Jumaat, 31 Disember 2010

Pertama Kali Aku ......

Gambar pertama yang diberi kepada aku tanda salam perkenalan.. Tingkatan 1

Tingkatan 2
Tingkatan 3

Tingkatan Satu

Tingkatan 3

Semasa aku Tingkatan Satu, tidak pula aku sangka-sangka aku menjadi perhatian seseorang.. Maklumklah.. aku rasakan diri aku tidak cantik... Entahlah.. dari sudut mana seorang hamba Allah ini meminati aku.. aku pun tidak tahu...

Mungkinkah kerana aku akrab dengan Zanariah, dan tempiasnya Zana menjadi rebutan jejaka Sekolah Menengah Sungkai ... terpalit pada diriku sama..

Agak terkejut juga aku pada mulanya apabila Norhadzali (Atan) menyampaikan salam seseorang pada aku.. Biar betul... Selepas itu dia bagi pula sekeping gambar dan surat perkenalan yang pertama..

Pelajar itu berada di Tingkatan 1A2 dan aku memang tak pernah terpandang muka beliau sebelum ini.. tak tahu kewujudannya..  Namanya Mohd Noor bin Mingah.. Aku pun sudah tidak ingat macam mana aku boleh terima salam perkenalan dari beliau..

Bermula lah era percintaan zaman sekolah, pada usia aku 13 tahun... Berbalas-balas surat... melalui posmen iaitu pada masa itu Halijah yang kebetulannya rumahnya berdekatan dengan rumah Mohd Noor..

Kalau aku ingat baliklah...dan aku baca balik ke semua surat yang dia hantar, aku tersenyum seorang diri.. Bayangkan, ke semua surat-surat tersebut telah berusia 22 tahun.. dan aku masih menyimpannya... setakat menyimpan sahaja... Aku sangat menghargai kenangan walau pun kenangan itu menyakitkan hati..

Perhubungan kami manis sangat pada masa itu, bersambung ke Tingkatan 2... 'Dating' berdua .. tak pernah.. berjumpa beramai-ramai.. itu saja.. Bertukar-tukar cenderahati dan pernah bergambar bersama-sama..

Selepas Hari Raya Puasa, semasa itu aku berada dalam Tingkatan 2, beliau telah mengutus surat kepada aku, dan berkali-kali meminta maaf... terlalu jujur.. Dia maklumkan kepada aku yang dirinya telah didekati oleh seseorang.. Pelajar Tingkatan 1... Rentetan dari surat itu jugalah, beliau akhirnya telah memilih perempuan tersebut dan memutuskan perhubungannya dengan aku... Walau pun dalam suratnya, ada dinyatakan yang beliau masih menyayangi diriku...

Aku terima semua keputusan beliau.. Dan aku juga tahu ramai kawan-kawan sebenarnya terkejut dengan pilihan beliau.. Selepas hubungan kami putus aku masih menerima surat dari beliau, iaitu surat memohon kemaaafan dan menyatakan perasaan kesal dihatinya..

Sehinggalah pada akhir tahun 1988, hubungan kami sebenarnya telah putus... walau pun  begitu, aku ada dengar yang beliau sebenarnya cuba untuk menyambung hubungan kami yang telah putus..

Pada awal tahun 1989, aku menerima sepucuk surat, dan aku pasti surat itu bukan beliau yang tulis.. dari segi peggayaan bahasa lain sangat... Dalam surat itu merayu supaya aku sudi menyambung semula hubungan yang telah putus, dan turut dinyatakan antara beliau dengan perempuan tersebut telah tiada apa-apa hubungan..

Aku tak tahu apa jawapan aku... tetapi yang pastinya kami berhubung semula... tetapi tidak berlebih-lebih.. Pada tahun tahun 1990, beliau telah berpindah ke Sekolah Vokasional Ipoh, dan beliau masih mengutusi aku sebaik saja selesai minggu orientasi pelajar... Setiap bulan akan ada khabar berita dari beliau, dan banyak kali jugalah kami cuba berjumpa tetapi tidak jadi.. ada saja halangannya..

Perhubungan kami melalui surat terputus sebaik sahaja kami habis SPM.. Aku melanjutkan pelajaran aku ke ITM Shah Alam.. Selama 2 tahun kami tiada hubungan...

Sampai sekarang aku sendiri tidak ingat macam mana kami boleh berhubung melalui surat semula.. semasa itu aku berada dalam Tahun ke 3, semester ke 5... Beliau pula telah bekerja di Bayan Baru , Pulau Pinang...

Kali terakhir aku berhubung dengan beliau ialah pada Tahun 1997... semasa itu aku telah melanjutkan pelajaran aku ke peringkat Ijazah...dan dalam suratnya terakhir, beliau telah meminta aku tidak mengharapkan ada kesinambungan dalam hubungan  kami..

Aku terima keputusan beliau.. Dan aku mendapat tahu yang beliau akan mendirikan berumahtangga dari kakak angkat beliau, Nazlina, iaitu jiran aku yang menerima kad jemputan kahwin dari beliau.. dan terputuslah kami berbelas-belas tahun lamanya..

Baru-baru ini, dengan jasa baik Halijah, beliau telah berjaya mencari nombor telefon Mohd Noor, untuk tujuan 'reunion' ... dan diberinya kepada aku beserta dengan alamat e-mail.. Aku berjaya menjejaki beliau semula..  setakat bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan masing-masing. Itu pun hanya melalui email saja..

Alhamdulillah, beliau bahagia dengan rumahtangga beliau bersama anak isteri.. dah jadi orang Pulau Pinang.. Antara kami tiada apa-apa perasaan lagi...

Mohd Noor, maafkan Ala kerana menulis kisah kita... tiada niat apa-apa sekadar mengenang kenangan yang pernah menjadi sejarah...  seperti yang telah kita bicarakan.. cuma mengenang..' FULL STOP..' Ala tepek gambar kita dulu, sebab gambar sudah hampir rosak..

Menginjak ke Sekolah Menengah Sungkai

Masa Tingkatan 1.. Imah, Rafidah, Aku dan Zanariah

Ita, Ah Ching , Aku dan Jam
4 sekawan... Zanariah, Azwa Input, Atun dan Aku

Tepi longkang surau pun jadi... Atun, Fizah, Halijah & Aku


Kenangan dengan Ah Ching & Ita.. Ita depan rumah aku aje, tapi tak pernah jumpa bertahun-tahun dah..

Robitah, Anis (pesaing aku dari sekolah rendah), Aku dan Norita


Aktiviti Persatuan SRT.. Halijah, Aku, Saadiah, Jam, Atun & Zanariah


Tingkatan 1

Tingkatan 2 - Aku sebagai Penolong Ketua Darjah

Tingkatan 5 Sains 2

Sebenarnya aku agak terkilan juga kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama. Cukuplah bagiku untuk masuk ke Sekolah Asrama Felda Semai Bakti, Kuala Lumpur ... Anis dapat ke sekolah Asrama Felda... Hilang pesaing aku di sekolah Menengah...

Ayah memujuk aku.. Katanya tak palah...Kakak aku Nora pun belajar di Sekolah Menengah Sungkai saja.. tapi jadi pelajar terbaik dan menjadi pelajar pertama di sekolah yang melanjutkan pelajaran ke Luar Negeri. Pergi Amerika... Hebat kakak aku dan cukup popular .. aku pun dikenali guru-guru kerana kehebatan kakak-kakak iaitu Noor Rohaya Isa (Nora), Nor Saadiah Isa (Saa) , Nor Ismah Isa ( Cik Nor) dan juga kenakalan abang-abang aku iaitu Abdul Malek Isa dan  Mohd Zaki Isa (Adi)..

Hanya Abdul Manan Isa saja ,anak ayah yang bersekolah di asrama penuh iaitu di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh ( STAR).. berjaya dia sehingga melanjutkan pelajaran ke Kanada...

Ayah nak sangat aku masuk kelas Perdagangan.. tapi aku pula ditempatkan ke kelas Sains Rumahtangga.. berjumpalah  aku dengan Penyelia Petang, memohon untuk ditukarkan dari cabang Sains Rumah Tangga ke cabang kelas Perdangangan.. Permohonan aku ditolak..

Sebenarnya aku tak kisah pun dimasukkan ke kelas Sains Rumahtangga (SRT).. Aku memang minat masak dan terlalu teruja untuk belajar menjahit... Aku akhirnya ditempatkan di kelas 1C1.. dan guru kelas aku adalah Cikgu Rosnaini Ibrahim .

Aku dengan Zanariah memanglah rapat dari sekolah rendah lagi.. Rupanya sampai ke sekolah menengah kami tidak berpisah..sekelas kami.. lebih akrab jadinya.. Bila masak, kami digandingkan bersama..

Aku ingat lagi kelas memasak yang pertama kami adalah  masak telur goreng dadar, telur Mata Kerbau & Telur Masak Hancur..  Cikgu SRT kami pada masa itu adalah Cikgu Norehan dan Cikgu Surinah.. Masakan kami yang kedua adalah masak kari Ikan kembung... 'step by step' di ajar cikgu... Selepas itu kami diajar masak pencuci mulut, segala jenis agar-agar, sagu gula melaka...Kemudian buat skon pulak (sejenis biskut).. dan paling hebat aku rasa kami di ajar buat kek span dan kek gulung.. Lengkap hidup aku rasakan...

Bila kami balik ke kelas selepas memasak, panjang lah leher  rakan sekelas kami yang jantinanya lelaki...nak mengecek... Yang lelaki pula kena berkebun dan menternak ayam.. Kelas Sains Pertanian... tak tahu pulak aku apa hasil kebun mereka...

Kali pertama aku belajar menjahit adalah di kelas SRT inilah... Seronok sangat aku rasakan apabila kami dapat menggunakan mesin jahit. Melukis dasar blause, menjahit baju, menyulam dan juga menyembat.

Hasil jahitan pertama aku adalah sehelai Apron... mana pulak perginya apron aku ni.. cantik sangat.. sulaman yang aku buat pun... ada seninya.. Keduanya adalah blause... Apabila sudah tahu asas melukis dasar baju, aku pun mula mahir menjahit baju aku sendiri... Selain memasak, aku juga mahir menjahit...

Semasa di Tingkatan 1, aku terkenal juga dengan kenakalan aku menyakat kawan-kawan yang pemalu.. Masa ni aku sudah ada geng.. 4 serangkai yang popular iaitu Aku,Zanariah, Azwa Hapiza (Wa Input) dan juga Nor Azilatul ( Atun)... mana pergi mesti kami berempat.. Dan popularnya kami pula kerana kami sudah ada cinta monyet melainkan Atun yang belum berpunya... Tetapi aku suka mengossipkan Atun dengan Romie...

Aku ingat lagi aku suka kacau Norhisham Razali ( sham luncai), Norhadzali (Atan), Rasali, Romizamrul ( Romie), Azizi, Azizan Hajis dan  Salim.... Aku pernah malukan Salim dalam kelas semasa beliau secara tak sengaja menulis surat cinta kepada seorang budak Sg Klah juga... surat itu aku terbaca.. dan aku telah kenakan dia... nakalnya aku masa tu... berkawan dengan Wa Input... menjadilah nakal aku...

Norhisham Razali... mangsa buli aku dari Tingkatan 1 sampailah Tingkatan 5... terlalu pemalu... kerana pemalunya aku suka mengenakan dia... Aku pasangkan dia dengan budak India, Gandimathi namanya...  Tak sangka aku, dalam pemalunya dia, penakutnya dia dengan perempuan.. murah rezki dia dalam berumahtangga... 2 isterinya..

Sekarang beliau adalah Tuan Inspektor Polis, dan bertugas  di Sungai Senam, Ipoh.. Pelik pulak aku rasakan... sudah 10 tahun aku bekerja di Ipoh, tak pula pernah berjumpa... takkanlah dia tak pernah makan di Tasik Raban di Stadium Ipoh.. atau pun di Medan Selera Masjid Negeri..

Aku masih mengekalkan kegemilangan belajar.. aku dapat no 1 dalam kelas... Dan seperti di sekolah rendah, aku akan naik ke pentas pada setiap kali hari penyampaian hadiah di adakan...

Semasa di Tingkatan 2, aku dilantik pula menjadi Penolong Ketua Darjah.. Manakala ketuanya adalah Hisham bin Mat.. Aku juga adalah seorang Pengawas Pusat Sumber.. Manakala Zanariah dengan Wa Input pula adalah seorang Pengawas sekolah. Atun pula tiada apa-apa jawatan pada masa itulah...

Aku selalu masuk pertandingan  syarahan dan juga debat yang dianjurkan di sekolah.. Lupa pula aku, sememangnya dari sekolah rendah aku selalu memasuki pertandingan syarahan & debat. Aku menang tempat pertama dalam pertandingan syarahan di Sekolah Menengah... Bangganya ambil hadiah dalam waktu perhimpunan sekolah... Dalam pertandingan debat pula, kumpulan kami juga menang tempat pertama.. Masa itu aku bersama Anis dan Razaidi menjadi pihak pembangkang dan kami berjaya membangkang 'on the spot' hujah-hujah pembahas...

Antara pertandingan yang setiap tahun aku akan masuk dan mendapat hadiah adalah pertandingan tulisan jawi.. Sekarang... aku pun tak tahu lagi samada aku boleh atau tidak lagi menterjemahkan tulisan rumi ke tulisan Jawi..  Inilah berkatnya aku belajar di Sekolah Arab dulu....

Keputusan SRP aku tidaklah secemerlang pelajar sekarang... tetapi cukuplah untuk menempatkan aku ke aliran Sains.. Aku sudah tidak pandai nak mengira berapa aggregate yang aku dapat.. dalam 16 atau 17 aggregate... dulu dan sekarang tak sama..

Aku dimasukkan ke kelas 4 Sains dan pesaing semasa aku di sekolah rendah  iaitu Anis (Nuranisma Ahmad) telah kembali ke Sekolah Menengah Sungkai... Dan lebih haru lagi aku sekelas pula dengan Norhisham Jalil (Poen), Norhisham Razali (sham luncai) dan Noreha. Menjadi-jadilah kenakalan aku apabila Poen menjadi 'classmate' aku... Dan semasa Tingkatan 4 dan 5, Anis adalah kawan baik aku kerana aku tidak sekelas lagi dengan Zanariah dan Atun.. Manakala Wa Input pula menyambung pelajarannya ke sekolah Vokasional... tak ingat pula aku sekolah mana...

Persatuan Sains Rumah Tangga... Entah macam mana lah ada 2 jejaka dalam persatuan ini...

Aku agak aktif juga dengan persatuan... dan nasib baiklah ada syarat sekolah iaitu untuk menjadi AJK kelab, seorang hanya layak pegang 3 jawatan sahaja... Tetapi pada ketika aku telah memegang 5 jawatan serentak iaitu sebagai Pengawas Pusat Sumber, Ahli Lembaga Koperasi Sekolah, Naib Setiausaha Kelab Komputer, Naib Bendahari Persatuan Puteri Islam dan juga salah seorang  AJK Persatuan Sains Rumahtangga... 

