Sabtu, 1 Januari 2011

Aku Siswi ITM (Kisah Orang Minyak)

Semasa ni ada hari Malam Kenangan Kolej

Enjoy.. tak ada masalah hidup

Shuhaila, Kak Rosfidah, Jaja, Rosidah, Aku dan Hanizafida
Kat Dewan Menara Satu..  Aku rasa masa ini ada kelas bergabung

Kami Pasukan Sorak...  enjoy..

Setelah berpenat lelah menggosok uniform, kilatkan 'batch; & kasut.. posing dulu sebelum kena jerit dengan komander... Susah tau nak pakai kasut ini...


'Camping' di Gunung Nuang.. Hulu Langat

Alwahida, Rosidah & Aku

Program anak angkat di Kg Jenjarum.. Kat surau sekolah.. Gotong royong



Anak angkat bersama mak angkat masing-masing

Bersama mak angkat kami



Alhamdulilah... Kegagalan aku mendaftarkan diri ke mana-mana IPTA untuk 'first intake', ada hikmah disebaliknya... Dalam masa  tempoh 6 bulan ini, sepatutnya aku meneruskan pelajaran aku ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sungkai, tetapi aku tidak menghadirkan diri. Aku bekerja sebagai Guru Sementara di Sekolah Kebangsaan Felda Besout 3 selama 6 bulan.. Dapatlah aku mengumpulkan duit untuk pendaftaran yuran di ITM Shah Alam..

Aku telah memohon kursus dalam bidang Diploma Perniagaaan (Insurans). Aku pun  bukannya faham bidang ini sebenarnya, tetapi apabila aku berjumpa dengan Norita Sa, iaitu rakan sekelas aku semasa di Tingkatan 4 & 5 yang telah berjaya masuk ke ITM untuk 'first intake', tanpa berfikir panjang aku pun mengikut saja kursus yang sama seperti beliau semasa mengisi borang permohonan kemasukan ITM.. Sekurang-kurangnya aku ada senior di sana... kalaulah permohonan aku berjaya..

Manan yang menghantar aku mendaftar ke ITM Shah Alam bersama mak dan Cikno. Ramainya orang ...dari seluruh Malaysia. Terkejut aku. Semasa itu yuran pendaftaran untuk masuk ITM cuma dalam RM 400 lebih sahaja... Murah sangat.. Dahlah dapat duduk kolej.. Makanan disediakan dari pagi sampai malam..

Selesai pendaftaran di Dewan Sri Budiman, aku seterusnya di bawa ke Kolej Cempaka Kenanga untuk pendaftaran kolej pula.. Aku ditempatkan di Kolej Kenanga 4, bilik (dorm) K24... Rupanya sudah ada rakan-rakan sebilik yang lain.. Dorm kami bersebelahan pula dengan K25.. Sedih pula aku rasakan pertama kali aku berpisah jauh dengan ibuku.

Malam itu bermulalah episod aku sebagai siswi ITM...Kami didatangi oleh kakak-kakak PM yang baik hati. Badan aku letih sangat tetapi terlalu banyak program yang mesti kami  ikuti selama seminggu, iatu program Minggu Silatur Rahim (MSR).. Kena jerit pekik dengan 'healer' ... biasa sangat dah.. Arahan-arahan demi arahan kami terima.. Kami dibawa ke Dewan Sri Budiman untuk program yang diaturkan, ke Stadium ITM untuk Riadah, mendaki bukit tonggek di Kolej Delima, kami dibawa ke Kolej-kolej, ke Fakulti-fakulti dan di merata-rata tempat lagi. Masih aku terbayang lagi saat aku mengangkat sumpah di Dewan Sri Budiman.. Sebagai seorang siswi ITM.. Bangganya aku kerana terpilih sebagai pelajar ITM.. Sebenarnya terlalu ramai yang memohon.. tetapi mereka gagal..

