Sambutan Hari Jururawat 2011 yang dianjurkan oleh para jururawat-jururawat Daerah Cameron Highlands pada 18hb Jun 2011 (Sabtu) memberi peluang kepada agen-agen Takaful Ikhlas dari Hi Touch Services untuk buka kaunter promosi pada hari tersebut. Seawal paginya kami bertolak dari Ipoh melalui jalan Simpang Pulai dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 40 minit untuk sampai ke Brinchang. Kami sampai di Brinchang pada jam 8.30 pagi dan semestinya kami mencari tempat untuk sarapan pagi. Suasana yang sejuk pada waktu pagi sehingga ke petang, berbeza sangat suhunya sekiranya kita berada di bawah.
Program ini dirasmikan oleh Dato' SK Devamany iaitu Ahli Parlimen Daerah Cameron Higlands. Antara program-program yang telah dianjurkan adalah seperti ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen menderma darah,pertandingan mewarna dan juga persembahan oleh para jururawat yang terlibat. Sudah semestinya kami mengambil peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma seperti pemeriksaan kandungan gula dalam darah, kadar kolestrol dalam darah, tekanan darah dan juga pemeriksaan gigi.
Mungkin kurang promosi dijalankan menyebabkan kehadiran penduduk tempatan tidak seperti yang diharapkan. Tidaklah pula menjadi masalah pada kami dan kami tetap bertugas seperti biasa dan pada jam 1.30 tengah hari, program ini pun selesai.
Selesai kami makan tengah hari dan solat Zohor di Masjid Abu Bakar, kami pun tidak melepaskan peluang untuk jalan-jalan di Cameron Highlands. Kami melawat ke Hasr's Strawberry di Kg Taman Sedia,Tanah Rata, yang dimiliki oleh En Rostam suami isteri yang berumahtangga disini dan mempunyai kebun strawberry, kebun anggur dan juga menjual produk-produk buatan sendiri dari buah strawberry seperti jem , topping, aiskrim dan berbagai-bagai lagi. Mereka juga menyediakan perkhidmatan 'homestay' serendah RM 200 sehari. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi Pn Halimah Rostam di talian 013 6358322, 013 5966859 atau 05-4911958.
Sebelum pulang kami melawat pula ke ladang teh dan megabadikan kenangan kami disini. Kami sampai di Ipoh pada jam 6.30 petang dan jemputan untuk buka kaunter promosi di Cameron Highlands ini memberi ruang kepada kami memperkenalkan Takaful IKHLAS secara berkala disini dan Insya Allah apa yang kami rancangkan akan kami laksanakan dan semestinya ganjaran di dunia dan akhirat sebagai balasannya.
Pada rakan-rakan seperjuang, jangan sesekali berpatah ke belakang apabila ruang kejayaan telah berada di hadapan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan