Khamis, 30 Disember 2010

Dahulunya Aku....


Sekolah Kebangsaan Felda Sg Klah ( 1981-1986)
Semasa Darjah 2 (klik gambar untuk besarkan)
 Duduk Dari kiri... Anis, Zuraidah, Noreha, Jam, Wa, Nanita, Cikgu Noraini, Liza, Khadijah, Endang Jati, Ita, Imah, Zanariah dan Aku (Salamiah)
Berdiri dari kiri ... Azizi, Azian, Hairul, Khairil Anuar, Kumar, Pisah, Khairul Rijal, Kamarudin, Norhisham Majid, Amirul, Shaaini dan Jimi Rostam

Semasa Darjah Lima... Aku... berdiri yang 3 dari kanan... baris ke dua

Semasa Darjah 6... no 2 dari kanan... comotnya aku..

Aku dilahirkan di rumah bernombor B 57 Felda Sg Klah pada 16hb Mac 1974.. Anak bongsu... yang ke 13... Ayah menamakan aku Salamiah... rasanya masa tu zaman popular penyanyi Salamiah Hassan... Tak tahu pula aku, kenapa nama manja aku Ala... bukannnya Sal... Miah ke... Tapi bila aku mula merantau sebagai pelajar... tak ingat pula aku siapa pula yang mengglamourkan aku dengan panggillan  ' Sal '  .. Sampai sekarang lah....

Beza umur aku dengan Adi.. Setahun... Adi pun lahir bulan Mac juga... tahun 1973... Mak ada cerita... mungkin dah penat dia mengandung... macam-macam cara mak ikhtiar supaya aku ni tak lahir ke dunia... makan nenas mudalah... pergi menorehlah... buat kerja berat-beratlah... dah tertulis dari Lutf Mahfuz, lahirlah aku... mungkin tabahnya aku bertahan dalam rahim mak dan sifat ketabahan aku itu terbawa-bawa sampai sekarang...

Aku tak ingat sangat kisah masa kecil dulu... cuma yang masih segar dalam ingatan, semasa aku di sekolah Tadika, aku menjadi perhatian Cikgu Di...Mungkin sebab aku telah menonjolkan diri aku dan dikategorikan sebagai budak terang hati...

Aku masih ingat huruf pertama yang lekat dalam kepala aku iaitu huruf 'i'...  tak ingat pula kenapa... kalau tak silap aku, Cikgu Di menggantungkan huruf-huruf di dinding, dan huruf 'i', aku ingat sebab titiknya besar... huruf lain lambat juga untuk aku mengenalinya...

Kawan-kawan sebaya aku adalah Ita, Jam, Wa dan Jeman... kami bersekolah bersama sejak dari tadika lagi.. Sekolah kami belakang rumah saja... Rumah aku betul-betul belakang Dewan Orang Ramai... Selain mereka berempat ini, aku juga berkawan dengan rakan sebaya seperti Ina, Ani, Arif dan ramai lagi... Seronok masa kami kecil-kecil dulu... pergi sekolah jalan kaki... mana ada ayah hantar... beramai-ramai berjalan kaki pergi dan balik sekolah...

Masa aku di tadika, aku telah digosipkan dengan Jeman... Puncanya pada masa hari sukan sekolah, ada pertandingan dalam kumpulan... aku sebagai orang yang dipilih untuk menjadi model dalam pertandingan pakaian sekolah, aku dipakaikan pakaian sekolah... dan Jeman adalah orang yang terakhir yang membawa aku lari setelah pakaian sekolah aku dilengkapkan oleh ahli kumpulan yang lain.. Kumpulan kami dapat no satu.. menang... tak ingat pula aku apa hadiahnya...

Sejak itulah Adi selalu mengata aku... 'Ala suka Jeman.. Ala nak Jeman'... sampai dicontengnya pintu rumah dengan ayat-ayat ini... Menyampah aku digossipkan dengan Jeman... Sampai darjah enam lah.. kawan-kawan sebaya pun sama.. mengata-mengata aku.. Jeman... suka lah dia... selalu datang rumah... bila main pondok-pondok.. aku dikahwinkan pula dengan Jeman sekali lagi... Adi punya kerja lah...

Aku selalu ikut serta dalam apa juga aktiviti  'Adi and the gang'..ramai... kami berdua ni selalu bergaduh. lepas tu berbaik balik..  kami membesar bersama.. Adi memancing, aku redah sungai juga.. main lastik.. aku melastik juga.. Adi seharian hilang kat rumah.. aku pun hilang juga... Adi selalu buli aku.. basuh kasut sekolah dia... dalam aku bising bebelkan dia... aku basuh juga... dah abang aku... sayang... sampai sekarang.. masih kekal tak luntur kasih sayang aku pada dia..

Masa sekolah rendah pulak, setiap kali peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun, aku akan mendapat sama ada tempat kedua, ketiga dan  nombor satu... Selalu aku bergilir menjadi 'Top Three' bersama Anis, Kumar dan Aku... Kalau aku sekelas dengan Anis... tak merasa lah tempat nombor satu ni...  Setiap tahun aku akan naik ke pentas untuk mengambil hadiah..

Persaingan antara aku dengan Anis terbawa sampai pemilihan untuk Pelajar Terbaik tahun 1986... Masa itu aku hanya dapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah 5, manakala Anis pula dapat 5A.. dia sorang aje yang berjaya mendapat 'straight A'.  Anis tidak aktif dalam sukan berbanding aku yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.. dan juga mewakili rumah sukan..  Jadi aku telah dipilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1986... dapat lah aku bawa balik seminggu piala Pusingan Pelajar Terbaik.. Dulu-dulu.. manalah ada terfikir nak tangkap gambar... buat kenang-kenangan..

Ita, Wa dan Jam... merekalah kawan aku... Yang kelakarnya kami selalu bergaduh... lepas itu, minta maaf .. bergaduh balik... Ita dengan Jam rajin juga datang rumah aku.. belajar Ilmu Hisab...


Sekolah Agama Rakyat ( Sekolah Arab)... dulunya sekolah papan saja...

Kami bertiga juga adalah pelajar di Sekolah Arab ( Sekolah Agama Rakyat). Wa pula aku rasa tak pegi sekolah ni.. Teringat aku pada Ustaz Majid (Guru Besar), Ustazah Maimun dan juga Ustazah Siti.. Kami belajar Ilmu Fekah, Tafsir Al Quran, Ilmu Hadis, Qiraat, Bahasa Arab, Al Quran, Ilmu Tasauf dan ada beberapa subjek lagi yang aku sendiri sudah lupa.. Di sekolah inilah mulanya aku belajar sembahyang...  Mengaji Al Quran, ayah aku yang ajar..

Seperti di sekolah kebangsaan, aku juga cemerlang di Sekolah Arab... Masa ni nombor satu sajalah... sebab Anis tak masuk sekolah agama ni.. Selalunya hujung tahun aku dapat hadiah.. dalam bentuk wang tunai... banyak juga aku rasa...

Itulah aku dulu-dulunya... seorang pelajar yang comot...

1 ulasan:

  1. assalamualaikum..nak tanya..makcik kenal tak midah hafiah??dia lahir 1971....saja nak tanya.. :D

    BalasPadam