Selepas peperiksaan SPM diumumkan, aku hanya mendapat Pangkat 2 dengan 26 aggregate.. sipi-sipi aje untuk mendapat Pangkat 1.. Subjek yang aku gemari iaitu Matematik Tambahan dan Kimia, keputusan yang aku dapat tidaklah  cemerlang seperti yang aku harapkan... Fizik... aku tak minat.. tapi ok pula keputusannya...

Aku gagal masuk ke mana-mana universiti, ITM atau Politeknik untuk 'first intake'.. Jadi aku mendaftarkan diri ke Tingkatan 6... Berlagak orang kaya aku... Hanya bayar yuran.. tetapi hadirnya hanya seminggu saja... Aku protes...


Berakhirlah aku sebagai seorang pelajar di Sekolah Menengah Sungkai iaitu dari tahun 1987 sehinggalah 1992...

Khamis, 30 Disember 2010

Dahulunya Aku....


Sekolah Kebangsaan Felda Sg Klah ( 1981-1986)
Semasa Darjah 2 (klik gambar untuk besarkan)
 Duduk Dari kiri... Anis, Zuraidah, Noreha, Jam, Wa, Nanita, Cikgu Noraini, Liza, Khadijah, Endang Jati, Ita, Imah, Zanariah dan Aku (Salamiah)
Berdiri dari kiri ... Azizi, Azian, Hairul, Khairil Anuar, Kumar, Pisah, Khairul Rijal, Kamarudin, Norhisham Majid, Amirul, Shaaini dan Jimi Rostam

Semasa Darjah Lima... Aku... berdiri yang 3 dari kanan... baris ke dua

Semasa Darjah 6... no 2 dari kanan... comotnya aku..

Aku dilahirkan di rumah bernombor B 57 Felda Sg Klah pada 16hb Mac 1974.. Anak bongsu... yang ke 13... Ayah menamakan aku Salamiah... rasanya masa tu zaman popular penyanyi Salamiah Hassan... Tak tahu pula aku, kenapa nama manja aku Ala... bukannnya Sal... Miah ke... Tapi bila aku mula merantau sebagai pelajar... tak ingat pula aku siapa pula yang mengglamourkan aku dengan panggillan  ' Sal '  .. Sampai sekarang lah....

Beza umur aku dengan Adi.. Setahun... Adi pun lahir bulan Mac juga... tahun 1973... Mak ada cerita... mungkin dah penat dia mengandung... macam-macam cara mak ikhtiar supaya aku ni tak lahir ke dunia... makan nenas mudalah... pergi menorehlah... buat kerja berat-beratlah... dah tertulis dari Lutf Mahfuz, lahirlah aku... mungkin tabahnya aku bertahan dalam rahim mak dan sifat ketabahan aku itu terbawa-bawa sampai sekarang...

Aku tak ingat sangat kisah masa kecil dulu... cuma yang masih segar dalam ingatan, semasa aku di sekolah Tadika, aku menjadi perhatian Cikgu Di...Mungkin sebab aku telah menonjolkan diri aku dan dikategorikan sebagai budak terang hati...

Aku masih ingat huruf pertama yang lekat dalam kepala aku iaitu huruf 'i'...  tak ingat pula kenapa... kalau tak silap aku, Cikgu Di menggantungkan huruf-huruf di dinding, dan huruf 'i', aku ingat sebab titiknya besar... huruf lain lambat juga untuk aku mengenalinya...

Kawan-kawan sebaya aku adalah Ita, Jam, Wa dan Jeman... kami bersekolah bersama sejak dari tadika lagi.. Sekolah kami belakang rumah saja... Rumah aku betul-betul belakang Dewan Orang Ramai... Selain mereka berempat ini, aku juga berkawan dengan rakan sebaya seperti Ina, Ani, Arif dan ramai lagi... Seronok masa kami kecil-kecil dulu... pergi sekolah jalan kaki... mana ada ayah hantar... beramai-ramai berjalan kaki pergi dan balik sekolah...

Masa aku di tadika, aku telah digosipkan dengan Jeman... Puncanya pada masa hari sukan sekolah, ada pertandingan dalam kumpulan... aku sebagai orang yang dipilih untuk menjadi model dalam pertandingan pakaian sekolah, aku dipakaikan pakaian sekolah... dan Jeman adalah orang yang terakhir yang membawa aku lari setelah pakaian sekolah aku dilengkapkan oleh ahli kumpulan yang lain.. Kumpulan kami dapat no satu.. menang... tak ingat pula aku apa hadiahnya...

Sejak itulah Adi selalu mengata aku... 'Ala suka Jeman.. Ala nak Jeman'... sampai dicontengnya pintu rumah dengan ayat-ayat ini... Menyampah aku digossipkan dengan Jeman... Sampai darjah enam lah.. kawan-kawan sebaya pun sama.. mengata-mengata aku.. Jeman... suka lah dia... selalu datang rumah... bila main pondok-pondok.. aku dikahwinkan pula dengan Jeman sekali lagi... Adi punya kerja lah...

Aku selalu ikut serta dalam apa juga aktiviti  'Adi and the gang'..ramai... kami berdua ni selalu bergaduh. lepas tu berbaik balik..  kami membesar bersama.. Adi memancing, aku redah sungai juga.. main lastik.. aku melastik juga.. Adi seharian hilang kat rumah.. aku pun hilang juga... Adi selalu buli aku.. basuh kasut sekolah dia... dalam aku bising bebelkan dia... aku basuh juga... dah abang aku... sayang... sampai sekarang.. masih kekal tak luntur kasih sayang aku pada dia..

Masa sekolah rendah pulak, setiap kali peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun, aku akan mendapat sama ada tempat kedua, ketiga dan  nombor satu... Selalu aku bergilir menjadi 'Top Three' bersama Anis, Kumar dan Aku... Kalau aku sekelas dengan Anis... tak merasa lah tempat nombor satu ni...  Setiap tahun aku akan naik ke pentas untuk mengambil hadiah..

Persaingan antara aku dengan Anis terbawa sampai pemilihan untuk Pelajar Terbaik tahun 1986... Masa itu aku hanya dapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah 5, manakala Anis pula dapat 5A.. dia sorang aje yang berjaya mendapat 'straight A'.  Anis tidak aktif dalam sukan berbanding aku yang mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.. dan juga mewakili rumah sukan..  Jadi aku telah dipilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1986... dapat lah aku bawa balik seminggu piala Pusingan Pelajar Terbaik.. Dulu-dulu.. manalah ada terfikir nak tangkap gambar... buat kenang-kenangan..

Ita, Wa dan Jam... merekalah kawan aku... Yang kelakarnya kami selalu bergaduh... lepas itu, minta maaf .. bergaduh balik... Ita dengan Jam rajin juga datang rumah aku.. belajar Ilmu Hisab...


Sekolah Agama Rakyat ( Sekolah Arab)... dulunya sekolah papan saja...

Kami bertiga juga adalah pelajar di Sekolah Arab ( Sekolah Agama Rakyat). Wa pula aku rasa tak pegi sekolah ni.. Teringat aku pada Ustaz Majid (Guru Besar), Ustazah Maimun dan juga Ustazah Siti.. Kami belajar Ilmu Fekah, Tafsir Al Quran, Ilmu Hadis, Qiraat, Bahasa Arab, Al Quran, Ilmu Tasauf dan ada beberapa subjek lagi yang aku sendiri sudah lupa.. Di sekolah inilah mulanya aku belajar sembahyang...  Mengaji Al Quran, ayah aku yang ajar..

Seperti di sekolah kebangsaan, aku juga cemerlang di Sekolah Arab... Masa ni nombor satu sajalah... sebab Anis tak masuk sekolah agama ni.. Selalunya hujung tahun aku dapat hadiah.. dalam bentuk wang tunai... banyak juga aku rasa...

Itulah aku dulu-dulunya... seorang pelajar yang comot...

Selasa, 21 Disember 2010

Abang Sulongku - Arwah Sainal Bin Isa

Arwah Sainal bin Isa
Muka yang serius sentiasa...
Tapi kalau senyum.... cair juga...
Seorang yang bijak dan berkarisma
Meninggal dunia dalam usia 52 tahun

Anak-anak yatim yang kematian ibu dalam usia yang kecil..

Nurain, Azura, Nurhan (adik beradik), Najah & Aisyah

Rahimi Sainal...Dulunya anak bongsu..
Keluarga yang telah membesar... dah bercucu aku sekarang ni... dengan kelahiran anak-anak Nurhan & Din
Kak Salmah dan Muslim (anak bongsu) yang kehilangan ayahnya semasa beliau berumur 5 hari... Sekarang dah 6 tahun.. dah besar
Azura dan Nur Ain... Kak Long jaga kesihatan ya... Bukakan hati untuk terima lelaki dalam hidup..

Anak lelaki yang menjadi tonggak keluarga

Al Fatihah... Daripadanya kita datang dan kepadanya juga kita kembali... Masih teringat lagi aku di saat kematian arwah Abang Ali di Hospital Besar Ipoh pada 18hb Februari 2004, jam 6.45 pm.. Aku hanya melihat sekujur tubuh yang hanya bergantung kepada oksigen yang dibekalkan... Terdampar kaku... sudah tidak mengenali sesiapa pun...

Masih aku ternampak-nampak lagi tangisan ibuku di saat kami membawa beliau melihat jenazah arwah di Hospital Ipoh.. Menangis tersedu-sedu  ibuku... Meratap hiba... tak sangka... anaknya lebih dahulu meninggalkannya...  anak sulongnya.... Separuh nyawanya terbang bersama arwah... Kasihan ibuku pada masa itu...

Semasa jenazah sampai dirumahnya pada pukul 10.00 malam, kami letakkan jenazahnya di atas tilam yang dibelinya, yang baru sampai pada hari beliau meninggal dunia... Seolah-olah arwah tahu kematiannya pada hari itu..

Nama penuh abang sulongku Sainal bin Isa... Dalam keluarga kami dikenali sebagai Abang Ali.. Dilahirkan pada 01hb Oktober 1952 dan telah kembali ke rahmahtullah pada 18h Februari 2004, pada usia 52 tahun di Hospital Besar Ipoh. Sebab kematiannya adalah 'Sepsis with acute Renal Failure'  ... yang juga dikenalpasti sebagai kegagalan buah pinggang..

Tak banyak cerita yang aku tahu semasa abang bujang dahulu.. aku pun pun belum lahir lagi... Tapi apa yang telah diceritakan oleh ayah... abang Ali seorang anak yang bijak... Kesusahan hidup menyebabkan beliau tidak dapat menyambung pelajaran... Kalaulah Abang Ali belajar tinggi... aku rasa beliau seorang Menteri Kewangan sekarang ini...

Abang Ali berkahwin dengan arwah Kak Piah (nama penuhnya Asmah binti Talib).. Sekampung... rumah sepelaung aje dari rumah atuk aku di Kampung Kinjang, Chenderiang.. Tak tahu pula aku kisah antara mereka berdua... bercinta ke... pilihan keluarga ke..

Arwah Kak Piah cantik orangnya...pandai masak, pandai menjahit.. aku rasa Kak Piah dulunya menjadi rebutan.. Masa mereka berkahwin, aku baru berusia 2 tahun...  Beza umur aku dengan anak buah aku, Azura ( Kak Long ) 2 tahun..

Abang Ali mempunya 4 orang anak dengan arwah Kak Piah..iaitu Azura, Nur Ain, Nurhan dan Rahimi... Abang Ali menjadi peneroka di Felda Trolak Selatan. Arwah Kak Piah meninggal dunia semasa umur aku 12 tahun.... kalau aku tak silap... Menghidap leukimia.. Agak lama juga menderita... menjalani kimoterapi.. sehinnga berkesudahan dengan ajal tanpa sehelai rambut di kepala.

Masih aku ingat lagi... ayah menjemputku dari sekolah.. memaklumkan arwah Kak Piah dah tak ada.. Kasihan anak-anak buah aku.. Kak Long baru 10 tahun, Nur Ain 8 tahun, Nurhan 6 tahun... Rahimi kecil lagi.. Kasihan abang Ali.. Mak lah yang meneman cucu-cucunya.. bergilir dengan besannya..

Agak lama juga abang Ali menduda. 4 tahun juga ler.. Kalaulah bukan kerana anak-anak yang mencarikan calon isteri... aku rasa abang tak kahwin... Walau pun duda... ramai yang berkenan... Duda terhangat dan menjadi rebutan...

Ustazah Salmah binti Haji Baharudin, seorang guru KAFA, inilah calon untuk ayah dari anak-anak.. Ada jodoh mereka, hingga akhir nyawa. Teringat aku pertemuan pertama aku dengan Kak Salmah... Masa tu Hari Raya Puasa.. Aku tak pernah jumpa Kak Salmah... Aku pergi rumah abang naik bas... Dalam bas, kak Salmah tegur aku... kelakar pula... dia baru bertunang... mugkin dia kenal aku.. aku tak kenal dia... terus Kak Salmah bawa aku beraya rumahnya di Trolak Selatan.

Berat juga ujian dari Allah untuk Kak Salmah memegang amanah mendidik anak-anak yatim... Allah beri ujian kepadanya, beliau hanya memperolehi zuriat sendiri hanya selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga... Rahsia Allah...

Dengan Kak Salmah lahirlah zuriat-zuriat penyambung keturunan iaitu Muhammad Lukman, Siti Aisyah, Muhammad Ilyas(meninggal dunia selepas dilahir), Nur Zulfa dan akhir sekali Muslim yang hanya sempat menerima ciuman dari ayahnya sebelum abang Ali sakit dan menemui ajal pada usia Muslim 5 hari.... Kasihannya anak yatim ini... tak dapat merasa belaian manja dari ayahnya sebagaimana yang lain... Abang Ali .. 'the best father in the world'..

Sudah menjadi kebiasaan pada anak-anak, apabila ayahnya selalu berkata... ayah dah nak mati... ayah nak makan ubat... sebab ayah dah nak mati ni... Sampai mereka jadi lali... terlalu kerap.. abang Ali suka menambah sukatan ubat yang di makan.. Kalau tertulis makan 2 pil saja, beliau makan 4 pil... sekaligus.. dan kami juga dimaklumkan oleh doktor, buah pinggangnya telah keracunan kesan dari pemakanan ubat yang melampau.. Sekali makan ubat... segenggam...

Hubungan aku dengan Abang Ali agak dingin... Banyak yang aku rajukkan dengan arwah..  Aku hanya mula bercakap dengan abang apabila aku mula bekerja di Takaful Malaysia di Tapah... Selalu juga abang datang ke pejabat,  untuk urusan Khairat Kematian Penduduk Trolak Selatan. Di sebabkan urusan-urusan khairat kematian inilah, aku baru pandai berbual dengan abang...

Entahlah... aku berdosa dengan abang Ali... abang kandung aku sendiri..

Mak selalu bersungut... Kalaulah abang Ali datang rumah... dia akan naik senyap-senyap aje... Lepas tu dia duduk bersila... tak ada tegur siapa-siapa pun.. diam aje.. Mak pula kat dapur... mana tahu abang ada...  Dia datang hanya untuk jenguk mak... ada ler dalam 30 minit dia sorang-sorang... baru abang tegur mak... cakap nak balik... marah ler orang tua tu...

Abang ali tak pandai nak bermesra dengan kami adik beradik... Tak ada modal nak sembang... serius sentiasa.. Tapi mak ada cakap, masa aku belajar, contoh masa cuti raya... dia akan ulang mak... tanya.. ala dah sampai ke belum.. cikno dah sampai ke belum..  Tapi... nak bertanya sendiri pada adik-adik... tak ada.. tu sebab lama juga aku merajuk dengan abang... aku rasa perlu ada orang ambil berat pada aku selepas ayah aku meninggal dunia.. dan aku mengharapkan abang Ali ambil berat pada aku..

Abang Ali pandai masak... Masak tempoyak kacau dengan udang... masak gulai lemak.. masak rendang.. Aku tahu abang suka makan rendang yang aku masak... setiap kali malam raya abang mesti datang rumah untuk makan lemang panas dengan rendang..

Bila aku dah pandai berbual abang, aku selalu rancang berkelah beramai-ramai di rumah abang.. Penuh rumah abang... kami adik beradik selalu berkumpul makan tengah hari... lepas tu rehat di belakang rumah..  Kalau bakar ikan keli, abang ali yang akan bakarkan... Seronok sangat masa tu.. Kami ramai.. 6  atau 7 talam ler juga sekali datang... Masak beramai-ramai , mengemas.. tidor kat belakang rumah..

Aku rindu pula suasana itu.. Seronok sangat... baru aje aku nak berbaik dengan abang, Allah lebih sayangkan abang... Aku ada bermimpi, abang datang rumah mak... senyum... duduk.. tengok aku dengan mak

Aku bersyukur sangat, Allah temukan jodoh kali kedua Abang Ali dengan Kak Salmah... Berkekalan hingga hujung nyawa... Besar pahala Kak Salmah memegang amanah Arwah Kak Piah dan Arwah Abang Ali...  membesarkan anak-anak mereka.. anak yatim piatu...

Kepada anak-anak buahku... sayangilah Umi sebagaimana ibu kandung sendiri... Jangan sakiti hati Umi.. Jagalah hatinya... besar pengorbanan Umi mendidik kalian dari kecil lagi...

Pada Kak Salmah... kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih sangat mempunyai  seorang kakak Ipar yang mulia hatinya..

Al Fatihah sekali lagi ... untuk Arwah Kak Piah dan Arwah Abang Ali...




Jumaat, 17 Disember 2010

Ibuku - Puan Kadariah Binti Naik

Tersenyum manis... susah tau nak suruh mak senyum..
Tersengih
Sewaktu menerima geran tanah dari Yb Junus Wahid


Mak mencuci... anaknya mana?

Masa ni masih mampu berdiri... masak.. memanjat tangga..
Sedang bercuti..
Menung Jauh... makan ABC ... kat Pangkor
Termenung lagi... Ingat boyfriend ler tu...

Posing... masa ni dah tak berdaya berjalan... merangkak aje

Aku puaskan hati aku dengan memakaikan mak jubah UiTM milikku...

Raya....
Lawa mak posing dalam frame


Menemankan aku semasa di majlis Konvokesyen UiTM pada tahun 2000.. Ada gak kenangan aku dengan mak... Nora, Manan dengan Cikno ada ke?...Tak da rasanya... Aku kan bertuah...

Nama penuh mak ialah Kadariah binti Naik.. umurnya 74 tahun... ada 4 orang adik beradik... 3 perempuan, seorang lelaki... mak tunggal saja sekarang... Yang lain semua sudah meningggal dunia.. Aku kurang mengenali kakak mak yang tua dan juga yang kedua... melainkan adik mak, Mat Sabor, yang  kami panggil mamak Sabor... kenangan bersama beliau masih kekal dalam ingatan aku..

Keluarga kami ni tonggang terbalik... Datuk aku iaitu Jamik mempunyai anak dari 2 isteri... yang aku tahulah.. Ayah aku, Isa adalah  anaknya yang sulong.. Atok aku kahwin dengan kakak mak aku... yang no dua... Selepas kahwin dengan kakak mak aku,    ayah aku pula berkahwin dengan mak aku... Apa kata ayah... kahwin paksa.. Pening juga kalau nak cerita salah silah keluarga kami...

Asal atok aku dari Kg Kinjang... Kami keturunan Rawa... Asal keluarga mak dari Tanah Seberang... Selayang kata mak.. kat Indonesia... Masih ada lagi saudara mara mak di sana..

Mak aku tak pernah sekolah... susah hidupnya dari kecil lagi... Ada juga mak cerita kisah-kisah dia masa kecil dulu.. tapi aku dah lupa..

Aku puji masakan mak... paling sedap.. Air tangan mak ...sampai sekarang aku masih belajar cara mak masak.. ada masa aku dapat rasa yang sama... ada masa aku ' failed'...  Tapi kalau ikutkan lahapnya abang-abang aku dan anak buah aku makan.... kalau aku masak.., seolah-olah sama rasanya macam mak masak..

Aku masih belajar cara mak masak gulai lemak pucuk ubi... memang sedap.. aku cuba banyak kali..sama cara macam mak masak... tapi 'failed.'... mungkin kasih sayang  mak yang menyedapkan gulai lemak pucuk ubi... tetamu yang datang pun, kalau makan, puji sedap sangat...

Kalau mak  masak gulai lemak  cili padi.. sampai cucu pun terkenang masakan mak,, Mak ada skill tersendiri...

Sambal tumis ikan bilis pula... kalau mak buat.. liciin... dengan mangkuknya habis licin... disapu dengan nasi putih... bukan anak-anak saja yang kata sedap... cucu-cucu pun sama.berebut-rebut..   aku... boleh lah... kalau masak bagi depa makan... licin juga ...

Aku banyak mewarisi cara mak masak..  Teringat aku semasa suamiku pertama kalinya makan masakan mak, iaitu masak tumis terung pipit.. Dia punya pujilah... sedap sangat katanya... dia tak pernah rasa seumur hidupnya.. tak semua anak perempuan ada kemahiran masak cara mak...

Kehebatan mak dan diakui sehinggalah masuk pertandingan sehingga ke peringkat daerah, iaitu kemahiran membuat kuih bakar santan dan juga kuih bakar kacang...  Orang tak boleh lawan rasanya... resipinya sama, cara mak buat tu yang berbeza.. tapi aku tahu apa rahsianya... cuma bab buat kuih raya... aku' failed.'..

Pernah juga aku buat sendiri...jadi.. rasanya sama.... mengenangkan renyahnya kerja... aku 'surrender'...

Kalau mak buat lemang tepung.... memang tak cukup... sedap sangat-sangat... Lemang tepung kegemaran Manan katanya.. Suami ku pun pernah makan, dia pun puji... sedap...

Itu lah mak aku... dahulunya sihat... bangun 4 pagi... asah pisau untuk menoreh getah... masak untuk anak-anak.. Pergi tolong ayah menoreh . Tak pernah senang hidupnya dulu..

Teringat aku selepas ayah meninggal dunia..Pagi lagi Adi dah hantar mak pergi  kebun....  Adi sekolah.. Tingkatan 5. Mak buat getah buku aje... Mak balik dari kebun getah, jalan kaki aje... Adi balik sekolah, dia kutip getah buku mak.. Kesian Adi... susah dia lepas ayah meninggal dunia.

Kalau cuti sekolah... aku yang tak pernah menoreh.. teman mak pergi kebun..  aku tak pandai menoreh.. cuci sekerap ada ler aku buat.. aku kutip susu cair, bubuh dalam baldi... pernah juga ler aku buat.. banyaknya nyamuk...  Kesian mak... penat aku dengan mak kutip getah buku... masuk guni.. sorok dalam lubang khas... bila Adi nak hantar stor, getah buku hasil kerja kami dah kena curi... sedih sangat... penat.. sampai hati pencuri makan rezki anak yatim..

Hidup mak mula senang... bila Manan dah kerja... Nora dah balik.. Malek dah kerja...Cikno dah kerja... Mak pernah mengenang ayah... ayah yang berhajat semua ini... tapi dia yang dapat...

Dulu mak sihat, aku bawa mak pergi Seremban rumah Manan, naik bas... lepas tu naik komuter... Nak bagi dia rasa... Aku bawa mak pergi Kedah, rumah Saa kat Pendang... Dari Sg Klah, ke Kedah naik bas.. pergi balik... seronok jalan dengan mak...

Banyak sangat dosa aku pada mak.. Tak tahulah Allah ampunkan atau tidak..  aku tak mampu nak buat apa-apa untuk mak melainkan doa saja... aku sedekahkan semua amalanku untuk mak dengan ayah..

3 tahun lepas mak masuk Hospital Slim River... bulan puasa.. Seminggu aku menemankan mak... Tahun ini, Hari Raya Haji ke dua.. Mak masuk hospital lagi.5 hari 4 malam. Aku temankan mak.. Alhamdullillah... ada isteri Adi bergilir dengan aku... Aku puji kakak ipar aku.. Sanggup dia basuh berak kencing mak.. mandikan mak.. tadah muntah mak... malahan layanan dia pada mak lebih dari layanan anak kandung sendiri..

Mak sekarang sudah uzur.. Sudah tak boleh ditinggalkan lagi.. cukup bagi aku mak boleh merangkak, uruskan diri mak sendiri.. Allah makbulkan doa aku... Makan minumnya aku tahu, ada yang menjaga...  Dalam mak uzur sangat, dia masih tak tinggalkan solat... Malam mak bangun juga buat solat malam.. Aku lah yang ajar mak buat solat sunat ini...

Aku tahu mak tertunggu-tunggu aku balik..

Pada anak-anak mak... balik lah... pada cucu-cucu mak.. jengoklah opah... Banyak rahmat dari Allah sekiranya mengutamakan mak dalam segala hal.. Murah rezki kita... Itu yang aku rasa..