Ahad, 12 Disember 2010

Aku Seorang Guru Sekolah Rendah

The 3 Stooges Yang Glamour... Aku, Kak Shima & Kak Siti Rohani

Rezki ku dalam bidang pekerjaan boleh lah aku anggapkan sebagai murah rezeki.. Tidak pernah aku merasa menganggur yang agak lama. Pekerjaan aku yang pertama adalah sebagai Operator Pengeluaran di Kilang CPT Kampar pada tahun 1992.. Tetapi perkhidmatanku hanya selama 5 atau 6 hari... Aku terus dapat tawaran menjadi Guru Sementara di Sek Kebangsaaan Felda Besout 3 selama  6 bulan..


Asalnya aku bekerja bukanlah kerana aku tidak dapat menyambung pelajaranku.. Sebenarnya aku dapat masuk Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sungkai.. Seolah-olah aku anak orang kaya pula... aku hanya bayar yuran saja.. datangnya tak sampai seminggu... aku berhenti.. tak tahu kenapa... Tapi aku rasa terkilan sangat sebab tak dapat masuk mana-mana universiti, politeknik atau ITM untuk 'first intake'.. kiranya aku macam protes lah... Aku cuba hadirkan diri di Tingkatan 6.. tapi aku rasa canggung... kawan-kawan baik aku yang asalnya dari Sekolah Menengah Sungkai... dah tiada.. Yang tinggal rakan-rakan aku yang sebelum ini pernah jadi rakan sekelas, dan kebanyakannya pelajar bekas Sekolah Menengah Trolak.. Aku rasa macam aku pula menumpang di sekolah itu...

Di Kilang CPT, kami diberi tinggal di asrama.. di taman perumahan Bandar Baru Kampar.. Tekun aku bekerja. Shift malam dan shift pagi lagi... tapi tak tahu kenapa ada yang tak kena aku rasakan... pertamanya rakan serumah aku tak solat... keduanya, nak keluar solat tu aku rasa payah.. orang barukan.. lurus bendul... Allah lorongkan pula aku ke pintu rezki yang kedua.. sebagai guru.. Aku pun cabut macam itu saja... bekerja setakat ambil pengalaman, daftar EPF & SOCSO... 10 sen pun gaji aku tak dapat... tak apalah.


Kami Yang Ayu

Kesian aku.. Pergi ke Sekolah Felda Besout 3 sendiri aje.. anak yatimkan.. bapa dah tak ada.. naik bas... Felda Besout pun aku tak pernah masuk.. Di dalam bas, aku dengan ramahnya menegur seorang kakak, bertanyakan di mana sekolah Kebangsaan Besout 3... Saya tak pernah sampai. Saya kena lapor diri hari ini..

Rupanya kakak ini adalah isteri kepada seorang Cikgu di Sekolah Kebangsaan Felda Besout 1. Kakak ini dengan baik hatinya mengajak aku singgah ke rumahnya dahulu kerana suaminya akan balik untuk makan tengah hari.. Mungkin suaminya boleh bantu.

Tengahari itu mereka berdua membawa aku untuk melapor diri ke Sekolah Kebangsaan Felda Besout 3. Allah mudahkan dalam urusanku. Rupanya di sekolah ini, ada Kak Shima, anak Pak Aziz jiran aku dan juga kak Siti Rohani, kawan kakak aku.. Mereka berdua menyewa di rumah Ustazah Salasiah.. Dengan rasminya aku pun menjadi penyewa di rumah yang sama.. bermulalah era kenakalan kami di sekolah ini... dah ketuanya aku... Petang itu juga aku balik ke Sg Klah.. Dan minggu berikutnya barulah rasmi aku mengajar.

Kami bertiga di gelar '3 stooges..'  Aku mengajar BM, BI & Matematik... Dahsyat juga.. Habis jadual English, kena mengajar BM pula... Mana anak murid aku ya.. Yang aku ingat Fahizal.. sebab dia 'cute' dan bijak... Syadrah atau Ayu iaitu anak Ustazah Salasiah.. Rashid, budak paling nakal dalam kelas.. Kenangan beliau dengan aku, sedang aku menulis nota di papan hijau, aku menoleh ke belakang, sebatang kapur tercampak betul-betul di batang hidung aku.. Sakitnya... angkara Rashid... tak pula aku marah atau mendenda beliau... entahlah... mungkin beliau masih ingat lagi..

Selain kami bertiga ada seorang lagi Guru Sementera iaitu Cikgu Siti Raxkina.. Kemudian ada beberapa orang cikgu pelatih... yang aku ingat Cikgu Ahmad Shaberi... sebab dia suka menyakat aku... aku pula suka kenakan dia...


Aku, Kak Siti Rohani, Kak Nor, Kak Siti Raxkina & Kak Aya

Jadi Juri Untuk Pertandingan Sajak... Muka boring masing-masing..

2 Siti,  Siti Raxkina & Siti Rohani

Aku sebagai ketua budak nakal, telah menghantar surat kepada Cikgu Siti Raxkina, kononnya surat itu dari salah seorang cikgu pelatih ... kesian dia.. perasan habis. Syok gila dia dengan Cikgu Ahmad Shaberi... Sehingga kini rahsia kami belum bocor lagi..


Dinner... Bersama Cikgu Pelatih...

Cikgu Ahmad Shaberi panggil aku dengan gelaran adik... Dia suka sangat  menyakat aku sebab aku ada baju yang coraknya seperti katanya corak telur rebus kalau dipotong dua... 'Adik tak pakai  baju teloq rebus ka hari ini...' itu lah ayatnya... Aku pulak suka menyakat dia, aku panggil dia 'abang peon'... sebab dia suka pakai baju macam baju peon...

Cikgu Pelatih Membuat Persembahan


Banyak juga kenangan aku mengajar di sini.. Kami bertiga, aku, kak Shima, Kak Siti... memang cikgu nakal... Dalam bilik kami kalau kami belum pejam mata, pot pet pot pet aje ler... Senakal-nakal aku, dalam bilik aku kena buli juga dengan kak Siti dan Kak Shima..

Di sinilah juga menyaksikan percintaan Kak Shima dengan Cikgu Pelatih, iaitu Cikgu Azman atau lebih mesra dengan panggilan Yob.. Alhamdullialh , ada jodoh mereka dan kekal bahgia hingga kini..


Masa Hari Sukan.. Kami Dari Rumah Merah..


Kami bertiga agak popular di sekolah.. Apa saja aktiviti sekolah, kami mesti antara yang wajib bertanggunjwab untuk semua aktiviti.. Kelakar pula bila diingatkan semasa kami bertiga menjadi juri untuk pertandingan sajak.. baru satu rangkap, kami dah suruh pelajar berhenti... kes boringlah ni..

Kontrak kami semua tamat pada hujung tahun... Berakhirlah tugasan aku sebagai seorang guru... dan terpisahlah kami akhirnya.. melainkan Kak Shima yang kesudahannya menjadi isteri kepada Cikgu Azman..

Tidak sampai sebulan aku di rumah, aku menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam, untuk  'second intake'.. dalam bidang Diploma Perniagaan (Insurans) selama 3 tahun.. Allah dah atur kesemuanya untuk aku di mana aku ada wang poket  sendiri untuk bayar yuran pendafatran...

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah..

Bermulalah era aku sebagai pelajar kolej di ITM Shah Alam pada Januari 1993...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan