Jumaat, 31 Disember 2010

Pertama Kali Aku ......

Gambar pertama yang diberi kepada aku tanda salam perkenalan.. Tingkatan 1

Tingkatan 2
Tingkatan 3

Tingkatan Satu

Tingkatan 3

Semasa aku Tingkatan Satu, tidak pula aku sangka-sangka aku menjadi perhatian seseorang.. Maklumklah.. aku rasakan diri aku tidak cantik... Entahlah.. dari sudut mana seorang hamba Allah ini meminati aku.. aku pun tidak tahu...

Mungkinkah kerana aku akrab dengan Zanariah, dan tempiasnya Zana menjadi rebutan jejaka Sekolah Menengah Sungkai ... terpalit pada diriku sama..

Agak terkejut juga aku pada mulanya apabila Norhadzali (Atan) menyampaikan salam seseorang pada aku.. Biar betul... Selepas itu dia bagi pula sekeping gambar dan surat perkenalan yang pertama..

Pelajar itu berada di Tingkatan 1A2 dan aku memang tak pernah terpandang muka beliau sebelum ini.. tak tahu kewujudannya..  Namanya Mohd Noor bin Mingah.. Aku pun sudah tidak ingat macam mana aku boleh terima salam perkenalan dari beliau..

Bermula lah era percintaan zaman sekolah, pada usia aku 13 tahun... Berbalas-balas surat... melalui posmen iaitu pada masa itu Halijah yang kebetulannya rumahnya berdekatan dengan rumah Mohd Noor..

Kalau aku ingat baliklah...dan aku baca balik ke semua surat yang dia hantar, aku tersenyum seorang diri.. Bayangkan, ke semua surat-surat tersebut telah berusia 22 tahun.. dan aku masih menyimpannya... setakat menyimpan sahaja... Aku sangat menghargai kenangan walau pun kenangan itu menyakitkan hati..

Perhubungan kami manis sangat pada masa itu, bersambung ke Tingkatan 2... 'Dating' berdua .. tak pernah.. berjumpa beramai-ramai.. itu saja.. Bertukar-tukar cenderahati dan pernah bergambar bersama-sama..

Selepas Hari Raya Puasa, semasa itu aku berada dalam Tingkatan 2, beliau telah mengutus surat kepada aku, dan berkali-kali meminta maaf... terlalu jujur.. Dia maklumkan kepada aku yang dirinya telah didekati oleh seseorang.. Pelajar Tingkatan 1... Rentetan dari surat itu jugalah, beliau akhirnya telah memilih perempuan tersebut dan memutuskan perhubungannya dengan aku... Walau pun dalam suratnya, ada dinyatakan yang beliau masih menyayangi diriku...

Aku terima semua keputusan beliau.. Dan aku juga tahu ramai kawan-kawan sebenarnya terkejut dengan pilihan beliau.. Selepas hubungan kami putus aku masih menerima surat dari beliau, iaitu surat memohon kemaaafan dan menyatakan perasaan kesal dihatinya..

Sehinggalah pada akhir tahun 1988, hubungan kami sebenarnya telah putus... walau pun  begitu, aku ada dengar yang beliau sebenarnya cuba untuk menyambung hubungan kami yang telah putus..

Pada awal tahun 1989, aku menerima sepucuk surat, dan aku pasti surat itu bukan beliau yang tulis.. dari segi peggayaan bahasa lain sangat... Dalam surat itu merayu supaya aku sudi menyambung semula hubungan yang telah putus, dan turut dinyatakan antara beliau dengan perempuan tersebut telah tiada apa-apa hubungan..

Aku tak tahu apa jawapan aku... tetapi yang pastinya kami berhubung semula... tetapi tidak berlebih-lebih.. Pada tahun tahun 1990, beliau telah berpindah ke Sekolah Vokasional Ipoh, dan beliau masih mengutusi aku sebaik saja selesai minggu orientasi pelajar... Setiap bulan akan ada khabar berita dari beliau, dan banyak kali jugalah kami cuba berjumpa tetapi tidak jadi.. ada saja halangannya..

Perhubungan kami melalui surat terputus sebaik sahaja kami habis SPM.. Aku melanjutkan pelajaran aku ke ITM Shah Alam.. Selama 2 tahun kami tiada hubungan...

Sampai sekarang aku sendiri tidak ingat macam mana kami boleh berhubung melalui surat semula.. semasa itu aku berada dalam Tahun ke 3, semester ke 5... Beliau pula telah bekerja di Bayan Baru , Pulau Pinang...

Kali terakhir aku berhubung dengan beliau ialah pada Tahun 1997... semasa itu aku telah melanjutkan pelajaran aku ke peringkat Ijazah...dan dalam suratnya terakhir, beliau telah meminta aku tidak mengharapkan ada kesinambungan dalam hubungan  kami..

Aku terima keputusan beliau.. Dan aku mendapat tahu yang beliau akan mendirikan berumahtangga dari kakak angkat beliau, Nazlina, iaitu jiran aku yang menerima kad jemputan kahwin dari beliau.. dan terputuslah kami berbelas-belas tahun lamanya..

Baru-baru ini, dengan jasa baik Halijah, beliau telah berjaya mencari nombor telefon Mohd Noor, untuk tujuan 'reunion' ... dan diberinya kepada aku beserta dengan alamat e-mail.. Aku berjaya menjejaki beliau semula..  setakat bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan masing-masing. Itu pun hanya melalui email saja..

Alhamdulillah, beliau bahagia dengan rumahtangga beliau bersama anak isteri.. dah jadi orang Pulau Pinang.. Antara kami tiada apa-apa perasaan lagi...

Mohd Noor, maafkan Ala kerana menulis kisah kita... tiada niat apa-apa sekadar mengenang kenangan yang pernah menjadi sejarah...  seperti yang telah kita bicarakan.. cuma mengenang..' FULL STOP..' Ala tepek gambar kita dulu, sebab gambar sudah hampir rosak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan