Selasa, 21 Disember 2010

Abang Sulongku - Arwah Sainal Bin Isa

Arwah Sainal bin Isa
Muka yang serius sentiasa...
Tapi kalau senyum.... cair juga...
Seorang yang bijak dan berkarisma
Meninggal dunia dalam usia 52 tahun

Anak-anak yatim yang kematian ibu dalam usia yang kecil..

Nurain, Azura, Nurhan (adik beradik), Najah & Aisyah

Rahimi Sainal...Dulunya anak bongsu..
Keluarga yang telah membesar... dah bercucu aku sekarang ni... dengan kelahiran anak-anak Nurhan & Din
Kak Salmah dan Muslim (anak bongsu) yang kehilangan ayahnya semasa beliau berumur 5 hari... Sekarang dah 6 tahun.. dah besar
Azura dan Nur Ain... Kak Long jaga kesihatan ya... Bukakan hati untuk terima lelaki dalam hidup..

Anak lelaki yang menjadi tonggak keluarga

Al Fatihah... Daripadanya kita datang dan kepadanya juga kita kembali... Masih teringat lagi aku di saat kematian arwah Abang Ali di Hospital Besar Ipoh pada 18hb Februari 2004, jam 6.45 pm.. Aku hanya melihat sekujur tubuh yang hanya bergantung kepada oksigen yang dibekalkan... Terdampar kaku... sudah tidak mengenali sesiapa pun...

Masih aku ternampak-nampak lagi tangisan ibuku di saat kami membawa beliau melihat jenazah arwah di Hospital Ipoh.. Menangis tersedu-sedu  ibuku... Meratap hiba... tak sangka... anaknya lebih dahulu meninggalkannya...  anak sulongnya.... Separuh nyawanya terbang bersama arwah... Kasihan ibuku pada masa itu...

Semasa jenazah sampai dirumahnya pada pukul 10.00 malam, kami letakkan jenazahnya di atas tilam yang dibelinya, yang baru sampai pada hari beliau meninggal dunia... Seolah-olah arwah tahu kematiannya pada hari itu..

Nama penuh abang sulongku Sainal bin Isa... Dalam keluarga kami dikenali sebagai Abang Ali.. Dilahirkan pada 01hb Oktober 1952 dan telah kembali ke rahmahtullah pada 18h Februari 2004, pada usia 52 tahun di Hospital Besar Ipoh. Sebab kematiannya adalah 'Sepsis with acute Renal Failure'  ... yang juga dikenalpasti sebagai kegagalan buah pinggang..

Tak banyak cerita yang aku tahu semasa abang bujang dahulu.. aku pun pun belum lahir lagi... Tapi apa yang telah diceritakan oleh ayah... abang Ali seorang anak yang bijak... Kesusahan hidup menyebabkan beliau tidak dapat menyambung pelajaran... Kalaulah Abang Ali belajar tinggi... aku rasa beliau seorang Menteri Kewangan sekarang ini...

Abang Ali berkahwin dengan arwah Kak Piah (nama penuhnya Asmah binti Talib).. Sekampung... rumah sepelaung aje dari rumah atuk aku di Kampung Kinjang, Chenderiang.. Tak tahu pula aku kisah antara mereka berdua... bercinta ke... pilihan keluarga ke..

Arwah Kak Piah cantik orangnya...pandai masak, pandai menjahit.. aku rasa Kak Piah dulunya menjadi rebutan.. Masa mereka berkahwin, aku baru berusia 2 tahun...  Beza umur aku dengan anak buah aku, Azura ( Kak Long ) 2 tahun..

Abang Ali mempunya 4 orang anak dengan arwah Kak Piah..iaitu Azura, Nur Ain, Nurhan dan Rahimi... Abang Ali menjadi peneroka di Felda Trolak Selatan. Arwah Kak Piah meninggal dunia semasa umur aku 12 tahun.... kalau aku tak silap... Menghidap leukimia.. Agak lama juga menderita... menjalani kimoterapi.. sehinnga berkesudahan dengan ajal tanpa sehelai rambut di kepala.

Masih aku ingat lagi... ayah menjemputku dari sekolah.. memaklumkan arwah Kak Piah dah tak ada.. Kasihan anak-anak buah aku.. Kak Long baru 10 tahun, Nur Ain 8 tahun, Nurhan 6 tahun... Rahimi kecil lagi.. Kasihan abang Ali.. Mak lah yang meneman cucu-cucunya.. bergilir dengan besannya..

Agak lama juga abang Ali menduda. 4 tahun juga ler.. Kalaulah bukan kerana anak-anak yang mencarikan calon isteri... aku rasa abang tak kahwin... Walau pun duda... ramai yang berkenan... Duda terhangat dan menjadi rebutan...

