Ahad, 30 Januari 2011

Mula Bekerja

Selepas saja aku menamatkan pelajaranku dan mendapat Diploma, aku telah bekerja dengan dengan Great Eastern Life Assurance, di Jalan Ampang. Ada ler juga dalam 6 bulan aku bersama Great Eastern sebagai Kerani Gred 1. Selepas itu aku mendapat pekerjaan sebagai Pegawai di TALASCO Insurance di Kg Bharu.

Ada saja tak kena dihati aku, aku berhenti kerja dengan TALASCO selepas sebulan bekerja. Rezeki ku agak murah, aku mendapat kerja pula dengan Mayban, di Menara Mayban.. Ketika itu aku hanya sebagai kerani.. Tujuan aku bekerja hanyalah untuk aku mengumpul duit supaya aku dapat melanjutkan pelajaranku ke peringkat Ijazah.

Aku menyewa bersama kakak aku Cikno dan kawan-kawan beliau iaitu Kak Aisyah, Kak Kiah, Kak Syikin & Kak Yuhana... Rumah sewa kami berada di Tingkat 16 , iaitu tingkat paling atas. Sebuah flat lama, Lif rosak sudah menjadi kebiasaan. Bayangkanlah, kami kena naik tangga hingga ke Tingkat 16...  Masa turun pulak, berpusing-pusing kepala kami... pening lalat...

Seronok juga berada dalam alam pekerjaan.. Aku juga telah menjadi seorang yang berani di KL.. Balik kerja malam, tiada masalah pada aku. Tapi pada masa itu lah...

Duduk serumah dengan kakak... Biasalah.. Adik beradik.. mana ngam.. Pernah aku dan Kak Kiah mengenakan Cikno semasa harijadinya... Kami menempah Kek Blueberry seberat 2 kilo, dengan harga RM80... dengan sate... tapi yang kena bayar Cikno... Nakalnya aku..

Banyak kain baju aku yang hilang.. Bila sidai diampaian, angin kuat, kain jatuh, tak jumpa dah..

Aku memohon untuk sambung belajar di UiTM Shah Alam, dan akhir nya pada tahun 1998, aku telah berhenti kerja dan menjadi pelajar semula...

2 ulasan:

  1. Salam....sy pun ex-Talasco tapi masak awak join sy dah takde diTalasco

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana 'follow'.. malangnya kita tidak mengenali satu sama lain... dan saya juga sudah mula tertarik itu mengikuti blog saudara...

    BalasPadam