuk membuat 'sale'. Alhamdulillah ada saja rezeki aku. En Hamran juga banyak membantu aku. Sekiranya beliau pergi ke sekolah-sekolah, beliau akan membawa aku bersama.
Aku juga kerap berulang ke Kuala Lumpur & Shah Alam untuk membuat 'sale'. Aku mencari kembali kenalan-kenalan lama aku dan juga aku telah berjaya mendapat slot untuk taklimat dan juga buka kaunter di UiTM Shah Alam. Nama aku agak terkenal di Perak dan selalu disebut-sebut setiap kali mesyuarat bulanan Pengurus. Hebat aku ini... kata mereka.. tabah.. hanya berjalan kaki dan menaiki bas untuk membuat 'sale' tanpa banyak alasan.
Dalam masa yang sama aku juga mula belajar memandu. Aku telah meletakkan sasaran untuk memiliki sebuah kereta KANCIL melalui pembiayaan pinjaman 100% dari Takaful Malaysia.
Banyak program buka kaunter yang diaturkan oleh En Hamran untuk aku. Selalunya, Tn Hj Ariffin tidak ikut serta dalam program buka kaunter ini. Boleh dikatakan setiap bulan akan ada program buka kaunter yang berkesudahan dengan aku membawa 'sales' yang banyak. Antaranya program buka kaunter yang aku sertai seperti program anjuran sekolah biasa dan sekolah agama rakyat, program yang dianjurkan oleh UMNO juga program yang dianjurkan oleh PAS dan juga karnival yang besar.
Aku juga telah berkenalan dengan keluarga En Hamran iaitu Kak Yati dan anak-anak dan juga ibu mertuanya. Bukan apa, untuk mengelak syak wasangka, aku kena tunjukkan kejujuran aku, bekerja bersama suami Kak Yati, hanya semata-mata urusan kerja sahaja. Hubungan aku dengan Kak Yati juga agak rapat.
En Hamran juga telah mengarahkan aku supaya mengeluarkan sendiri sijil-sijil pelanggan tanpa bantuan Azlan. Tidak menjadi masalah kepada aku, kerana aku memang teruja dengan sesuatu yang baru adan aku juga ringan tulang. Tiada istilah kerja aku hanya untuk buat pemasaran saja. Di pejabat, aku membatu En Hamran membuat filing, mengemaskini data dan juga mencuci pejabat. Mana ada tukang cuci. Akulah orangnya.. Menyapu pejabat setiap hari dan juga mencuci tandas. Tiada arahan pun, tetapi atas kerelaan hati aku kerana aku sayangkan tempat aku mencari rezeki.
Banyak lagi nak cerita ni.. tunggu ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan