Ahad, 24 Julai 2011

Semoga Hidayah Allah SWT Akan Sampai...

Sebagai INSAN TERPILIH yang telah dianugerahkan  oleh Allah SWT kepadaku untuk menyampaikan DAKWAH muamalat Islam, dan ianya telah sebati denganku  berbelas-belas tahun dalam kerjayaku sehinggalah kini. Alhamdulillah, ada rasa ketenangan dalam hidup dan juga keberkatan dalam rezeki yang aku nikmati sehingga kini.

5 tahun lamanya aku mendalami ilmu perniagaan , insurans dan Takaful, dan akhirnya hidayah pertama  dari Allah SWT kepadaku tentang muamalat Islam ini adalah semasa aku mengikuti kelas Pengajian Islam semasa semester 1  di Dewan Kuliah, Bangunan Menara, ITM Shah Alam pada tahun 1993. Semasa itu, masih aku ingat lagi, Ustaz Ghafarullahuddin telah menyelitkan  apa itu TAKAFUL dalam syarahan kelasnya, bagaimana simpanan Takaful boleh dikeluarkan ketika kita memerlukan, apa itu perlindungan TAKAFUL dan juga sebab musabab mengapa insurans itu haram kerana adanya elemen-elemen sumber HARAM yang terdiri dari RIBA, GHARAR (unsur ketidakpastian) dan MAISIR (perjudian).

Apabila hidayah telah mengetuk hatiku, tanpa berlengah lagi aku mencari pejabat Takaful Malaysia Cawangan Klang dan membuat caruman yang pertama walau pada ketika itu aku masih lagi seorang pelajar. Bermula dari sinilah aku mula menitik beratkan  samaada akaun simpananku dengan bank atau pun pinjaman mestilah yang berunsur Islamik .

Dari segi kerjaya pula aku memilih untuk berdakwah walau pada mulanya menjadi seorang guru adalah cita-cita utama. Merasalah juga berbakti sebagai guru seketika dan juga hampir menjadi pensyarah tetapi aku memilih untuk berdakwah dalam industri Takaful kerana Allah telah melorongkan rezeki ku disini dan segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah...

Tugas aku yang pertama semasa berkhidmat dengan Takaful Malaysia adalah menyampaikan dakwah muamalat Islam. Imbuhan yang aku terima bukanlah berasaskan gaji tetap yang setaraf dengan ijazah aku miliki tetapi  hanyalah gaji asas yang minima beserta insentif dari syarikat atas usaha yang aku lakukan. Bukanlah imbuhan jadi keutamaan kerana sekiranya WANG adalah matalamat aku, sudah pasti aku memilih untuk menjadi pensyarah yang menjanjikan pendapatan tetap dan juga peluang melanjutkan pelajaran seperti yang aku impikan.

Aku diberi tanggunjawab untuk berkhidmat dibahagian pengurusan Cawangan Ipoh, dan amanah yang diberi aku laksanakan semampu yang aku boleh. Terharu juga hati ini apabila ada pelanggan yang pagi lagi datang menghantar roti canai dan teh tarik sebagai penghargaan atas khidmat yang aku berikan. Pelanggan korporat yang menyatakan puas hati mereka atas khidmat aku dan banyaknya penghargaan yang aku terima dari pelanggan melayakkan aku mendapat 'merit'.. sesuatu yang tidak pernah aku minta..

Penghijrahan aku ke Takaful Ikhlas pula mengembalikan semula nostalgia lama semasa aku menjadi Eksekutif Pemasaran semasa di Tapah dahulu. Alhamdulillah, aku bahgia dengan kerjaya aku kini.. Tidak lagi terikat dengan 'punch card', mesyuarat, 'deadline', 'phone call' dan cuti yang perlu dipohon dahulu dan yang pastinya TEKANAN KERJA yang melampau sehingga mengganggu lenaku...

Walau pun kerjaya aku kini 'freelance'.. tetapi satu perkara yang aku terapkan dalam diri ialah disiplin diri. Berusaha, berdoa dan bertawakal, Insya Allah ada saja bantuan dari Allah SWT disaat aku benar-benar memerlukan bantuan.

Aku sudah lali apabila pelanggan yang kutemui tidak berminat untuk menyertai produk Takaful IKHLAS untuk diri sendiri atau untuk pendidikan anak, tetapi aku terkilan apabila mereka mampu menyediakan kemudahan ASTRO dirumah, mampu untuk bayar 'broadband tiap bulan, mampu 'shopping' dan juga mampu merokok..

Tidakkah terlintas dihati mereka, terutamanya para suami yang merupakan ketua keluarga (bread winner), sekiranya ajal menjemput mereka awal, bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan. Pentingnya Takaful IKHLAS kerana ianya memberi perlindungan sekiranya peserta ditimpa musibah walau hanya baru sekali mencarum. Wang yang disimpan dalam Takaful Ikhlas, adalah simpanan dan ianya dilaburkan, dizakatkan dan pengeluaran juga dibenarkan.

Belum masanya untuk aku berceloteh panjang tentang manfaat Takaful Ikhlas tetapi sempena  bulan mulia yang akan tiba ini dimana Allah SWT telah menjanjikan sekiranya SATU amalan fardhu dilakukan di bulan Ramadhan, Allah gandakan 70 pahala kebajikan manakala sekiranya SATU amalan sunat dilakukan dibulan Ramadhan bersamaan dengan SATU pahala amalan Fardhu.

Salah satu pentinganya Takaful Ikhlas ialah peserta yang menyimpan disini telah melakukan amalan jariah yang berkekalan kerana sekiranya ada peserta lain yang ditimpa musibah, sebahagian tabungan dari peserta-peserta takaful digunakan utuk membantu mereka atau keluarga mereka yang ditimpa musibah.. contohnya anak-anak yang telah menjadi yatim piatu atas kematian ibu bapa mereaka..

Semoga HIDAYAH Allah SWT akan sampai kepada masyarakat diluar sana dan sekiranya mereka membuat pilihan untuk menjadi peserta Takaful dalam bulan Ramadhan yang hampir ini, sesungguhnya Allah SWT akan melipatkan gandakan pahala kebajikan mereka dan mereka juga telah membuat amal jariah yang berkekalan yang dapat membantu mereka semasa di alam kubur nanti...

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan