Isnin, 21 Februari 2011

Kembara IKHLAS

Dato' Syed Moheeb  (CEO Takaful Ikhlas ) dengan motorsikal berkuasa tinggi miliknya

Dato' CEO yang simple dengan pakaian kembaranya

2 buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta tinggi mengiringi Dato' ke Takaful Ikhlas Cawangan Ipoh

En Shaharudin sedang menyampaikan motivasi dan peransang kepada agen-agen

Alang-alang menunggu, bergambar dahulu dalam pejabat Takaful Ikhlas

Telah masuk tahun ke empat aku bersama Takaful IKHLAS. Hari ini buat pertamanya kalinya aku dapat bertemu secara peribadi dengan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, iaitu Dato' Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

Kedatangan Dato' CEO bersama rombongannya adalah sempena konvoi Kembara Ikhlas ke cawangan-cawangan terpilih iaitu dari Melaka, turun ke Johor seterusnya ke Kuantan, ke Kota Bharu dan ke Cawangan Ipoh sebagai destinasi yang terakhir. Tiada pemandu peribadi khas untuk Dato' CEO tetapi beliau datang ke cawangan-cawangan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama 2 buah motosikal pengiring yang ditunggang oleh Tn Hj Rozhan dan Tn Hj Wan Rosli. Konvoi mereka juga turut diringi oleh rombongan yang lain tetapi dengan sebuah kereta sahaja.

Selesai saja aku dengan Kak Ina bersolat Zohor, kami terserempak dengan Dato' yang baru naik ke pejabat untuk bersolat. Kami sangkakan beliau belum bersiap tetapi kami telah silap. Itulah pakaiannya semasa berjumpa dan memberi peransang dan kata-kata semangat kepada semua agen-agen Wilayah Utara. Dato' CEO hanya berpakaian T-Shirt dan berseluar khas untuk menunggang motosikal. Simple sangat. Tiada baju kot seperti CEO yang kita pernah jumpa.  

Kedatangan rombongan Kembara IKHLAS ini tepat pada masanya. Memberi kata-kata perangsang untuk kami memecut dalam masa 44 hari ini sebelum tahun kewangan 2010/2011 berakhir pada 31hb Mac 2011.

Sessi motivasi yang disampaikan oleh En Shaharudin membakar semula semangat aku yang telah suam-suam kuku ini semenjak aku rasakan agak sukar mendapat 'business' pada ketika ini. Kesan dari harga minyak naik dan barang-barang keperluan pun naik membuatkan orang ramai berjimat dan menganggap menyertai Takaful bukanlah satu keperluan. Tetapi ASTROnya, broadband dan rokok mampu pula dibayar. Tidak aku nafikan, ada sedikit rasa putus asa dalam diri ini apabila pemasaran yang aku buat setiap hari kurang hasilnya. Tetapi atas prinsip aku menyampaikan dakwah dan menyebarkan muamalat islam, aku hanya berserah kepada Allah SWT kerana aku telah berusaha.

Terkejut juga aku bila Dato' CEO menceritakan asalnya beliau bermula dari bawah iaitu hanyalah seorang agen seperti kami dan ada peningkatan karier sehingga ke tahap sekarang. Beliau menceritakan semasa beliau menunaikan fardhu haji, beliau telah berdoa di hadapan Kaabah memohon supaya dimudahkan kepadanya untuk mencari rezeki yang halal. Sekembalinya dari Mekah, Dato' CEO menerima tawaran dari MNRB untuk mengendalikan Takaful Ikhlas. Dato' juga turut menceritakan semasa di Mekah beliau ada membayangkan untuk mendirikan sebuah bangunan perniagaan, dan bangunan bayangan itu rupanya seiras dengan bangunan 'IKHLAS Point' yang baru saja beroperasi dalam masa setahun ini di Kerinchi. Makbul doa Dato' kita di tanah suci Mekah.

Sesiapa saja yang memandang wajahnya akan rasa tenang. Terasa ada nur di wajahnya. Walau pun pernah melalui pembedahan pintasan saluran jantung, tetapi yakinnya Dato' kepada Allah SWT, beliau diberi kesihatan yang baik dan boleh menunggang beribu-ribu kilometer untuk  program amal jariah di Cambodia dan beberapa program kebajikan yang lain.

Kedatangan Dato' CEO bersama rombongannya hari ini memberi aku semangat semula dan aku sudah tidak sabar untuk memecut. Selepas saja aku solat maghrib tadi, pelanggan aku menelefon memberitahu kawannya berminat untuk menyertai Takaful esok hari. Terima kasih Ya Allah.. ini merupakan pembakar semangat aku yang kedua selepas Dato' CEO pada petang tadi.

'We Believed, We Achieved'.. 'I Am A Champion'.. kami laungkan bersama-sama Dato' tadi. Dan mulai hari ini aku akan mula berubah menjadi Salamiah yang asal.. Salamiah yang tidak pernah kenal putus asa.

Dato' Syed Moheeb... kedatanganmu hari ini membakar semangatku semula..

3 ulasan:

  1. salam,
    kak salamiah yang sy hormati
    akak...tertarik bce blog akak,
    akak..bole sy tahu knp ye akak bpindah kerja dgn takaful malaysia ke takaful ikhlas?
    utk makluman akk, sy bhasrat untuk menyertai takaful malaysia sbg ejen..bole akak jelaskan any pro & kontra ny..?
    sbg org br, sy x mahu tperangkap atau tersilap langkah

    BalasPadam
  2. Salam kembali,
    Terima kasih kerana 'follow'.. banyak lagi suka duka dalam Takaful Malaysia yang belum diceritakan.
    HIJRAH.. itulah perkataan yang paling sesuai dalam karier akak. Dan apabila kita berhijrah, bermakna kita mencari kelebihan dan kebaikan. Amalkan prinsip berdakwah dan menyebarkan muamalat Islam...bukan kerana duit semata-mata. Boleh email saya untuk lebih detail.
    Terima kasih sekali lagi...

    BalasPadam
  3. sama2:)
    akak, harap kita bole kenal lebih rapat lagi
    ok..sy sdh emel akk tru yahoo mail, & ad akk di fb

    BalasPadam