Teringat aku... punya lah letih badan ini, ialah dahlah tidur lewat, pukul 4.30 pagi pula.. dikejutkan oleh kakak-kakak PM, aku hampir-hampir menggunakan pencuci muka sebagai 'colgate' sewaktu aku hendak memberus gigi.. Kes ngantuk sangat ler tu.. Nasib baiklah kawan yang bersama dalam bilik mandi perasan dan menegur aku..

Selepas MSR tamat, kami ada masa 2 hari sebelum kelas bermula.. Mana-mana pelajar yang rumahnya dekat-dekat Shah Alam , mereka  balik ke rumah masing-masing.. Tingggallah aku, Suhaila (Ella), Kak Mashita, Noraini dalam bilik.. berbual dan menqada' tidur kami.. Bermulalah kembali zaman kenakalan aku di sekolah, ku bawa-bawa hingga ke kolej... tapi dalam kelas aku hanya seorang budak kampung.

Aku pada mulanya terkejut cara pembelajaran di ITM.. ialah.. aku bersekolah di sekolah luar bandar.. Bahasa Inggeris aku hanya dikategorikan sederhana saja... Tetapi bayangkan, subjek yang diajar ke semuanya dalam Bahasa Inggeris melainkan Pengajian Islam sahaja.. Dah lah tu, ada subjek akaunting lagi.. Aku tiada asas perdagangan, dengan aku tak faham apa yang pensyarah bebelkan didepan, dengan aku tak ada asas perdagangan.. Sukar sangat aku rasakan semasa belajar untuk tahun pertama ini...

Aku... dah sifat aku jangan dicabar.. Dan sebenarnya aku rasakan diri aku tercabar di sini.. Mujurlah ada Kak Mashita yang sudi menjadi tutor aku untuk subjek akaunting, diajarnya aku dari asas sampailah aku mahir... Mujurlah aku ini terang hati dan tidak mudah berputus asa.. Kamus Dwi Bahasa ke mana pergi aku akan bawa.. Dan hasilnya aku mendapat ' B+'  untuk semester pertama.. satu pencapaian yang membanggakan aku ..
 
Dalam kelas, aku berkawan baik pula dengan Shuhaila, Rosidah, Kak Rosfidah dan juga Jaja.. banyak sangat suka duka kami sebagai pelajar yang kebanyakkannya menggembirakan dan 'enjoy'.

Semasa semester pertama  aku memilih KESATRIA sebagai subjek Kokurikulum wajib.. Bangganya  aku dapat pakai uniform KESATRIA... masih aku ingat lagi , bila petang Rabu sewaktu  ada kokurikulum, satu dorm sibuk mengosok baju uniform, menggilap 'batcth' dan mengilatkan kasut.. Lengan baju & seluar mesti licin dan 'side' kena tajam , kasut dan 'batch' kena kilat memancar... Nak pakai kasut, punya ler seksa.. Lepas sahaja solat asar, kami berlari-lari dari asrama ke Padang ROTU , sebab kalau kalau kami lambat nanti kena jerit dan kena denda lagi dengan komander.. Garang komander-komander kami ni...  

Untuk program akhir semester, kami di bawa pula bercamping ke Gunung Nuang, 'first time' dalam hidup aku, kena buat 'solo camp' ... tidur dalam hutan.. memanjat gunung..  selain itu ada program anak angkat dengan penduduk Kg Jenjarum.. Aku, Kak Rosfidah dengan Shuhaila diserahkan kepada mak angkat yang sama.. Besar rumah mak angkat kami... Aku pun tak ingat nama mak angkat kami yang baik hati ini.. Sebelum berpisah, bukan main lagi kami menangis... sedih sangat..

Aku agak aktif juga dengan aktiviti kolej.. Ialah.. nak duduk kolej dan kalau berhajat nak duduk bilik berdua atau bilik single kenalah aktif.. 'Best' nya kolej Cempaka Kenanga ini kerana ada 'dorm', ada bilik 'double' dan ada juga bilik 'single'. Pada semester kedua aku dapat bilik bernombor 302 (bilik double), sebilik dengan Ismayati.. Semester 3 pun aku masih lagi sebilik dengan Ismayati.. Manakala semasa semester 4, 5 & 6.. aku duduk di bilik 'single' sahaja.. Masa ini aku aktif dengan kolej, dan aku juga adalah AJK kolej..

Selama 3 semester aku duduk seorang.. Beraninya aku terbawa-bawa sampai sekarang..  Dan semasa kami dalam semester ke 3, kalau aku tak silaplah, ITM telah dihebohkan dengan kisah orang minyak.Semasa itu kami sedang bersiap untuk menghadapi minggu peperiksaan. Dan ia adalah cerita betul... semasa ini kami dinasihatkan supaya tidak tinggal seorang dalam bilik, tidur beramai-ramai.. yang kelakarnya ramai juga pelajar yang pakai baju terbalik, pakai stokin... Dan di setiap kolej memang ada ahli ROTU yang membuat rondaan malam..

Aku dengan Ismayati, tidaklah pula terikut-ikut dengan gelagat mereka. Apa yang kami buat ialah kami membaca Al Quran & Yasin, dan air Yasin kami renjis-renjiskan di setiap sudut dalam bilk kami.. Tidak lah pula kami berhimpun tidur beramai-ramai.. Cuma kalau nak ke bilik air sahaja kami berteman...

Bercerita pasal orang minyak ini, banyak juga bilik yang kena 'attack'.. ramai pelajar dapati tingkap bilik mereka, ada tanda ' X ' dan berminyak..  Tetapi pelajarnya taklah diapa-apakan..  Kemudian banyak pula tapak-tapak kaki orang minyak dalam bilik dan ianya kekal.. aku sendiri melihat bilik kawan sekolej kami, di tingkat 4, yang mana di simen yang dia pijak hari-hari ada kesan tapak kaki dalam 2 atau 3, tenggelam.. seolah-olah kesan selepas kita memijak simen basah. Dan kesan tapak kaki tak sama.. ada kecil, ada besar, ada yang ke kanan saja..

Kami juga turut mendengar cerita dari seorang pelajar dari kursus Senireka Dan Senibina yang sedang membentangkan kertas rekaannya di atas meja, dan tiba-tiba ada kesan tapak kaki orang minyak di atas kertas rekaannya semasa beliau meninggalkan bilik bacaan untuk sementara saja..

Heboh sangat masa itu dan akhirnya pada suatu malam orang minyak ini berjaya juga di tangkap.. Beliau sebenarnya adalah pelajar ITM juga yang sedang menuntut ilmu silat.. Beliau juga seorang halimunan.. semasa kejadian menangkap beliau, seluruh kolej heboh dengan jerit pekik pelajar.. Kejap nampak beliau di atas bumbung, kejap tempat lain.. Dan kami dimaklumkan yang beliau akhirnya berjaya ditangkap... mujurlah tiada yang menjadi mangsa.. Beliau hanya membuat lawatan saja.. dan mana bilik yang ada tanda 'X", mungkin itu adalah untuk sasaran beliau.

Aman kami selepas sahaja orang minyak ini ditangkap dan dipulihkan.. Dapatlah kami menghadapi peperiksaaan akhir semester dengan tenang..

Banyak lagi kisah aku di ITM... jangan lupa untuk baca kisah aku seterusnya...

4 ulasan:

  1. Sambungannya mana?? cepat le sikit... nak nostalgia gak ni....

    BalasPadam
  2. terima kasih 'you follow'.... sambungan?... sabar... kita kenal ke?

    BalasPadam
  3. kenal sgt le... kak rosfidah.. he.. he..

    BalasPadam
  4. rasanya ini merupakan kenangan yg x dpt dilupakan. sya dr kolej delima 3, masih ingat kami tidur lebih dr 10 org utk bilik yg muat 2 org. dan setiap malam bukak kaset bacaan yassin dr mlm sampai pagi. kalu nak ke toilet mst ramai2...

    BalasPadam