Jumaat, 31 Disember 2010

Menginjak ke Sekolah Menengah Sungkai

Masa Tingkatan 1.. Imah, Rafidah, Aku dan Zanariah

Ita, Ah Ching , Aku dan Jam
4 sekawan... Zanariah, Azwa Input, Atun dan Aku

Tepi longkang surau pun jadi... Atun, Fizah, Halijah & Aku


Kenangan dengan Ah Ching & Ita.. Ita depan rumah aku aje, tapi tak pernah jumpa bertahun-tahun dah..

Robitah, Anis (pesaing aku dari sekolah rendah), Aku dan Norita


Aktiviti Persatuan SRT.. Halijah, Aku, Saadiah, Jam, Atun & Zanariah


Tingkatan 1

Tingkatan 2 - Aku sebagai Penolong Ketua Darjah

Tingkatan 5 Sains 2

Sebenarnya aku agak terkilan juga kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Cukuplah bagiku untuk masuk ke Sekolah Asrama Felda Semai Bakti, Kuala Lumpur ... Anis dapat ke sekolah Asrama Felda... Hilang pesaing aku di sekolah Menengah...

Ayah memujuk aku.. Katanya tak palah...Kakak aku Nora pun belajar di Sekolah Menengah Sungkai saja.. tapi jadi pelajar terbaik dan menjadi pelajar pertama di sekolah yang melanjutkan pelajaran ke Luar Negeri. Pergi Amerika... Hebat kakak aku dan cukup popular .. aku pun dikenali guru-guru kerana kehebatan kakak-kakak iaitu Noor Rohaya Isa (Nora), Nor Saadiah Isa (Saa) , Nor Ismah Isa ( Cik Nor) dan juga kenakalan abang-abang aku iaitu Abdul Malek Isa dan  Mohd Zaki Isa (Adi)..

Hanya Abdul Manan Isa saja ,anak ayah yang bersekolah di asrama penuh iaitu di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh ( STAR).. berjaya dia sehingga melanjutkan pelajaran ke Kanada...

Ayah nak sangat aku masuk kelas Perdagangan.. tapi aku pula ditempatkan ke kelas Sains Rumahtangga.. berjumpalah  aku dengan Penyelia Petang, memohon untuk ditukarkan dari cabang Sains Rumah Tangga ke cabang kelas Perdangangan.. Permohonan aku ditolak..

Sebenarnya aku tak kisah pun dimasukkan ke kelas Sains Rumahtangga (SRT).. Aku memang minat masak dan terlalu teruja untuk belajar menjahit... Aku akhirnya ditempatkan di kelas 1C1.. dan guru kelas aku adalah Cikgu Rosnaini Ibrahim .

Aku dengan Zanariah memanglah rapat dari sekolah rendah lagi.. Rupanya sampai ke sekolah menengah kami tidak berpisah..sekelas kami.. lebih akrab jadinya.. Bila masak, kami digandingkan bersama..

Aku ingat lagi kelas memasak yang pertama kami adalah  masak telur goreng dadar, telur Mata Kerbau & Telur Masak Hancur..  Cikgu SRT kami pada masa itu adalah Cikgu Norehan dan Cikgu Surinah.. Masakan kami yang kedua adalah masak kari Ikan kembung... 'step by step' di ajar cikgu... Selepas itu kami diajar masak pencuci mulut, segala jenis agar-agar, sagu gula melaka...Kemudian buat skon pulak (sejenis biskut).. dan paling hebat aku rasa kami di ajar buat kek span dan kek gulung.. Lengkap hidup aku rasakan...

Bila kami balik ke kelas selepas memasak, panjang lah leher  rakan sekelas kami yang jantinanya lelaki...nak mengecek... Yang lelaki pula kena berkebun dan menternak ayam.. Kelas Sains Pertanian... tak tahu pulak aku apa hasil kebun mereka...

Kali pertama aku belajar menjahit adalah di kelas SRT inilah... Seronok sangat aku rasakan apabila kami dapat menggunakan mesin jahit. Melukis dasar blause, menjahit baju, menyulam dan juga menyembat.

Hasil jahitan pertama aku adalah sehelai Apron... mana pulak perginya apron aku ni.. cantik sangat.. sulaman yang aku buat pun... ada seninya.. Keduanya adalah blause... Apabila sudah tahu asas melukis dasar baju, aku pun mula mahir menjahit baju aku sendiri... Selain memasak, aku juga mahir menjahit...

Semasa di Tingkatan 1, aku terkenal juga dengan kenakalan aku menyakat kawan-kawan yang pemalu.. Masa ni aku sudah ada geng.. 4 serangkai yang popular iaitu Aku,Zanariah, Azwa Hapiza (Wa Input) dan juga Nor Azilatul ( Atun)... mana pergi mesti kami berempat.. Dan popularnya kami pula kerana kami sudah ada cinta monyet melainkan Atun yang belum berpunya... Tetapi aku suka mengossipkan Atun dengan Romie...

Aku ingat lagi aku suka kacau Norhisham Razali ( sham luncai), Norhadzali (Atan), Rasali, Romizamrul ( Romie), Azizi, Azizan Hajis dan  Salim.... Aku pernah malukan Salim dalam kelas semasa beliau secara tak sengaja menulis surat cinta kepada seorang budak Sg Klah juga... surat itu aku terbaca.. dan aku telah kenakan dia... nakalnya aku masa tu... berkawan dengan Wa Input... menjadilah nakal aku...

Norhisham Razali... mangsa buli aku dari Tingkatan 1 sampailah Tingkatan 5... terlalu pemalu... kerana pemalunya aku suka mengenakan dia... Aku pasangkan dia dengan budak India, Gandimathi namanya...  Tak sangka aku, dalam pemalunya dia, penakutnya dia dengan perempuan.. murah rezki dia dalam berumahtangga... 2 isterinya..

Sekarang beliau adalah Tuan Inspektor Polis, dan bertugas  di Sungai Senam, Ipoh.. Pelik pulak aku rasakan... sudah 10 tahun aku bekerja di Ipoh, tak pula pernah berjumpa... takkanlah dia tak pernah makan di Tasik Raban di Stadium Ipoh.. atau pun di Medan Selera Masjid Negeri..

Aku masih mengekalkan kegemilangan belajar.. aku dapat no 1 dalam kelas... Dan seperti di sekolah rendah, aku akan naik ke pentas pada setiap kali hari penyampaian hadiah di adakan...

Semasa di Tingkatan 2, aku dilantik pula menjadi Penolong Ketua Darjah.. Manakala ketuanya adalah Hisham bin Mat.. Aku juga adalah seorang Pengawas Pusat Sumber.. Manakala Zanariah dengan Wa Input pula adalah seorang Pengawas sekolah. Atun pula tiada apa-apa jawatan pada masa itulah...

Aku selalu masuk pertandingan  syarahan dan juga debat yang dianjurkan di sekolah.. Lupa pula aku, sememangnya dari sekolah rendah aku selalu memasuki pertandingan syarahan & debat. Aku menang tempat pertama dalam pertandingan syarahan di Sekolah Menengah... Bangganya ambil hadiah dalam waktu perhimpunan sekolah... Dalam pertandingan debat pula, kumpulan kami juga menang tempat pertama.. Masa itu aku bersama Anis dan Razaidi menjadi pihak pembangkang dan kami berjaya membangkang 'on the spot' hujah-hujah pembahas...

Antara pertandingan yang setiap tahun aku akan masuk dan mendapat hadiah adalah pertandingan tulisan jawi.. Sekarang... aku pun tak tahu lagi samada aku boleh atau tidak lagi menterjemahkan tulisan rumi ke tulisan Jawi..  Inilah berkatnya aku belajar di Sekolah Arab dulu....

Keputusan SRP aku tidaklah secemerlang pelajar sekarang... tetapi cukuplah untuk menempatkan aku ke aliran Sains.. Aku sudah tidak pandai nak mengira berapa aggregate yang aku dapat.. dalam 16 atau 17 aggregate... dulu dan sekarang tak sama..

Aku dimasukkan ke kelas 4 Sains dan pesaing semasa aku di sekolah rendah  iaitu Anis (Nuranisma Ahmad) telah kembali ke Sekolah Menengah Sungkai... Dan lebih haru lagi aku sekelas pula dengan Norhisham Jalil (Poen), Norhisham Razali (sham luncai) dan Noreha. Menjadi-jadilah kenakalan aku apabila Poen menjadi 'classmate' aku... Dan semasa Tingkatan 4 dan 5, Anis adalah kawan baik aku kerana aku tidak sekelas lagi dengan Zanariah dan Atun.. Manakala Wa Input pula menyambung pelajarannya ke sekolah Vokasional... tak ingat pula aku sekolah mana...

Persatuan Sains Rumah Tangga... Entah macam mana lah ada 2 jejaka dalam persatuan ini...

Aku agak aktif juga dengan persatuan... dan nasib baiklah ada syarat sekolah iaitu untuk menjadi AJK kelab, seorang hanya layak pegang 3 jawatan sahaja... Tetapi pada ketika aku telah memegang 5 jawatan serentak iaitu sebagai Pengawas Pusat Sumber, Ahli Lembaga Koperasi Sekolah, Naib Setiausaha Kelab Komputer, Naib Bendahari Persatuan Puteri Islam dan juga salah seorang  AJK Persatuan Sains Rumahtangga... 

Selepas peperiksaan SPM diumumkan, aku hanya mendapat Pangkat 2 dengan 26 aggregate.. sipi-sipi aje untuk mendapat Pangkat 1.. Subjek yang aku gemari iaitu Matematik Tambahan dan Kimia, keputusan yang aku dapat tidaklah  cemerlang seperti yang aku harapkan... Fizik... aku tak minat.. tapi ok pula keputusannya...

Aku gagal masuk ke mana-mana universiti, ITM atau Politeknik untuk 'first intake'.. Jadi aku mendaftarkan diri ke Tingkatan 6... Berlagak orang kaya aku... Hanya bayar yuran.. tetapi hadirnya hanya seminggu saja... Aku protes...


Berakhirlah aku sebagai seorang pelajar di Sekolah Menengah Sungkai iaitu dari tahun 1987 sehinggalah 1992...

2 ulasan:

  1. @ Sekarang... aku pun tak tahu lagi samada aku boleh atau tidak lagi menterjemahkan tulisan rumi ke tulisan Jawi.
    -
    Boleh!
    http://typophile.com/node/74436

    BalasPadam
  2. Insya Allah.. akan saya mencuba memahirkan diri menulis jawi semula... Terima kasih En Aziz... Kena buat sesuatu suapaya tulisan Jawi ini kekal digunakan dalam penulisan dan juga seni khat

    BalasPadam