Ustazah Salmah binti Haji Baharudin, seorang guru KAFA, inilah calon untuk ayah dari anak-anak.. Ada jodoh mereka, hingga akhir nyawa. Teringat aku pertemuan pertama aku dengan Kak Salmah... Masa tu Hari Raya Puasa.. Aku tak pernah jumpa Kak Salmah... Aku pergi rumah abang naik bas... Dalam bas, kak Salmah tegur aku... kelakar pula... dia baru bertunang... mugkin dia kenal aku.. aku tak kenal dia... terus Kak Salmah bawa aku beraya rumahnya di Trolak Selatan.

Berat juga ujian dari Allah untuk Kak Salmah memegang amanah mendidik anak-anak yatim... Allah beri ujian kepadanya, beliau hanya memperolehi zuriat sendiri hanya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga... Rahsia Allah...

Dengan Kak Salmah lahirlah zuriat-zuriat penyambung keturunan iaitu Muhammad Lukman, Siti Aisyah, Muhammad Ilyas(meninggal dunia selepas dilahir), Nur Zulfa dan akhir sekali Muslim yang hanya sempat menerima ciuman dari ayahnya sebelum abang Ali sakit dan menemui ajal pada usia Muslim 5 hari.... Kasihannya anak yatim ini... tak dapat merasa belaian manja dari ayahnya sebagaimana yang lain... Abang Ali .. 'the best father in the world'..

Sudah menjadi kebiasaan pada anak-anak, apabila ayahnya selalu berkata... ayah dah nak mati... ayah nak makan ubat... sebab ayah dah nak mati ni... Sampai mereka jadi lali... terlalu kerap.. abang Ali suka menambah sukatan ubat yang di makan.. Kalau tertulis makan 2 pil saja, beliau makan 4 pil... sekaligus.. dan kami juga dimaklumkan oleh doktor, buah pinggangnya telah keracunan kesan dari pemakanan ubat yang melampau.. Sekali makan ubat... segenggam...

Hubungan aku dengan Abang Ali agak dingin... Banyak yang aku rajukkan dengan arwah..  Aku hanya mula bercakap dengan abang apabila aku mula bekerja di Takaful Malaysia di Tapah... Selalu juga abang datang ke pejabat,  untuk urusan Khairat Kematian Penduduk Trolak Selatan. Di sebabkan urusan-urusan khairat kematian inilah, aku baru pandai berbual dengan abang...

Entahlah... aku berdosa dengan abang Ali... abang kandung aku sendiri..

Mak selalu bersungut... Kalaulah abang Ali datang rumah... dia akan naik senyap-senyap aje... Lepas tu dia duduk bersila... tak ada tegur siapa-siapa pun.. diam aje.. Mak pula kat dapur... mana tahu abang ada...  Dia datang hanya untuk jenguk mak... ada ler dalam 30 minit dia sorang-sorang... baru abang tegur mak... cakap nak balik... marah ler orang tua tu...

Abang ali tak pandai nak bermesra dengan kami adik beradik... Tak ada modal nak sembang... serius sentiasa.. Tapi mak ada cakap, masa aku belajar, contoh masa cuti raya... dia akan ulang mak... tanya.. ala dah sampai ke belum.. cikno dah sampai ke belum..  Tapi... nak bertanya sendiri pada adik-adik... tak ada.. tu sebab lama juga aku merajuk dengan abang... aku rasa perlu ada orang ambil berat pada aku selepas ayah aku meninggal dunia.. dan aku mengharapkan abang Ali ambil berat pada aku..

Abang Ali pandai masak... Masak tempoyak kacau dengan udang... masak gulai lemak.. masak rendang.. Aku tahu abang suka makan rendang yang aku masak... setiap kali malam raya abang mesti datang rumah untuk makan lemang panas dengan rendang..

Bila aku dah pandai berbual abang, aku selalu rancang berkelah beramai-ramai di rumah abang.. Penuh rumah abang... kami adik beradik selalu berkumpul makan tengah hari... lepas tu rehat di belakang rumah..  Kalau bakar ikan keli, abang ali yang akan bakarkan... Seronok sangat masa tu.. Kami ramai.. 6  atau 7 talam ler juga sekali datang... Masak beramai-ramai , mengemas.. tidor kat belakang rumah..

Aku rindu pula suasana itu.. Seronok sangat... baru aje aku nak berbaik dengan abang, Allah lebih sayangkan abang... Aku ada bermimpi, abang datang rumah mak... senyum... duduk.. tengok aku dengan mak

Aku bersyukur sangat, Allah temukan jodoh kali kedua Abang Ali dengan Kak Salmah... Berkekalan hingga hujung nyawa... Besar pahala Kak Salmah memegang amanah Arwah Kak Piah dan Arwah Abang Ali...  membesarkan anak-anak mereka.. anak yatim piatu...

Kepada anak-anak buahku... sayangilah Umi sebagaimana ibu kandung sendiri... Jangan sakiti hati Umi.. Jagalah hatinya... besar pengorbanan Umi mendidik kalian dari kecil lagi...

Pada Kak Salmah... kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih sangat mempunyai  seorang kakak Ipar yang mulia hatinya..

Al Fatihah sekali lagi ... untuk Arwah Kak Piah dan Arwah Abang Ali...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan