Isnin, 21 Mac 2011
Erra Fazira - Berteman Sepi
Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh
Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku
Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu
Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang
Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi
Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa
Olan - Hitam Manisan
Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu
Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat lah engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain
Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi
Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka
Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu
*interlude*
Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi
Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada org yang tak menghargai

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku

Sharifah Aini - Tiada Maaf Bagimu
Mengapa harus kita berpisah
Setelah lama kita bercinta
Tiada kesalahan yang ku perlakukan
Yang menyakiti hatimu
Mungkinkah ini kerna hasutan
Menarik diri tanpa alasan
Tapi tak mengapa
Ku takkan kecewa
Kau turut kata hatimu
( korus 1 )
Kini kau datang kembali
Memohon maaf dariku
Ku tak sudi memandang mu
Pergi kau dari hidupku
Tak usah kau menyesali
Cinta bagi ku sekali
Kini silakan kau pergi
Sedikit ku tak kecil hati
( korus 2 )
Oh tiada lagi maaf bagimu
Hati ku takkan terpujuk lagi
Suatu masa dulu kau tinggalkan daku
Yang dahagakan cintamu
Rabu, 16 Mac 2011
Dan Kini Aku Mengerti
Sudah lama aku tidak 'update' blog ini.. Jiwaku yang agak kacau menyebabkan aku tiada idea untuk meneruskan kesinambungan cerita aku.. Aku tidak mampu untuk menyusun bicara, menghasilkan cerita yang lahir tulus dari hatiku... meluahkan perasaan hati yang terbuku...
16hb Mac 2011... sama seperti tahun-tahun yang lepas, bertahun-tahun lamanya aku kesepian. Tiada istilah gembira dihati aku melalui hari ini iaitu hari kelahiran aku yang ke 37 tahun. Tidak pernah aku merasa diraikan walaupun pada tarikh ini selama 7 tahunnya dahulu aku bergelar seorang isteri. Aku sudah lali tidak pernah dihargai oleh orang-orang yang aku sayangi, walau dalam hati ada sedikit rasa terkilan...
Hari ini, selepas saja aku selesai solat subuh, aku memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, bersyukur kerana masih lagi diberi satu nafas untuk beribadah kepadaNya. Allah SWT menyayangi aku.. kerana masih lagi memberi aku peluang mengucup Al Quran di subuh hari dan mengalunkan 'Yasin' untuk kusedekahkan kepada orang yang telah meninggalkan aku dan juga sebagai kekuatan diri aku menghadapi dugaanNya. Allah SWT menyayangi aku kerana masih lagi memberi aku peluang menggunakan kesemua ruas jari tanganku untuk membilang zikir memuji kebesaran Ilahi.. Allah SWT masih menyayangi diriku kerana memberi peluang kepadaku merayu kepadaNya, meminta pertolonganNya.. sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi..
Terima kasih kepada kawan-kawan yang tidak putus-putus mengucapkan Selamat Hari Lahir, yang mendoakan kesejahteraanku dunia akhirat, dimurahkan rezki dan mendoakan aku dalam rahmat Allah SWT. Sungguhpun kami telah lama terpisah, tetapi dengan adanya facebook, aku merasakan mereka sangat dekat padaku. Mereka adalah rakan-rakanku sejak dari sekolah rendah, dari sekolah menengah, semasa dalam diploma, semasa dalam ijazah, semasa aku menjadi guru, semasa aku di Takaful Malaysia dan juga mereka rakan seperjuangan berdakwah dalam Takaful Ikhlas bersamaku....tidak putus-putus aku menerima ucapan selamat dan doa dari mereka termasuk dari anak-anak buahku .. Terhibur hati ini seketika walaupun ada rasa terkilan dihati..
Tiada apa yang istimewa hari ini.. Aku bekerja seperti biasa, petangnya hari pula aku ke 'gym' seperti biasa, dan pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Di antara Maghrib ke Isyak, aku melagukan Surah 'Yasin', Surah 'As Sajdah' & Surah' Al Mulk ' yang menjadi amalan aku setiap malam sementara menunggu azan Isyak dilaungkan. Terima kasih kepada bekas suamiku yang dahulunya berjaya mentarbiahkan aku tentang pentingnya mengamalkan surah-surah ini setiap malam. Allah mengampunkan dosa-dosa besar dan Allah selamatkan kita dari seksaan api neraka... dengan izinNya..
Hanya sedikit kemanisan dan kebahgiaan dalam hidup.. tetapi sekurang-kurangnya aku telah merasainya dan aku bersyukur.. Dalam usiaku kini, Allah SWT telah menerima aku menjadi tetamunya, memberi aku peluang berpuasa di Kota Mekah dan Madinah, memberi peluang aku bertarawikh depan Kaabah, melakukan Qiammulail di subuh hening didepan Multazam iaitu di pintu Kaabah, memberi peluang aku melakukan 7 umrah dan satunya telah kuhadiahkan kepada arwah ayahku... insan yang paling aku sayang.. lelaki yang tidak pernah melukakan hatiku..
Allah memberi peluang padaku masuk ke Taman Raudhah, berdoa menghadap Makam Nabi.. Allah memberi aku peluang memanjat Jabal Rahmah tempat dimana Nabi Adam & Siti Hawa ditemukan setelah terpisah beratus tahun lamanya.. dan di sinilah juga.. doaku yang tidak habis diperkenankan Allah...
Aku memohon kepada Allah, kurniakanlah aku seorang suami yang dapat membimbing aku, mendidik aku untuk menjadi isteri yang solehah.. Allah kabulkan permintaan aku dan mengizinkan aku menjadi seorang isteri tetapi doaku tidak habis dipenghujungnya iaitu bukan suami orang... Ya...aku bernikah dengan suami orang.. dengan izin isteri pertama..
Allah mengizinkan aku untuk bahgia walau sekejap cuma.. Telah tertulis sejak azali untukku ajal, maut, jodoh dan rezki..dan aku redha. Allah menguji tahap kesabaran dan keimanan aku.. Allah memberi aku peluang untuk menjadi isteri solehah.. Allah memberi aku peluang mengandungkan zuriat suami walau berkesudahan anak-anakku diambil Nya kembali.. Allah memisahkan aku dan suamiku setelah aku kehilangan anak kedua dengan kesakitan yang amat sangat.. hatiku hancur berderai.. imanku rosak seketika menerima takdirNya..
Aku runtuhkan masjid yang terbina, aku menggegarkan tiang arasy.. aku menerima talak dari suamiku atas permintaanku dengan deraian airmata.di bulan suci..8 Syawal dalam keadan aku sedang berpuasa 6.. tidak pernah aku menyangkakan jodoh yang dibina atas dasar cinta, berkesudahan dengan perpisahan yang menyakitkan setelah 7 tahun 2 hari aku berkhidmat untuk suamiku, mencari redha Allah.. merebut 7 dulang pahala emas..
Wahai anak-anakku sayang.. Kalaulah Allah izinkan kalian berada di muka bumi ini, menerima kasih sayang dari ayah, kalian berdua seorang berumur 6 tahun manakala seorang lagi berusia setahun 6 bulan.. tentu Umi bahgia melayan kaletah kalian berdua.. Wahai anak-anakku sayang.. Umi redha ketetapan Allah dan Umi mengerti mengapa Allah tidak mengizinkan kalian lahir ke bumi... Sekiranya Allah ambil nyawa Umi sekarang, kalian berdua ada menanti Umi di sana walau pun Umi tidak punya sesiapa untuk mendoakan Umi nanti.. Wahai anak-anakku sayang... biarlah Umi saja yang menanggung derita di dunia, tidak sanggup Umi melihat kalian berdua menanggungnya...
Wahai anak-anakku yang 6 orang... Umi menerima kalian semua.. andainya nanti Allah bukakan pintu hati kalian untuk mencari Umi... Umi bahgia .. Walau tiada lagi ikatan suami isteri dengan ayah, tetapi antara kita.. kalian adalah anak-anak Umi..
Wahai lelaki yang aku cintai sepenuh hati... aku masih belum dapat memaafkanmu.. Moga Allah SWT bukakan ruang dihatiku untuk memaafkanmu.. Tiada lagi perasaan kasih dan sayang dihati ini, yang ada kesakitan yang amat dalam.. yang tak mudah aku lupakan..
Aku sebatang kara di sini... Keseorangan dalam teratak sepi.. Mengharap kasih yang tidak pasti.. dan aku masih menanti.. aku merindui untuk berkhidmat kepada suami... mencari syurga Allah dengan redha suami.. merebut 7 dulang pahala emas yang tak mungkin aku perolehi selagi aku masih bersendiri..
Dan kini aku mengerti.. Aku belum 'CUKUP BAIK' untuk hidup bersama 'ORANG YANG BAIK-BAIK'

Jumaat, 11 Mac 2011
Melukut Di Tepi Gantang
Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi
Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah kata hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..
Dulu pernah kau katakan
Sayang..
Ingin mendengarku berlagu riang
Menawar duka laraku
Lupakan saja derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun oleh kata fitnah penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna bagimu..
....apabila kehadiranku ibarat melukut ditepi gantang.. menjauhkan diri adalah keputusan terbaik bagiku....
Langgan:
Catatan (Atom)