Sebagai INSAN TERPILIH yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT kepadaku untuk menyampaikan DAKWAH muamalat Islam, dan ianya telah sebati denganku berbelas-belas tahun dalam kerjayaku sehinggalah kini. Alhamdulillah, ada rasa ketenangan dalam hidup dan juga keberkatan dalam rezeki yang aku nikmati sehingga kini.
5 tahun lamanya aku mendalami ilmu perniagaan , insurans dan Takaful, dan akhirnya hidayah pertama dari Allah SWT kepadaku tentang muamalat Islam ini adalah semasa aku mengikuti kelas Pengajian Islam semasa semester 1 di Dewan Kuliah, Bangunan Menara, ITM Shah Alam pada tahun 1993. Semasa itu, masih aku ingat lagi, Ustaz Ghafarullahuddin telah menyelitkan apa itu TAKAFUL dalam syarahan kelasnya, bagaimana simpanan Takaful boleh dikeluarkan ketika kita memerlukan, apa itu perlindungan TAKAFUL dan juga sebab musabab mengapa insurans itu haram kerana adanya elemen-elemen sumber HARAM yang terdiri dari RIBA, GHARAR (unsur ketidakpastian) dan MAISIR (perjudian).
Apabila hidayah telah mengetuk hatiku, tanpa berlengah lagi aku mencari pejabat Takaful Malaysia Cawangan Klang dan membuat caruman yang pertama walau pada ketika itu aku masih lagi seorang pelajar. Bermula dari sinilah aku mula menitik beratkan samaada akaun simpananku dengan bank atau pun pinjaman mestilah yang berunsur Islamik .
Dari segi kerjaya pula aku memilih untuk berdakwah walau pada mulanya menjadi seorang guru adalah cita-cita utama. Merasalah juga berbakti sebagai guru seketika dan juga hampir menjadi pensyarah tetapi aku memilih untuk berdakwah dalam industri Takaful kerana Allah telah melorongkan rezeki ku disini dan segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah...
Tugas aku yang pertama semasa berkhidmat dengan Takaful Malaysia adalah menyampaikan dakwah muamalat Islam. Imbuhan yang aku terima bukanlah berasaskan gaji tetap yang setaraf dengan ijazah aku miliki tetapi hanyalah gaji asas yang minima beserta insentif dari syarikat atas usaha yang aku lakukan. Bukanlah imbuhan jadi keutamaan kerana sekiranya WANG adalah matalamat aku, sudah pasti aku memilih untuk menjadi pensyarah yang menjanjikan pendapatan tetap dan juga peluang melanjutkan pelajaran seperti yang aku impikan.
Aku diberi tanggunjawab untuk berkhidmat dibahagian pengurusan Cawangan Ipoh, dan amanah yang diberi aku laksanakan semampu yang aku boleh. Terharu juga hati ini apabila ada pelanggan yang pagi lagi datang menghantar roti canai dan teh tarik sebagai penghargaan atas khidmat yang aku berikan. Pelanggan korporat yang menyatakan puas hati mereka atas khidmat aku dan banyaknya penghargaan yang aku terima dari pelanggan melayakkan aku mendapat 'merit'.. sesuatu yang tidak pernah aku minta..
Penghijrahan aku ke Takaful Ikhlas pula mengembalikan semula nostalgia lama semasa aku menjadi Eksekutif Pemasaran semasa di Tapah dahulu. Alhamdulillah, aku bahgia dengan kerjaya aku kini.. Tidak lagi terikat dengan 'punch card', mesyuarat, 'deadline', 'phone call' dan cuti yang perlu dipohon dahulu dan yang pastinya TEKANAN KERJA yang melampau sehingga mengganggu lenaku...
Walau pun kerjaya aku kini 'freelance'.. tetapi satu perkara yang aku terapkan dalam diri ialah disiplin diri. Berusaha, berdoa dan bertawakal, Insya Allah ada saja bantuan dari Allah SWT disaat aku benar-benar memerlukan bantuan.
Aku sudah lali apabila pelanggan yang kutemui tidak berminat untuk menyertai produk Takaful IKHLAS untuk diri sendiri atau untuk pendidikan anak, tetapi aku terkilan apabila mereka mampu menyediakan kemudahan ASTRO dirumah, mampu untuk bayar 'broadband tiap bulan, mampu 'shopping' dan juga mampu merokok..
Tidakkah terlintas dihati mereka, terutamanya para suami yang merupakan ketua keluarga (bread winner), sekiranya ajal menjemput mereka awal, bagaimana dengan anak-anak yang ditinggalkan. Pentingnya Takaful IKHLAS kerana ianya memberi perlindungan sekiranya peserta ditimpa musibah walau hanya baru sekali mencarum. Wang yang disimpan dalam Takaful Ikhlas, adalah simpanan dan ianya dilaburkan, dizakatkan dan pengeluaran juga dibenarkan.
Belum masanya untuk aku berceloteh panjang tentang manfaat Takaful Ikhlas tetapi sempena bulan mulia yang akan tiba ini dimana Allah SWT telah menjanjikan sekiranya SATU amalan fardhu dilakukan di bulan Ramadhan, Allah gandakan 70 pahala kebajikan manakala sekiranya SATU amalan sunat dilakukan dibulan Ramadhan bersamaan dengan SATU pahala amalan Fardhu.
Salah satu pentinganya Takaful Ikhlas ialah peserta yang menyimpan disini telah melakukan amalan jariah yang berkekalan kerana sekiranya ada peserta lain yang ditimpa musibah, sebahagian tabungan dari peserta-peserta takaful digunakan utuk membantu mereka atau keluarga mereka yang ditimpa musibah.. contohnya anak-anak yang telah menjadi yatim piatu atas kematian ibu bapa mereaka..
Semoga HIDAYAH Allah SWT akan sampai kepada masyarakat diluar sana dan sekiranya mereka membuat pilihan untuk menjadi peserta Takaful dalam bulan Ramadhan yang hampir ini, sesungguhnya Allah SWT akan melipatkan gandakan pahala kebajikan mereka dan mereka juga telah membuat amal jariah yang berkekalan yang dapat membantu mereka semasa di alam kubur nanti...
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Wallahualam..
Ahad, 24 Julai 2011
Rabu, 20 Julai 2011
Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.
Keputusan (English):
The Ruling on Promoting Conventional Products From Shariah Perspective
Decision:
The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th -16th December 2009 has discussed the ruling on promoting conventional products from Shariah perspective. The Conference observed that Syariah based Takaful system is growing rapidly. This product needs support from Muslims to further develop the system of Islamic muamalat. Therefore, Muslims are prohibited from promoting conventional insurance products that are based on usury. However, income and commission gained during the transition period from the is conventional system to takaful acceptable.
Keterangan/Hujah:
- Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
- Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
- Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut : " ما حرم أخذه حرم إعطأوه "Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
- Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
- Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
- Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
- Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
- Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
- Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Artikel dipetik dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia...
Wallahualam.. Sekadar Perkongsian Ilmu...
Langgan:
Catatan (Atom)